Sunday, April 27, 2008

Kenyataan Maaf PASJB Kepada DAP

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Kenyataan ini adalah respon kepada kenyataan media yang dibuat oleh Sdr Norman Fernandez selaku Naib Pengerusi DAP Johor yang kesal dengan komen pelayar dalam shoutbox PASJB yang dipanggil Alif yang mengancam Pengerusi DAP Pusat YB Karpal Singh dengan mesej 'darahnya halal dibunuh'.

PASJB dengan ini meminta maaf dan sangat kesal dengan apa yang berlaku setelah rakyat meletakkan harapan tinggi kepada PAS,DAP dan PKR yang mahukan era baru politik tanah air yang gemilang di bawah gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

PASJB ingin menegaskan disini komen pelayar tersebut bukanlah pendirian pimpinan dan webmaster kami. Serentak dengan itu juga mesej tersebut telah dikeluarkan dari senarai komen dalam web PASJB demi menjaga maslahat iaitu kepentingan dan keharmonian kerjasama parti-parti gabungan dari Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun PASJB sentiasa menghulurkan salam persahabatan dan sentiasa membuka pintu untuk sebarang perbincangan supaya kita boleh memberi faham kepada seluruh pemimpin parti politik dan rakyat Malaysia apa itu kebaikan dan kebajikan Islam.

Barangkali juga salah faham tentang Islam itu wujud dan berpunca dari Umno yang majoritinya terdiri dari orang Islam tetapi tidak beramal dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada bukan Islam.

Ada kalanya idealogi politik seseorang mempengaruhi tindak tanduk seseorang yang responsif kepada apa jua isu yang dibawakan oleh pemimpin-pemimpin politik dan PAS menghormati pandangan dan idealogi sesiapun asalkan tidak wujud unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan yang akhirnya boleh merugikan parti dan rakyat.

Jelasnya disini PAS sentiasa berjuang untuk menyatukan rakyat Malaysia agar hidup dengan aman dan harmoni dan mengenepikan terus anasir-anasir perosak yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Kami berharap pihak DAP boleh membaca dan respon kepada artikel kami bertajuk "Ramai Tak Faham Konsep Negara Islam Sebenar"

Hidup Rakyat! Hidup Pakatan Rakyat!

Faizal Abdul Majid
Pengerusi Lajnah IT & Keahlian
PAS Kawasan Johor Bahru


DAP upset over 'kill Karpal' call(The Star 26/04/08)
JOHOR BARU: The state DAP is upset over a comment left on a PAS website that called for the murder of DAP national chairman Karpal Singh and is calling for an apology.

Johor DAP vice-chairman Norman Fernandez said that it was unacceptable for the message to be posted on the Johor Baru PAS website especially when Pakatan Rakyat was trying to introduce a new era in politics.

"We want them to take the comment out, apologise to Karpal and ensure that no inciting messages will be put on their website henceforth," he said.

The comment dated April 24 was listed on the website Shoutbox and was written by a commenter called "Alif" who alleged that Karpal had insulted Islam and that "darahnya halal dibunuh" (it's justifiable to kill him).

He added that for Pakatan Rakyat to succeed, mutual respect was needed and it was the responsibility of the webmaster to ensure that such comments did not appear on the party website.

Meanwhile, Johor PAS Commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamad said the comment posted was not the stand of the Johor PAS.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: