Friday, April 4, 2008

kalau dah Umno tu Umnolah juga / Kenapa tahan Hindraf, Umno bebas?

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Detikdaily
Walaupun bertukar menteri, kalau dah Umno tu Umnolah juga
Posted on Wednesday, April 02 @ 18:14:32 EST by reformis
Pendapat
Norlaila Othman,
Keluarga kepada Tahanan 6 tahun ISA.

 �Saranan MIC supaya kerajaan membebaskan lima aktivis HINDRAF yang ditahan mengikut ISA ,dibuat secara ikhlas atas dasar perikemanusiaan� .� Inilah antara kata-kata yang tertera di muka 6 akhbar Berita Harian hari ini ,Rabu 2 April 2008.

Menarik juga saranan ini walaupun ianya dibuat setelah MIC kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang baru saja berlalu dan orang yang membuat seruan itu, sudah tidak punya kuasa dalam kerajaan.

Ya, saya percaya, seruan itu dilakukan secara jujur. Namun, suka saya menyebutkan, sepatutnya bukan setakat MIC saja, malahan semua parti politik yang ada di Malaysia ini, sepatutnya sama-sama tampil dengan saranan dan seruan masing-masing supaya semua tahanan ISA dibebaskan, ISA di mansuhkan dan elok tutup saja Kem Kamunting yang telah menjadi tempat tahanan tanpa bicara kepada ramai ahli politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Selama ini, Parti PAS sentiasa konsisten, atas dasar perikemanusiaan, menyeru supaya semua tahanan ISA tanpa mengira kaum, agar segera dibebaskan .Dato�Sri Anwar Ibrahim, ketua de facto PKR dan juga Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP yang kini Ketua Menteri Melaka, kedua-duanya pernah ditahan dibawah ISA, juga membuat seruan yang sama.

MCA masih membisu dalam isu ini, manakala UMNO secara terus-terang melalui lidah para pemimpin nya (cari kata-kata mereka di Media arus Perdana),menyatakan mereka amat memerlukan ISA untuk memastikan �keselamatan Negara� tidak terancam. UMNO, sebuah parti yang selalu mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu yang majoritinya berugama Islam, seharusnya memberi contoh yang baik kepada parti lain , terutama dalam usaha mempertinggikan nilai-nilai kemanusiaan , dan sepatutnya sanggup atau bersedia mendengar keluhan rakyat yang sedar dengan kezaliman ISA dan seterusnya menggantikan akta zalim itu dengan undang-undang lain yang sedia ada di Negara kita.

Terlalu banyak saranan, cadangan dan seruan yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan dan badan Hak Asasi dari dalam dan luar negeri contohnya seperti SUHAKAM di Malaysia dan Human Rights Watch di Amerika menyelar penggunaan ISA yang terlalu berleluasa.Semua seruan itu sama dengan cadangan PAS,PKR dan DAP iaitu semua tahanan ISA diberi perbicaraan yang adil atau dibebaskan saja, dan akta ISA itu dimansuhkan saja dari perundangan Malaysia.

Namun, para pemimpin UMNO yang memegang tampuk pemerintahan, kelihatan begitu �keras hati� untuk membebaskan semua tahanan ISA.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri ialah Abdullah Badawi yang juga Perdana Menteri Malaysia. Walaupun mempunyai kuasa dua dalam satu, beliau tidak menggunakan kuasanya untuk membebaskan semua tahanan ISA.Malahan, zaman Abdullah Badawi atau nama mesranya Pak lah, satu rekod baru telah dicipta, dimana beliaulah Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai tahanan ISA paling lama, iaitu 6 tahun dan telah ditambah dua tahun berikutnya, kepada lapan tahun!!!
Sungguh rendah perikemanusiaan Pak lah!!

Terkini, masih ada 70 tahanan ISA dari pelbagai kaum dan ugama masih ditahan antara 3 bulan hingga ke 6 tahun, di Kem Kamunting.

Selepas kekalahan teruk B.N dalam Pilihanraya Umum ke12 baru-baru ini, Pak lah telah menurunkan kuasa Menteri Dalam Negeri kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar. Rakyat menjangka, perubahan jawatan ini akan memberi satu sinar baru terhadap semua tahanan ISA, namun segala harapan itu hampa belaka.
Ye lah, kalau dah UMNO tu, UMNO juga, nampaknya sikap dan pendirian Syed Hamid juga sama dengan Pak Lah, iaitu tahanan ISA belum boleh dibebaskan kerana mereka �masih menjadi ancaman �kepada Negara.

Adakah kita terpaksa menunggu UMNO dan semua pemimpinnya di mansuhkan, barulah semua tahanan ISA dapat menghirup udara bebas di dunia ini? Siapakah sebenarnya yang mengancam Hak Asasi Rakyat Malaysia?

Kebenaran akan timbul juga satu masa nanti. Hanya masa yang akan menentukannya� .





Malaysiakini
Kenapa tahan Hindraf, Umno bebas?
Apr 3, 08 12:12pm
Jika lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) mengancam keselamatan negara kerana menganjurkan demonstrasi, kenapa pemimpin Umno yang menunjukkan perasaan dibiarkan tanpa tindakan?

Demikian pertanyaan yang diungkitkan parti Gerakan Wilayah Persekutuan berhubung sikap terbaru Kementerian Dalam Negeri yang enggan membebaskan pemimpin Hindraf walaupun MIC sendiri kini menggesa kelima-limanya dibebaskan.

"Malah, demonstrasi di Komtar (Pulau Pinang) itu berasaskan sentimen perkauman dan boleh membangkitkan isu-isu perkauman," kata penolong setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan, K K Supramaniam dalam satu kenyataan.

"Datuk Seri Hamid Albar tidak boleh terus menahan mereka bawah ISA apabila tidak lagi wujud ancaman keselamatan.

"Banyak parti politik dan badan bukan kerajaan menggesa kelima-lima mereka dibebaskan tetapi hanya kerajaan yang berdegil mempertahankan penahanan mereka atas sebab keselamatan. "

penang komtar umno protest 140308 anwar traitor bannerSupramaniam merujuk tunjuk perasaan besar yang diadakan di kaki bangunan kompleks kerajaan negeri Pulau Pinang anjuran Umno bagi membantah kenyataan ketua menteri baru, Lim Guan Eng, berhubung isu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Demonstrasi 14 Mac itu diketuai tokoh-tokoh Umno negeri, antaranya bekas timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, wakil rakyat Sungai Dua - Datuk Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mengulas gesaan presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hujung minggu lalu, Syed Hamid berkata bekas menteri itu berhak menyuarakan apa yang diperjuangkan oleh partinya.

"Tugas saya ialah menentukan apa juga isu yang dibuat, bukan satu keputusan berasaskan keputusan saya, tetapi berasaskan proses-proses yang diiktiraf undang-undang dalam menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin," kata Syed Hamid awal minggu ini.

bm lima tahanan hindrafSamy Vellu menggesa semua pemimpin Hindraf dibebaskan - dua daripadanya wajar dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dalam pilihanraya 8 Mac.

Bekas menteri kerja raya itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan itu, dalam kenyataannya semalam, kelima-lima pemipin Hindraf itu pernah cuba bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "tetapi tidak dipedulikan atau ditonjolkan sebagai (pihak) yang tidak relevan, bebal dan tersisih."

"Apa lagi yang seseorang boleh buat jika dilayan sebegitu rupa?" kata Supramaniam.

"Sekarang, majoriti rakyat Malaysia, termasuk parti-parti politik telah menggesa lima pemimpin itu dibebaskan. Orang ramai kini sudah kecewa atas penangguhan pembebasan mereka."


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: