Sunday, April 27, 2008

Kahwin PATI. Siapa salah?

Posted on Saturday, April 26 @ 13:09:57 MYT by greenboc
Komentar Oleh line

"a
Sekarang ini berlambak cerita tentang Kahwin PATI dalam media massa. Siapa salah agaknya. Selain dikatakan pukau, cinta adalah pekara utama.


Aku hairan kenapa mereka ini kita buat macam saudara sedangkan kita tahu ramai antara mereka berhati kering. Kita selalu dengar mereka ini merompak orang yang memberi mereka kerja. Ada juga mereka membunuh orang mengajikan mereka. Mungkin kita beranggapan mereka itu islam jadi kita kena menolong mereka.



Kadang-kadang orang kita nie memang suka berbuat baik pada PATI ini.Ada kes mereka yang melarikan diri mendapat pelindungan orang setempat atas alasan mereka tertindas. Ada juga mengambil mereka berkerja di ladang atau rumah mereka sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa dokumen. Mereka ditolong seumpama saudara namun apa yang dibalas adalah tuba.


Kita tengok Azreen dan lain-lain kes, kenapa pekara ini boleh berlaku?Seharusnya kita mesti berhati-hati, bak kata pepatah " Buat baik berpada-pada. Mereka pun macam masyarakat sini juga dimana ada yang baik ada yang jahat.Kita selalu tidak mempecayai orang kita tapi PATI kita terlalu simpati.Mereka tidak harus dijadikan sahabat memandangkan mereka datang untuk berkerja namun sikap masyarakat malaysia selalu melayan mereka sebaik mungkin walaupun mereka hanya tinggal dalam tempoh tertentu bagi menjalankan projek.


Kenapa Ibu-ibu terlalu memuji mereka ini. Berbuat baik sehingga mereka dapat tumpang tidur di rumah mereka.Makan di kedai pun mereka dilayan lebih dari orang tempatan.Kalau di perhatikan mereka memang suka mencari wanita disini namun tidak pernah di halang oleh orang kampung.Bawak anak dara orang pun tidak di tegah oleh orang ramai.


Makin hairan kenapa wanita sekarang terlalu berminat dengan PATI ini?


Kalau di K.L orang seperti Orang Putih diminati gadis tanpa megetauhi asalnya,Kalau di kawasan kilang orang India dan Bangladesh menjadi pilihan. Jika di kampung Indonesia pula di minati. Agaknya gadis di Malaysia tidak tahu kenapa mereka datang kesini?T idakkah mereka pernah berfikir mereka datang kesini kerana susah.Ini bermakna mereka tidak kaya. Tapi kerena kebodohan sendiri mereka membenarkan diri ditipu. Bila susah barulah mintak tolong masyarakat.



Terlalu bodohkah gadis Malaysia sekarang? Agaknya terdesak untuk mendapat Orang Asing menjadikan mereka megejar warga asing?Apakah orang lelaki di Malaysia sudah pupus sehingga mereka mengejar warga asing? Apakah lelaki Malaysia tidak romantik lagi sekarang? Janganlah kita jadi terlalu bodoh dan buta kerana cinta sehingga mengikut mereka sampai ke negara mereka.



Gadis Malaysia ingatlah mereka yang susah saja datang ke sini bukannya kaya.Mereka pun ramai dah berkeluarga sehingga terpaksa berkelana ke sini.Kenapa harus orang sebegini di pilih.Jika difikirkan yang salah adalah gadis malaysia yang terdesak untuk mendapatkan lelaki. Fikirkan. ......."



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: