Friday, April 25, 2008

JOHOR di hadiahkan percuma kepada SINGAPORE

"Salmah Ahmad" salmahumno@yahoo.com

"Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di
bumi sendiri." - Rakyat Malaysia

MALAYSIAPORE ?

Saya terjumpa satu artikel di dalam Forbes mengenai
kerjasama antara pemimpin Malaysia dan Singapura untuk
mewujudkan kerjasama bagi menguruskan Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI). Dalam pertemuan tersebut
kedua-dua pemimpin negara ini telah bersetuju untuk
menubuhkan Joint Ministerial Committee untuk memantau
kerjasama ekonomi di WPI yang dihubungkan melalui
Selat Tebrau. Kedua belah pihak telah bersetuju untuk
memperkenalkan kad pintar untuk memudahkan aliran
trafik dua hala antara Singapura-Malaysia.

WPI adalah pembangunan di selatan Johor seluas 850
batu persegi yang seluas 3 kali ganda Singapura. WPI
menjadi satu peluang pelaburan yang pasti direbut oleh
rakyat Singapura kerana nilai tanah yang murah lebih
kurang 1/30 dari nilai tanah di Singapura
(www.offplanpropert y exchange. com). Harga tanah
dijangka akan melambung atas permintaan yang tinggi
terutama dari rakyat Singapura bagi melengkapkan
strategi pembangunan bagi melengkapkan kualiti
kehidupan yang lebih baik yang tidak dapat disediakan
di pulau mereka yang sempit itu.

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah
Pembangunan Singapura?
March 23, 2008 by wilayahpembangunani skandar

(Part 1)

Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar
Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia
sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini.
Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias
pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu
dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana
kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat
tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang
tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan
menguntungkan penduduk setempat khususnya orang
Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa
pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak
seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang
kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri
saya.

Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan
supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami
oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil
dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar
memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.

Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?

Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI
ialah melalui website WPI (www.wpi.com. my). Di dalam
website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh
didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini
maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan
tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba
sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.

Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam
komputer, takut hilang nanti)

Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur
tersebut:

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka
panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor
Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier.
Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang
keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi
sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta
penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang
terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan
memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni
bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir
pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya
maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.
Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai
kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah
mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai
bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain
membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk
industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan
syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor
terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu,
kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi
menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI,
satu pengalaman yang menyenangkan.
Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk
pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di
antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi
yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan
yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini,
selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga
dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan
utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan
rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra
pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000
pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China,
India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di
Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan
minat untuk melabur di situ.
Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya
bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang
panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan
mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi
dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI
menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini
menjelang 2025.

Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Antara persoalan yang bermain difikiran:

1. Apa itu pembangunan premier?

2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina
yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?

3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?

4. syurga pelaburan untuk siapa?

5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?

Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh
rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia
disini.

Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI?

(sila rujuk brosur untuk lebih jelas)

Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali
imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura.
Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah
dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan
Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis
Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda
Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah
le), Pasir Gudang dan Pontian.

Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya
disediakan dalam bahasa Inggeris?

Yang saya memusykilkan ialah kenapa website
www.wpi.com. my, www.idr.com. my, www.irda.com. my,
dan www.sjer.com. my menggunakan website yang sama
sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.

Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang
WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan
membaca dan yang paling ramai terlibat adalah
dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu
website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk
boleh baca dan faham.

Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang
datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk
terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi.
Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk
menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat.
Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang
sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.

Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka
diambil bagi tujuan pembangunan?

Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak
boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan
persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta
Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan
boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana
urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan
meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN
atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat
malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh
Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la).

Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang
boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku
akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana
atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.

Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil
dan dijual kepada orang Singapura?

Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

"Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah
cemerlang... "

Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The
Straits Times, Singapore

"Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan
perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura
- kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai
halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di
selatan Johor"

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and
Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore

Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang
didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya
dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah
tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.

Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli
rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah
orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah
jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita
lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di
Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM
460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) www.hdb.gov.
sg

Statistik Harga Rumah di Singapura

TOWN
3-ROOM
4-ROOM
5-ROOM
EXECUTIVE

ANG MO KIO
$203,000
$307,000
$423,000
$550,000*

BEDOK
$193,000
$257,000
$400,000
$440,000*

BISHAN
$238,000*
$340,500
$480,000
$568,000*

BUKIT BATOK
$183,000
$305,000
$430,000
$431,800

BUKIT MERAH
$230,000
$428,000
$573,000
-

BUKIT PANJANG
$178,000
$249,000
$319,000
$400,000*

BUKIT TIMAH
$255,000*
$380,000*
$440,000*
$638,500*

CHOA CHU KANG
$169,800
$253,000
$313,000
$380,000

CLEMENTI
$210,000
$335,000
$484,500
$600,000*

GEYLANG
$185,000
$271,500
$435,000*
$410,100*

HOUGANG
$184,000
$263,000
$349,000
$416,000

JURONG EAST
$190,800
$267,000
$390,000
$490,000*

JURONG WEST
$170,000
$242,000
$315,000
$360,000

KALLANG/WHAMPOA
$212,000
$353,000
$461,500
$522,500*

PASIR RIS
-
$275,500
$340,500
$455,000

PUNGGOL
-
$293,000
$358,000
$410,000*

QUEENSTOWN
$220,000
$425,000
$591,000
$757,500*

SEMBAWANG
-
$257,500
$308,000
$365,000*

SENGKANG
-
$281,000
$334,000
$421,300

SERANGOON
$187,000
$275,500
$350,000
$424,000*

TAMPINES
$222,000
$293,000
$350,000
$446,000

WOODLANDS
$161,300
$248,000
$300,000
$380,200

OVERALL
$197,000
$273,000
$340,000
$415,000


(Sumber:
www.hdb.gov. sg)

Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga
macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya
kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni.
Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah
teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM
200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu
dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta
tanah berharga ratusan ribu ringgit.

Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home
Programme (www.mm2h.gov. my), penduduk asing boleh
beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM
250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura).
Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal
dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika
dibandingkan dengan harga di Singapura.

Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana
harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada
harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya
dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah
tersebut.

Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh
kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang
Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik
di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu
balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai
atau Pekan Nenas, Pontian.

Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum
terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih
boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan
semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:

Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di
tempat lain?
Mampukah orang Johor bergerak selari dengan
pembangunan yang drastik ini?
Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang
akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor
Bahru?
Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah
orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di
kedua-dua negara?
Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk
akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa
harganya?
Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat
utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia)
ada dalam Majlis Penasihat WPI?
Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa
yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan?
Kuasa beli?
Adakah kita sebagai anti pembangunan jika
mempersoalkan WPI?
Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang
tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL
merancang di atas kertas sahaja?
Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat
dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung
Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan
kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan
yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea
dan pandangan tentang WPI?
Jika WPI ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain
pun akan dibuat benda yang sama?
Dan banyak lagi persoalan yang bakal
muncul...... .memerlukan jawapan....di dunia dan
akhirat.

Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka
mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya
menyokong dan meluluskan sahaja semua yang
dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab
yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan
rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas
apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat
berkoridor.. .

Yang benar,

Orang Johor Lama

* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada
ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka
faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku
terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini
adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru
mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman
sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat
keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh
tangan-tangan yang tamak haloba.

"Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di
bumi sendiri." - Rakyat Malaysia

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: