Tuesday, April 15, 2008

Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua

"mohd monier" monier_matdin@yahoo.com

Assalamualaikum,

1 hb Mei nanti, seperti tahun-tahun lepas, kita di
kilang-kilang akan menerima habuan cuti umum
sempena sambutan Hari Buruh seluruh negara. Nama pun
cuti, ikut suka kitalah nak buat apa; setahun sekali
dapat cuti eloklah juga kalau berehat di rumah dengan
anak-anak menghilangkan penat terutamanya minda yang
hampir sepanjang tahun bekerja.

Kami di Wargakilang pula, susulan AJK Biro Amal WK
bulan lepas; kita telah memutuskan untuk mengambil
peluang cuti satu hari ini meneruskan agenda Biro Amal
WK masuk ke kg-kg seperti di musim-musim cuti sebelum
ini.

Elok juga kot, sudah sepanjang tahun memerah minda dan
stress di tempat kerja mencari habuan dunia sesuap
nasi untuk anak isteri; sesekali cuba-cuba pula
mengerah tenaga memanjat bukit dan desa mencari habuan
pahala untuk bekalan di SANA.

Jika sebelum sebelum ini, kita biasanya akan berkongsi
kisah dan pengalaman setelah kembali daripada aktiviti
dan expedisi yang sedemikian, kali ini kita nak ubah
sikit dia punya approach. Kita nak tulis dulu cerita
sebelum kita pi.

Asal ceritanya, sebaik sahaja gambar rakan-rakan dan
aktiviti kerja sosial NGO Wargakilang tersiar
dalam rancangan BERSAMAMU TV3, mungkin kesan publisi
gamaknya, kita telah menerima pelawaan beberapa orang
rakan dan kumpulan yang berminat untuk bersama-sama
kita dalam aktiviti masuk kg ini.

Oleh kerana yg nak turun kali ini insyaallah adalah
mereka mereka yang pertama kali bersama kita (maksud
saya dgn cara kita � mereka ni pun selalu terlibat dgn
kerja sosial ni tapi style merekalah); lalu pada
weekend yang lepas saya dan 3 org rakan AJK WK telah
mengambil inisiatif untuk pi riki dahulu
keluarga-keluarga malang ini sebelum membawa
kawan-kawan kita tu masuk ke sana.

Hasilnya; kami telah ditakdirkan dapat bertemu dengan
sekurang-kurangnya 7 keluarga yang bakal kita kunjungi
pada tarikh 1 hb Mei nanti. Secara tentativenya, kita
akan bergerak pada hari tersebut mengikut jadual kasar
di bawah:

8:30: Berjumpa di Petronas BKE, kemudian terus
bertolak ke rumah:
1) Pn Zaitun Ibu Tunggal anak 6 di Sg Kob.
2) Anak-anak yatim piatu di Karangan.
3) En Zul (mata kelam) di Bakai.
4) En Mutalib � anak 11 di Bakai.
5) PakNgah Johari � insan Pekak di Bkt Pak Kunin.
6) Pn Siah Ibu Tunggal anak 6 di Bkt Pak Kunin.
7) Pak Mat seorang tua sebatang kara tinggal nun jauh
di kaki Rimba.

Seperti plan di atas, mulanya kita akan ziarah Pn
Zaitun nak tengok status rumah beliau yang atapnya
bocor sini sana seperti yang saya tulis tempoh hari.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekelian, sebenarnya
rakan-rakan ex-sekolah/U/ office beliau memang ada
sikit sikit membantu beliau selama ini; dan ada pun
perihal bumbung rumahnya itu, memang pun sedang dalam
perancangan rakan-rakannya ex-sekolahnya, cumanya
mengikut seorang sahabat dari kilang Kobe (ex-MRSM)
artikel dalam WK itu mempercepat dan membantu
expeditekan process tersebut; dan alhamdulillah kita
dimaklumkan pada hari Ahad 13-Apr 08 lalu, Tukang
Rumah yang diupah oleh rakan-rakan beliau ini (JV dgn
WK) sudah pun memulakan tugas. Kita akan ke sana untuk
ziarah Pn Zaitun dan melihat process membina bumbung
rumah itu status terkini.

Seterusnya kita akan ke Karangan untuk ziarah adik
Firdaus (22 tahun) yang tekad membela adik-adiknya
yang tinggal yatim piatu setelah kematian ayah dan
bonda dalam jangkamasa tak sampai satu tahun.

Tuan-tuan dan puan-puan rakan-rakan wargakilang
sekelian; lihatlah wajah-wajah sugul anak-anak yatim
piatu ini, tiada perkataan yang mampu saya gambarkan
di
sini; cukup sekedar kalau saya ceritakan, saya sendiri
pun tak kenai mak dan ayah mereka, dan saya pun itulah
pertama kali bertemu mereka, dan pertama kali
berkunjung ke rumah dan ke kampung berkenaan; walaupun
saya x kenai mak ayah mereka, tapi suasana kesedihan
dek pemergian 2 org tua mereka itu benar-benar dapat
saya rasakan, hingga menikam ke lubuk dada.

Saya nak habag satu benda di sini, saya pun macam
tuan2 dan puan2 juga, sudah berapa kali dah kita
berkunjung ke rumah-rumah kematian insan-insan
yang tak berapa rapat dgn kita ataupun kita tak pernah
mengenali mereka (spt sdra mara kpd jiran2 dan rakan
taulan); most of time, ikhlas saya katakan selalunya
kita tak berapa dapat rasa sangat suasana sedih tu,
and in fact kadang-kadang kita tak rasa apa pun, macam
pi melawat org sakit atau kenduri saja.

Sebab apa? Sebab kita tak punya pertalian darah dan
kenal rapat dengan si Mati berkenaan, x rasa apa-apa!

Tapi, kunjungan saya ke rumah adik Firdaus hari tu
benar-benar menguji jiwa saya; untuk pertama kalinya
dalam hidup saya, saya dapat rasai kehadiran KEMATIAN
itu walaupun si Mati itu tak pernah saya kenal, saya
dapat merasa seolah-olahnya KESEDIHAN itu masih
berterbangan dan masih terperangkap di antara
dinding-dinding bata di rumah itu, seolah-olahnya
belum lagi menghilang keluar walaupun sudah hampir
seminggu arwah ayahanda mereka pergi mengadap Illahi.

Saya pun tak tau nak tulis macam mana lagi, lost of
words � cukup sekedar kalau saya katakan ke mana
sahaja arah mata saya pandang di dalam rumah itu, hati
keras saya ini tiba-tiba sahaja jadi sebak dan sayu
macam ada benda yang cuba menendang jantung hati saya
membawa berita sedih dan duka yang masih berbaur di
sana; entahlah x tau nak habag macam mana lagi, apatah
lagi tatkala mana Makcik Jiran sebelah yang membawa
kami ke situ tatkala beliau menceritakan kisah
keluarga ini, beliau pun turut menangis dan mengesat
air mata, lagilah hiba.

Kata makcik ini, beliau pun tak tau nak bantu macam
mana, setakat tlg mai bagi makanan dan mai jenguk
sesekali berkesempatan.

Untuk diri saya, inilah pertama kali saya berhadapan
face to face dengan anak-anak yatim piatu, berhadapan
dgn suasana anak-anak kehilangan ibu dan ayah dalam
jangkamasa tak sampai 12 bulan; sayu dan terharu, satu
pengalaman buat diri sendiri dan iktibar buat semua.

No wonderlah org-org alim selalu pesan suruh kita
semua mengambil berat akan kebajikan dan perihal makan
minum anak-anak yatim piatu; besar pahalanya!

Panjang pula tulisan saya ini; seterusya kita akan
bertolak ke 5 buah rumah yang lain; dan akhir sekali
kita akan menamatkan sessi Biro WK masuk kg kali ini
di rumah Pak Mat seperti dalam gambar yang tersiar
ini. Tuan-tuan dan puan-puan lihatlah sendiri rumah
Pak Mat di kaki rimba ini; banyak dah rumah org miskin
yang saya kunjungi, tapi nak habag bagi kat hangpalah,
hat ini lah yang paling GABAN sekali.

Saya tak mau nak tulis panjang; kalau hangpa pernah
dengar perkataan FAKIR dan seumur hidup hangpa tak
pernah bertemu dengan seorang insan, seorang makhluk
Allah yang "bernama" FAKIR, maka inilah dia si FAKIR
yang sering kita dengar dalam kuliah-kuliah agama yg
dikatakan antara Asnaf yg 8 yg wajib kita bantu, yg
selama ini kita ingat hanyalah wujud di dalam
kitab-kitab sahaja. Hari ini si FAKIR itu benar-benar
wujud dan ada di dunia nyata, tak jauh dari rumah
kita!

Pagi itu waktu saya tengah nak bersiap-siap nak pi
riki tengok rumah Pak Mat, sahabat saya yang terjumpa
Pak Mat ini called; dia telepon saya dia kata:

"Munir, hang ada dak baju seluar bundle tak mau
pakai?"

Awatnya?

"Nak habag kat hang, hat ni memang real Miskin Tegar
punya, dia cuma ada kain pakai sehelai sepinggang
saja!!"

Dok ingatkan memba saya ni buat lawak, tengok-tengok
memang betoi pun sehelai sepinggang; cuma dia silap
sikit fakta saja, selain drpd kain pelikat yg Pak Mat
pakai tu, saya nampak di rumah Pak Mat tu (kalau boleh
panggil rumah la) ada sehelai lagi kain buruk yg saya
nampak macam kain pelikat kat situ. Okeylah tu ada 2
lai, boleh Pak Mat tukaq tukaq!

Nasib baik dalam bonet keta Wahab ada kain baju
memba-memba dia kirim, tapi kebanyakannya kain baju
budak; belek pi belek mai dapat juga dua lai kain
pelikat, sehelai tuala dan sehelai kain selimut,
cukuplah kot untuk Pak Mat pakai. Pasal makan minum,
tat pa kot; di kala kita semua dok sibuk bergaduh
sesama kita pasal harga brg naik pasal kerusi DUN
pasal Babi pasal Di-ibi, Pak Mat insan malang si Fakir
merempat, anak bangsa satu kulit dan satu warna dengan
kita ini, tanpa letrik tanpa air tanpa sebuah rumah yg
boleh dipanggil rumah, akan terus tinggal di dalam
hutan itu, bersama-sama dengan Babi Hutan dan Anjing
Liar yang sering mengganggu tidurnya saban malam,
tinggal menjadi spesis Melayu yang terakhir di bumi
sendiri!!

$*#%&*@*!! (x tau nak kata apa!)

Oleh itu, kpd mereka mereka yang punya masa, dengan
niat untuk membantu anak bangsa dalam kerangka mencari
pahala buat bekalan di SANA, kalau ada kelapangan,
jomlah ikut Team Biro Amal NGO Wargakilang masuk ke
kg-kg 1 hb ini.

Kalau yg nak bawa sumbangan kain baju & alatan
sekolah dll itu, di sertakan sedikit detail
keluarga-keluarga berkenaan sebagai panduan:

1. Pn Zaitun: Anak-Anak - 8 thn (L), 10 (P), 11 (L),
14
(L), 15 (P), 16 (L)

2. Yatim Piatu � Firdaus 22 thn, Fatahiyah (24-ibu
tunggal x kerja), Shafik (20), Shafikah (17), Najwa
(15), Kafidah (12), Noradilah (10), Farah (3 tahun
anak Fatahiyah).
3. En Zul (mata kelam): 10 thn (P), 9 (L), 8 (P), 5
(L), 1.5 (L), 2 hari (Baby)

4. En Wan � anak 11: sulung 23 baru habis belajar dari
madhad dehrang. Yg lain-lain: 7 masih sekolah, 3 belum
sekolah (4 thn, 3 thn, 7 bulan).

5. Pak Ngah Johari (60an) dan isteri (40an) : dapat
bagi beras dan makanan okey dah rasanya untuk pasangan
ini.

6. Pn Siah: Anak 6 (kali terakhir kami kunjungi beliau
bulan puasa tahun 2007, semua anak-anaknya masih
sekolah).

7. Pak Mat: Rasanya beliau perlukan keperluan asas
untuk basic survival dalam hutan. Misalnya, plastik
biru nak lindung dari hujan, periuk kecik untuk sorang
masak, belanga, cerek, pelita minyak geh kita bawa pi
camping, lilin & mancis, maggi, biskut dlm tin (dia
guna tong & tin, ketuk gedegung gedegang mlm-mlm untuk
halau babi dan anjing liar yg dok mai kacau dia dlm
kegelapan mlm), beras, sardin dan pembuka, kicap, ikan
masin, ikan bilis, alastidur, kain pelikat, baju dll.
(mana-mana group yg nak pi, sila habag awai supaya x
bertindan planning kita dgn rakan-rakan yg lain).

Sekian dimaklumkan.

Sila bawa brg2 sendiri, jgn mai bagi kat kami
duit/cash, kami tak kutip cash, kami cuma sekedar
membantu membuka laluan untuk kita sesama kita mencari
pahala, melakukan tugas Fardu Kifayah yang tertanggung
atas sebahagian drpd kita. Ada masa jom pi.

Moga kerja buat kita ini akan mendapat keredhaanNya.

Monier_matdin@ yahoo.com
http://www.monierma tdin.blogspot. com
14.4.2008

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: