Thursday, April 24, 2008

JEMPUTAN MEDIA KE PERASMIAN PAMERAN LUKISAN ‘BUKAK MATA’

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)



faisal mustaffa wrote:

24 April 2008

 Kepada Sidang Pengarang,
PERASMIAN PAMERAN LUKISAN ‘BUKAK MATA’
 Ahli Jawatankuasa Penganjur Pameran Lukisan 'BUKAK MATA' ingin menjemput
Tuan atau menghantar wakil ke majlis perasmian
Pameran Lukisan yang bertemakan 'BUKAK MATA' seperti berikut:

PAMERAN : ‘BUKAK MATA’

TARIKH : (Ahad) 27hb APRIL 2008

TEMPAT : RUANG KALA

STUDIO DIKALA JINGGA

No 40B Jalan Kota Raja, 27/M, Hicom Town Centre,

40400, Shah Alam, Selangor.

KURATOR PAMERAN : Studio Dikala Jingga


Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Puan Elizabeth Wong dan YB Puan Rodziah Ismail telah menyatakan kesudian untuk hadir ke majlis tersebut.

Sidang media akan dibuat sejurus selepas perasmian.

Semua wartawan dan jurugambar dijemput untuk hadir ke majlis tersebut tersebut.
Kami lampirkan surat jemputan rasmi,peta ke majlis dan kenyataan media bagi
tujuan promosi.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Zulkifli 012-5691186
Email:
zuldikalajingga@gmail.com

Pameran seni 'BUKAK MATA' di Ruang Kala,
Studio Dikala Jingga

Sempena Pra Pembukaan ruang pameran baru, kumpulan seni Studio Dikala Jingga telah menjemput sekumpulan artis untuk sama-sama menyumbangkan karya-karya mereka untuk dipamerkan dalam pameran yang dinamakan "Buka Mata".

Pameran ini cuba mengenengahkan gabungan seniman dari generasi lama dan baru, berbeza disiplin karya, dan latar institusi.

"Bukak Mata" secara literalnya boleh saja difaham sebagai melihat atau menikmati karya yang ada ;komposisi warna, bentuk dan rupa yang 'mempersona' mata. Di sisi lain, "Bukak Mata" juga, mahu memberi tahu kewujudan satu ruang baru yang sedia untuk di 'Pakai' dan diberi perhatian dalam proses pen'Demokrasi'an dan Pencerahan seni dan seniman, (khususnya seni tampak); atau baca tegasnya, "Bukak Mata" adalah perkhabaran tentang gerak secara independent dan survival para seniman selama ini, tidak harus lagi dipandang sepi setelah berlaku 'Perubahan Angin' pemerintahan; sekurang-kurangnya untuk lima tahun mendatang. Dalam pada itu, semangat dan kekuatan survival seniman harus dikekalkan untuk melihat Perubahan yang lebih nyata..

Tarikh :27hb April 2008 (pembukaan) - 27hb May 2008
Jam : 8.30 malam (pembukaan)
Tempat : Studio Dikala Jingga
No. 40b Jalan Kota Raja 27/M,
Hicom Town Centre,
40400, Shah Alam, Selangor


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: