Tuesday, April 29, 2008

Jelajah FORUM PERDANA EHWAL ISLAM, Sabtu 3-Mei-2008 (Kelang)

"Ahmad Sayuti Bin Bashiron" assayuti@gmail.com


Mohon laluan dan sebaran, Jazakallah.. .

SIRI KE-2 JELAJAH FORUM PERDANA EHWAL ISLAM, ANJURAN JAIS & KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
(mohon dipanjangkan sebaran)

Berobjektifkan DAKWAH sebagai kunci penyebaran dan kefahaman Islam di dalam masyarakat majmuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneruskan initiatif untuk menghidupkan semula era kegemilangan Forum Perdana Ehwal Islam yang berjaya dilaksanakan pada awal tahun 1990an. Forum terbuka yang menjadi faktor pembuka minda dan pencambahan budaya ilmu di dalam masyarakat Malaysia yang dilaksanakan semula di Shah Alam baru-baru ini ternyata mendapat sambuatan hebat masyarakat jauh dan dekat.

Siri Ke-2 forum ini bertempat di Daerah Kelang akan dilaksanakan pada hujung minggu ini Sabtu 03 Mei 2008 di Perkarangan Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang. Forum kali ini akan membariskan beberapa tokoh ilmuwan Islam tanahair yang masyhur. Kehadiran seluruh masyarakat dari pelbagai latar belakang dan bangsa amat dialukan. Moga initiatif mulia mengimarahkan BUDAYA ILMU di hati sanubari rakyat Selangor ini mencapai keredhaanNya.
Amiin... 013-296 8401

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Anjuran Bersama;
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tajuk;
"MENJANA ISLAM SYUMUL DI DALANGAN UMMAH"

Ahli Panel;
Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS
Y.BHG PROF. MADYA DR FAUZI DERAMAN
Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMED

Moderator;
Y.B. DATO' DR HASAN ALI

Lokasi;
PERKARANGAN, KOMPLEK SUKAN PANDAMARAN, KELANG.

Tarikh / Masa;
SABTU, 03 Mei 2008 / 26 Rabi'ulakhir 1429H ( 8.00 malam )


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: