Friday, April 25, 2008

Jangan Lupa Tragedi Hitam 15 Mei nanti

"Suara N9" pasn9@yahoo.com

Kenapa tak boleh lupa ? Baca
http://pasns. blogspot. com/2008/ 04/jangan- lupa-tragedi- hitam-15- mei-nanti. html

Kalau kita seorang yang beperikemanusiaan, seorang
yang prihatin kita sepatutnya memperingati tarikh
penting sebelum 15 Mei pada setiap tahun. 60 tahun
yang lalu, kira-kira sebulan sebelum berlakunya Nakbah
. Deir Yassin adalah tragedi yang perlu kita insafi.
Menjelang 15 Mei 2008 ini, genaplah 60 tahun
'Malapetaka Besar' buat umat ar Rasul saw dengan
terdirinya negara Haram Israel di bumi para Nabi, di
mana terletaknya Qiblat pertama umat Islam. Iaitu
tragedi pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin ,
Palestin. Deir Yassin dahulunya adalah sebuah
perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak
di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin
yang sempat menyelamatkan diri termasuklah Arafat
Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup
menceritakan,” Saya melihat seorang tentera Yahudi
memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil
sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher
Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha
terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau
lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian
mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau
Nazinya yang mengerikan itu”.

Ikuti kisah selanjutnya yang ditulis oleh Dr Zainur
Rashid Zainuddin , Biro Dakwah
ISMA Cawangan Seremban juga merupakan Aktivis
Kemanusiaan anak Johor pada pautan berikut
http://www.ismaweb. net/ISMA/ Article582. phtml

Blog PAS N.Sembilan http://pasns. blogspot. com
Rembau http://rembau- hari-ini. blogspot. com
Anak Muda Kampung http://amkns. blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: