Sunday, April 13, 2008

Isu Balak: Samseng, MB Pahang Gagal Bayar Saman RM60 Juta !

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Isu Balak: Samseng, MB Pahang Gagal Bayar Saman RM60 Juta !

Posted on Saturday, April 12 @ 16:38:12 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh: cucumatkilau


 Politik Pahang semakin bercelaru dengan berbagai isu yang akan dibongkarkan untuk pengetahuan rakyat. Biarpun isu pemecatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Ahmad Tajuddin Sulaiman dikatakan sudah selesai, apabila MB menerima penjelasan Tajuddin kononnya beliau berkata demikian atas kapasiti peribadi. Namun kini berbagai isu baru akan dibongkarkan oleh rakyat untuk memberi tekanan kepada MB Pahang, Dato' Nan supaya lebih bertanggungjawab dalam menangani apa jua permasalahan di negeri ini.

Terbaru, isu balak yang sudah berlarutan hampir 10 tahun kini dibongkarkan kembali. Rakyat Pahang yang selama ini menyangka isu tersebut sudah selesai. Rupa-rupanya ia masih belum lagi dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri yang mana Dato' Nan selaku ketuanya. SGM adalah sebuah syarikat pembalakan yang telah diberi kebenaran untuk membeli satu kawasan balak milik UMNO Pahang di mukim bebar, Pekan dekat sini. Menurut maklumat yang diterima kawasan yang ditawarkan oleh UMNO kepada SGM ialah kira-kira 10 ribu ekar. Nilai hasil yang sepatutnya diperolehi oleh SGM ialah kira-kira RM30 juta mengikut harga pada tahun 2000 lalu. Kini harganya dikatakan meningkat jutaan ringgit.

SGM dikatakan telah membuat bayaran kepada pemegang konsesi iaitu UMNO Pahang sebanyak RM1 juta atas persetujuan kedua belah pihak. Ini bermakna pihak SGM boleh mengeluarkan kayu secara berperingkat- peringkat (6 bulan) sehingga habis keseluruhan kawasan 10 ribu ekar. Namun difahamkan, SGM hanya berjaya mengeluarkan 400 ekar kayu dengan keuntungan RM7 juta dan selebihnya berbak lebih dari RM20 juta telah ditahan oleh kerajaan negeri. Difahamkan pihak Pengarah Perhutanan Negeri Pahang telah diarahkan oleh MB untuk tidak mengeluarkan lesen kepada SGM. Akibatnya SGM telah mengalami kerugian dan merasa mereka telah ditipu oleh MB Pahang itu.

enurut Pengarah SGM, Tn. Syed Ali "masalah yang timbul antara SGM dengan UMNO Pahang telah diselesaikan. Bahkan UMNO tidak mempunyai sebarang tuntutan berkaitan terhadap SGM. Masalah yang timbul sekarang ialah dengan pihak kerajaan negeri yang secara jelas melanggar prosuder yang telah ditetapkan. Ini bermakna MB Pahang yang juga selaku Ketua Perhubungan UMNO Pahang telah cuba memanipulasikan perkara ini. Akibatnya kini SGM tidak dibenarkan untuk membawa keluar saki baki kayu balak seperti yang telah diluluskan kepada mereka" katanya.

Susulan daripada perkara ini, suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuantan telah dikeluarkan pada 6 November 2007 dan dibenarkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan berakhir 7 Januari 2008 mengenai penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan bertarikh 25 Mei 2007. Keputusan penghakiman tersebut memerintahkan Kerajaan Negeri Pahang selaku (Defenden 1) dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang (Defenden 2) membayar gantirugi sebanyak RM37 juta dengan kadar faedah 8% setahun mulai Disember 2000 kepada SGM.

Keputusan penghakiman Mahkamh Rayuan pada 13 Feb 2008, menolak permohonan defenden-defenden untuk rayuan difailkan diluar tempoh masa. Manakala [ada 7 Mac 2008 pula, Mahkamah Tinggi Kuantan telah merperakukan sijil perintah tersebut tanpa bantahan oleh kedua-dua defenden.

Kesimpulannya, maka pada tarikh & April 2008 sepatutnya adalah hari wajib bayr (tarikh akhir) bagi pihak defenden kepada SGM. Sekiranya defenden tidak berbuat demikian maka ianya akan dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah. Oleh itu Dato' Nan selaku MB Pahang adalah orang yang bertanggungjawab didalam kes ini. Tambahan pula Pengarah Perhutanan Negeri Pahang adalah jabatan negeri dan tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri Pahng. Ini bermakna Dato' Nan memainkan peranan penting untuk mengarahkan Pengarah Perhutanan Negeri supaya tidak lagi mengeluarkan lesen kepada SGM.

Susulan daripada perkara ini, Dato' Nan telah didapati secara jelas "menghina mahkmah" apabila gagal membuat sebarang pembayaran ataupun perundingan antara kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan perkara ini sejak sekian lama. Justeru itu Dato' Nan sebagai MB langsung tidak mempunyai sifat tanggungjawab serta rasa hormat dalam dirinya terhadap perlembangaan dan undang-undang negara. Malahan juga beliau secar engkar telah melawan kewibaan mahkamah. Mungkin beliau merasakan kes ini remeh-temeh dan beliau boleh melakukan apa sahaja atas kapasitinya seorang ketua negeri yang berkuasa. Selaku MB baginya beliau bebas untuk membayar ataupun tidak.

Beliau juga telah membiarkan wang rakyat dan kerajaan dinazirkan akibat terpaksa juga membayar faedah sebanyak 8% setahun mulai Disember 2000 yang kesemuanya berjumlah puluhan juta ringgit. Perbuatan ini baginya adalah baik tanpa memikirkan langsung jalan penyelesaian terbaik dengan SGM.

Beliau juga telah didapati menghancurkan keyakinan rakyat atas kemenangan membentuk kerajaan negeri baru selepas pilihanraya umum lalu. Beliau sepatutnya mengambil berat perkara ini kerana ianya boleh menggugat juga maruah dan kreadibiliti beliau selaku MB Pahang.

Beliau juga telah menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negeri ini. Ini kerana pelabur asing akan melihat diri mereka seolah-olah tidak dibela apabila terdapat permasalah dengan kerajaan negeri itu sendiri. Bahkan, keputusan penghakiman telah jelas menunjukkan beliau harus bertanggungjawab akan perkara ini. Sebaliknya Dato' Nan sanggup menghina dan engkar dengan keputusan mahkamah.

Natijahnya daripada apa yang berlaku ini, jelaslah kepada kita bahawa Dato' Nan tidak layak untuk terus memimpin rakyat Pahang. Negeri Pahang juga senantiasa mengalami defisit bajet yang merungsingkan sejak sekian lama. Dato' Nan dikatakan gagal membawa masuk pelabur asing ke negeri ini. Apa yang ada hanya pelaburan yang telah dibawa masuk oleh Khalil Yaakob semasa Yang DiPertua Negeri Melaka itu menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang dulu. Maka dengan ini, sebagai rakyat yang perihatin marilah kita bersama-sama mendesak supaya Dato' Nan dapat bertanggungjawab dalam hal ini, jika tidak beliau juga harus berundur.

Tindakan beliau yang melepaskan jawatannya dan tidak mahu bertanding lagi dalam merebut jawatan MT UMNO dalam pemilihan akan datang adalah tepat sekali. Kerana sememangnya beliau tidak layak dan berkaliber untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Apatah lagi dalam membangunkan negeri Pahang. Apa yang beliau lakukan selama ini?. Mak sudah tiba kita juga harus mendesak agar beliau berundur sama seperti Pak Lah. Segalanya terletak ditangan rakyat Pahang, apakah mereka terus mahu mempunyai Menteri Besar yang kurang ajar dan samseng seperti ini?. (Klik sini ke blog cucumatkilau)


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: