Saturday, April 12, 2008

ISA - Tak bolehkan kita istiqamah doa minujat dan solat hajat?

Tarikh : Saturday, April 12 @ 07:47:09 MYT
Topik : Artikel


Oleh Ulit_mayang

Ulit_mayang@ yahoo.com

 Tak perlu lah saya panjang2 kan lagi apa itu ISA, Cuma cukuplah untuk kita kutuk keterlaluan kepada UMNO/BN akan hal dan isu ini. Harus kita akur dengan nya. Ini lah sebahagian dari kekuatan UMNO/BN dalam menghadapi rakyat terbanyak.

Cuma hati sangat tersentuh dengan artikel “GMI kesal tempoh tahanan ISA dilanjutkan 8 tahun “Tiada lebih memeritkan bagi mangsa ISA dan keluarga masing-masing apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka adalah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam… Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka. ….dan berita tahanan ISA dilanjutkan tahanan masuk tahun ke-8 , apa hal dan apa tak kena nya dengan ISA ini ?

Apa yang kita kita buat dan lakukan ? sudah jenuh , tapi mungkin masih tidak putus harap. Sudah kering air mata isteri dan anak – anak mangsanya. Apa lagi yang mampu kita ikhtiarkan ?

Kutukan , cemuhan , amaran , demostrasi , memorandum , rayuan , mesyuarat , bengkel ….dan apa lagi , dan lagi , dan lagi………sudah kita ikhtiarkan , nak buat macam mana lagi untuk melembutkan hati pemimpin - pemimpin UMNO/BN ?

Nak kita aturkan 1,000,000 juta perhimpunan di Kem Kemunting , Taiping ? atau di Kuala Lumpur ? , belum tentu kerajaan UMNO/BN akan tunduk.

So, apa lagi ???

Tak tau lah , kadang – kadang saya terfikir , adakah dibolehkan oleh islam , sekiranya kita menganjurkan majlis doa , munajat dan sembahyang hajat dan qiamulail , secara berkala ,sehingga akta ini dimasuhkan dan semua tahanan dibebaskan ?

Kita persembahkan kepada Tuhan , macam peristiwa munajat Habil dan Qabil , mungkin dengan cara ini pemimpin UMNO/BN akan insaf , lembut hati dan menerima desakan ramai. Kita syorkan kepada pimpinan tertinggi PR PAS dan PKR , alim ulamak supaya majlis doa , munajat dan sembahyang hajat dan qiamulail diinstitusikan. Bukankah telah jelas DOA ITU SENJATA BAGI ORANG MUKMIN, nah kenapa tidak kita maksimakan penggunaannya ? lakukan secara berjemaah , beramai – ramai dan secara terbuka …………

Apakata kalau kita tadbirkan majlis DOA MUNAJAT DAN SEMBAHYANG HAJAT serta QIAMULAILAL , secara berkala , tetap dan terurus di kesemua kelima – lima negeri yang telah diperintah oleh Pakatan Rakyat ? kita akan bergerak dari stadium ke stadium , kumpulkan kekuatan doa dan munajat di stadium Batu Kawan , Penang ; Stadium Darul Aman , Kedah ; Stadium Indera Mulia, Ipoh ; Stadium Shah Alam , Selangor dan Sadium Sultan Mohamad Ke – IV , Kota Bharu , Kelantan dan semua markas – markas utama PAS dan PKR di seluruh Negara. Apakata kita mulakan dari sekarang ? tak perlulah kita bertangguh – tangguh lagi lagi. Apakata kita ajukan cadangan ini kepada pimpinan – pimpinan utama PAS dan PKR [ DAP mungkin boleh adakan program mengikut kehendak agama masing – masing di gereja dan /atau kuil ]




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: