Monday, April 28, 2008

ISA kan Syit Hamid

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Sy Hamid: ISA tidak akan dipinda
Apr 26, 08 11:20pm
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang semakin dipertikaikan banyak pihak, tidak akan dipinda bagi mengawal ketenteraman awam, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Tambahnya, undang-undang yang bersifat pencegahan seperti itu juga diperkenalkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Ia bukan bertujuan membawa penganiayaan tetapi untuk melindungi hak orang ramai tinggal dengan selesa tanpa rasa takut ancaman nyawa mereka," katanya di Kota Tinggi hari ini, lapor laman web The Star Online.

Mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan akta itu yang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan di mahkamah, Syed Hamid berkata kerajaan tidak boleh menunggu sesuatu yang buruk terjadi sebelum mengambil tindakan.

Beliau menambah, Anwar sendiri sewaktu 16 tahun dalam kerajaan "tidak pernah berbuat apa-apa" dan "senang bagi pembangkang untuk menjanjikannya (perubahan itu) daripada melaksanakannya" .

Source: Malaysiakini
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: