Friday, April 11, 2008

Iris Corporation Berhad, satu jenayah terancang?

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Ketua Perusuh
Fri | Apr 11, 08 | 7:56:28 am MYT

Komentar saya kali ini berkisar kepada beberapa insiden yang berlaku (boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terancang) dalam sebuah organisasi yang diberikan kepercayaan mengendalikan maklumat peribadi semua rakyat Malaysia. Organisasi ini adalah Iris Corporation Berhad (IRIS).


Disini saya petik maklumat yang tersedia di laman web Iris Corporation Berhad (www.iris.com. my);


"IRIS Corporation Berhad is a global security solution provider with core expertise in the area of securing government security documents i.e. National ID and Passport. Incorporated in 1994, IRIS is the first company in Asia to set up fully integrated manufacturing facilities for Contact and Contactless Smart Cards, Contactless Document Inserts and assembled Module in Tapes and Reels.


IRIS pioneered the world�s first electronic passport and national multiapplication smart card with the implementation of the Malaysian Electronic Passport in March 1998 and MyKAD - the Malaysian Government Multi Purpose Card in April 2001. These technologies are deployed in many countries across the Asia, Middle East and Africa regions.


IRIS also provides a full range of smart cards readers, integrated terminals, card personalization equipment and biometrics scanner to complement the application of its smart card solutions.


Other IRIS products include the Digital Conferencing System and Immigration Autogate.


IRIS Corporation Berhad is an MSC Status company and is listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange."


Apakah yang menjadi persoalan di benak kita bila mendapat tahu bahawa Suruhanjaya Sekuriti telah "memfailkan saman terhadap lapan syarikat asing dan dua syarikat tempatan yang didakwa melakukan kesalahan manipulasi dan penipuan dalam pasaran saham Iris Corporation Bhd."? Tentunya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kejadian ini yang dikisahkan ini berlaku pada tahun 2005 dan 2006.


Persoalannya sekarang ialah kenapa Suruhanjaya Sekuriti (SC) begitu lambat bertindak sedangkan beberapa maklumat telahpun disampaikan kepada mereka oleh beberapa pihak yang perihati pada pertengahan tahun 2005 lagi.


Adakah SC dihalang oleh pihak-pihak tertentu? Adakah pimpinan peringkat tertinggi dalam Kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada siasatan SC?


Di mana perginya Badan Pencegah Rasuah (BPR)? Kenapa BPR tidak turut sama menyiasat perkara ini? Malah beberapa lagi kesalahan (boleh diklasifikasikan jenayah terancang) telah dikesan dilakukan oleh Iris Corporation Berhad (IRIS) termasuklah kegiatan mendedahkan maklumat peribadi yang terdapat dalam pangkalan data mereka kepada pihak ketiga.


Mengenai kes pemalsuan kad pengenalan (IC) yang mana terdapat beberapa petunjuk yang mengaitkan penglibatan beberapa pihak didalam IRIS dengan beberapa individu demi untuk mengaut keuntungan peribadi.


Malah beberapa serbuan (yang disenyapkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia) menunjukkan bahawa peralatan (perisan dan pekakasan) yang digunakan untuk membuat pemalsuan kad pengenalan dibekalkan oleh pihak IRIS.


Persoalan mengenai hak ekslusif mengeluarkan kad pengenalan MyKAD kepada Iris Corporation Berhad juga mengundang tanda tanya. Ini kerana pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarahkan menggunakapakai khidmat IRIS tanpa tender terbuka.


Malah ada pihak yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa unsur rasuah berlaku dalam kontrak pembekalan MyKAD kepada JPN oleh IRIS. Telah dikenalpasti beberapa individu yang mengaut untung (laba) yang begitu besar atas perkhidmatan yang dibekalkan oleh IRIS kepada JPN.


Masalah keselamatan dalam negeri (akibat dari isu MyKAD dan Paspot Antarabangsa Malaysia) amat meruncing dan memerlukan satu kajiselidik dan penyelesaian cepat dan menyeluruh.


Pendedahan kes saman oleh SC menunjukkan bahawa kesemua operasi dan perniagaan IRIS perlu disiasat dan diselidiki oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini adalah untuk memastikan bahawa kebocoran maklumat data peribadi awam dan sebagainya tidak menjadi lebih ketara dan seterusnya dapat dikawal.


Terlalu banyak kepincangan dalam operasi IRIS dan badan-badan kerajaan yang berkaitan namun ianya masih lagi tersimpan dan tidak didedahkan.


Saya amat berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kepincangan dalam operasi IRIS dapat mendedahkannya demi untuk menyelamatkan Malaysia. - ketuaperusuh. wordpress. com



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

2 comments:

frossonice said...

Saudara,

Saya adalah seorang kakitangan biasa di JPN dan artikel ini amat mengecewakan saya dari segi penulisan dan huraian fakta.

"Malah beberapa serbuan (yang disenyapkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia) menunjukkan bahawa peralatan (perisan dan pekakasan) yang digunakan untuk membuat pemalsuan kad pengenalan dibekalkan oleh pihak IRIS." - Sehingga setakat ini, Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan JPN masih belum menemui MyKad yang diubah pinda data didalam cip MyKad (pemalsuan cip). Yang sering ditemui adalah ubah pinda pada data di permukaan cip sahaja. Cip dianggap sebagai first line of defence daripada penipuan namun usaha sedang dilakukan untuk menjadikan cip sebagai barisan terakhir kawalan pemalsuan kad. Teknologi terkini sedang dikaji, seperti penggunaan cetakan laser (ID Hong Kong) imej ke permukaan kad dan lain-lain lagi.

Saudara membuat andaian bahawa MyKad palsu 100% (permukaan dan cip) wujud, maka sila kemukakan bukti di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan JPN. Mereka adalah pekerja yang berdedikasi untuk membenteras pemalsuan dan penyalahgunaan pengenalan diri.

"Persoalan mengenai hak ekslusif mengeluarkan kad pengenalan MyKAD kepada Iris Corporation Berhad juga mengundang tanda tanya. Ini kerana pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarahkan menggunakapakai khidmat IRIS tanpa tender terbuka." - Kenyataan perlu diperbetulkan. Iris Corporation hanya MEMBEKAL kepingan kosong MyKad kepada JPN. Proses cetakan, masukan data, salutan kad dan verifikasi sehingga diterima orang ramai adalah dijalan 100% di JPN sendiri.

Setakat ini juga, hanya IRIS sahaja syarikat tempatan yang mampu mengeluarkan kad bercip yang memenuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan cip shingga mendapat pensijilan oleh Proton World International (PWI) - sila google untuk ketahui lebih lanjut mengenai PWI. Kalau saudara tidak kisah kad bercip dibeli dari luar negeri, terpulang.

Berkenaan hal lain, saya tidak layak untuk membuat ulasan.

Namun saya terpanggil untuk mengulas mengenai apa yang saya faham dan tahu kerana saudara membayangkan seolah-olah kakitangan JPN adalah kakitangan yang tidak beretika dan bermoral.

Sila buat kajian mendalam dan ketahui informasi sebenar sebelum membuat kenyataan.

Maaf dan terima kasih.

cakapaje said...

Salam frossonice,

Terima kasih kerana memberi komen saudara, dan menambah kepada berita ini.

Perlu saya menerangkan konsep blog ini kepada saudara:

1. Ianya merangkumi berita berita yang tidak didapati di media arus perdana.

2. Sumber berita merupakan hantaran email kepada pelbagai egroups yang terdapat di Malaysia (yahoo! google dan groups seperti itu).

3. Ianya bukan tulisan saya, malah bahan penulisan saya tidak terdapat langsung di blog ini.

4. Ianya pada asal hanyalah untuk simpana peribadi saya untuk dibuat rujukan - tak tahu bagaiman berita blog ini tersebar luas.

5. Saya tidak menghalan sesiapa - samada untuk menambah atau membetulkan - berita yang terdapat di sini.

Terima kasih.