Friday, April 18, 2008

Imbas Kembali : Bersih

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Masih ingat perhimpunan BERSIH? Ini diari personalku. (Bah. 1)
Posted on Friday, April 18 @ 09:09:49 MYT by greenboc
Coretan @ Luahan Oleh mazwandi

"aAna tiba-tiba terbuka fail lama dalam tumb drive ana bertajuk 10 Nov 2007. Ana buka dan ana baca. Tiba-tiba rasa seronoknya berdemo kembali berdetik di dalam jiwa ku. Di sini ana perturunkan saat-saat benar ana di sana semasa demo BERSIH di dalam TKO. Di harap pembacaan ini dapat merilekskan sekejap minda kita dengan isu-isu selepas pilihanraya yang tidak ada berpenghujungnya ini.

10 Nov 2007 – Catatan peribadi.

2 hari sebelum 10.

Ibuku menoleh kepadaku selepas menonton berita di TV3, "---- (nama timangan ibu kepadaku), jangan mengada-ngada nak pergi demo sabtu ni, ayah dah pesan pada ibu, jangan benarkan ---- pergi demo sabtu ni, bahaya." Nasihat ibuku dengan muka yang serius. Aku menjawab, " tapi bu, ---- wajib pergi ni, tok guru hadi awang dan arah semua ahli turun, ketua pemuda pun dah mewajibkan semua pemuda turun."

"Ibu kata jangan pergi,… isteri kamu tu dalam hari je nak bersalin, anak kamu yang sulong tu, baru nak masuk 1 tahun, jalan pun belum lagi, kalau apa-apa terjadi, isteri kamu juga yang susah, jangan ngada-ngada, ibu kata tak boleh pergi!" nasihat ibuku dengan lebih serius,….. aku menjawab dengan lembut, " baiklah bu,…." . Tapi di dalam hatiku aku telah bertekad untuk pergi juga untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia untuk turun berdemo.

Itulah ibuku, terlalu mengambil berat akan keselamatan anaknya yang nombor dua ini, yang suka keluar berdemo di mana adanya tempat berdemo. Walau umurku sudah menjangkau 31 tahun, namun ibuku masih menasihatiku seperti aku ini berumur 11 tahun. Tapi, itulah yang menyebabkan aku sungguh menyayangi ibuku, nasihatnya yang tak pernah putus-putus menyebabkan aku lebih menyayangi dan lebih manja kepada ibuku.

1 hari sebelum 10.

"Esok, abang nak pergi demo ni. -- (Panggilan timangan kepada isteriku) ok tak?" kataku kepada isteriku, minta pandangannya. " Ibu tak beri abang pergi. Tapi abang nak pergi juga. -- macam mana? Setuju ke?" tambahku lagi.

"-- tak apa-apa. Abang nak pergi, pergilah, takpe." Jawab isteriku lembut. Terus naik semangat hati yang baru semalam telah menjadi serba-salah kerana larangan ibuku. Semangat untuk pergi telah melonjak-lonjak, walaupun ada perasaan takut yang amat. Ye, aku sungguh berasa takut untuk pergi berdemo esok hari, kerana seperti ibu telah menasihatiku, isteriku pada bila-bila masa akan bersalin.

"Selamat berdemo." Itulah ucapan isteriku apabila aku hendak pergi ke demo, kata yang sungguh memberi semangat kepadaku dan akan terngiang-ngiang dikepalaku sepanjang masa semasa berdemo. Isteriku yang disayangi, yang ku kenal hanya selepas bernikah, yang hanya sekali ku melihat wajahnya semasa hendak meminang, yang tidak pernah bertegur-sapa hanya selepas kami dihalalkan. Allahuakbar!

Hari 10

10 pagi di Klinik Dr Hamid Arshat
" dah buka 3cm ni. Tapi kepala masih belum anggage. Saya syorkan isteri you masuk ke wad di Selayang Isnin ni." Allahuakbar! Pintu rahim telah buka 3 cm. Tanda untuk bersalin semakin dekat. Jika di Selayang, dah kena tahan di wad ni.
Hati jadi semakin keliru, nak pergi ke tak ni? Kalau tiba-tiba isteri bersalin waktu berdemo, macam mana ni? Aku bertanya lagi kepada isteriku, " takpe ke abang pergi ni?", isteriku menjawab, "takpe, saya tak rasa apa-apa lagi, abang pergi je lah." Berkobar-kobar semangatku mendengar jawapan isteriku.

Jam 11.00 pagi

Selepas menghantar isteri ke rumah ibu, aku terus ke kedai kodak untuk membeli 2 gulung filem kodak 36-400 dan kad pra bayar celcom RM10. Didalam begku sudah ada air mineral dan kamera, di dalam bonet keretaku sudah ada stokin dan kasut untuk dipakai semasa berdemo.

Aku memandu keretaku dari Bukit Damansara ke stesen LRT Bangsar. Hujan turun dengan lebat. Terus membeli tiket RM1.60 ke stesen Masjid Jame’. Sebelum ini telah berjanji dengan kawan-kawan jemaah di Hulu Selangor untuk berkumpul di sana. "rombongan pertama 15 orang akan bertolak dari Rasa pukul 10, yang kedua pukul 12" SMS dari ketua unit poster Pemuda cawangan Rasa. 15 pemuda dan 30 yang lain dari cawangan, 45 orang, okle tu, kata ku sendirian.

Jam 11.30 pagi

LRT tiba ke stesen Masjid Jame’, di stesen, aku terus membeli tiket untuk ke stesen Bangsar kerana pengalamanku, jika hendak balik berdemo, naik LRT, alamatnya beratur panjanglah nak membeli tiket. Keluar dari stesen terus menuju ke masjid Jame’. Aku melihat sudah ramai manusia berkumpul di dalam masjid dan persikitarannya dan polis dan fru pun ramai juga.

Jam 11.45 pagi.

Aku berlegar-legar ditempat wuduk sambil memerhati gelagat orang ramai. Aku SMS bendahari pemuda Rasa, "Ada mana tu?", jawab SMSnya, "Ada kepong, komuter ada masalah teknikal.". Aduh, rakan-rakan jemaah semuanya tersangkut dalam komuter. Alamat aku seorang je lah yang berdemo mewakili cawangan Rasa ni, kataku keluh kesah.

Aku terus mengambil wuduk, dan masuk ke dalam masjid. Baring dilantai masjid yang sejuk sehinggalah azan zohor bergema.

Jam 1.15 tgh hari.

Selepas solat zohor berjemaah, pundi kencingku telah penuh. Aku pun bergegas ke tandas sambil berkaki ayam. Sampai sahaja di tandas, ya Allah, beratur panjang orang untuk membuang hajat masing-masing.

"eh! Kaki ayam je? Mana kasut?" seorang menegurku, ya Allah, sahabat ku, Atid, anak Dr Hassan Ali. Dah lama aku tidak berjumpa dengannya. Kali terakhir berjumpa semasa aku hendak makan di Masjid Negara sebelum solat Jumaat untuk berdemo membantah IFC. Badannya maintain je kurus walau selepas bernikah, tak macam ku, naik 20kg.

Selepas berjaya membuang hajat, jam menunjuk 1.40 tgh hari. Aku standby kamera ku. Ku buka bajuku untuk memakai baju kuning bersih dan juga tidak akan lepas memakai vest hitamku yang ku beli di Maideen Kuala Terengganu sebelah kedai Payang. Vest ini banyak jasa ketika aku pergi berdemo. Senang nak letak kamera dan barang-barang lain. Tidak lupa, ketayap (kopiah) ku mesti berada di atas kepala ku.

"Mu ada mana ni?" tanyaku kepada bendahari Pemuda Pas Rasa melalui hand phoneku. "Ada di Masjid Jame’ ni. Baru lepas solat." Aku mencari tapi tak jumpa.

Aku menelefon Setiausaha Kawasan Hulu Selangor pula, mereka datang berkumpulan, lebih kurang 50 orang, " Haji ada di mana ni? Ana cari tak jupe." Tanya ku resah. "Ana ada atas stesen LRT Star. Nak cari tempat solat. Masjid susah nak masuk. Sesak orang." Jawab Setiausaha Kawasan. "oklah, nanti kita jupe lah di mana-mana." Jawabku. Sebenarnya, percakapan dalam telefon tidak seberapa dengar kerana di dalam masjid sudah riuh-rendah ucapan daripada Dr Hatta tak silap saya, aku tak nampak, sebab ramai orang.

Aku terus meluru keluar masjid. Orang ramai telah penuh memenuhi jalan. Aku snap beberapa gambar. Kemudian ada sedikit bingit-bingit bising apabila trak water canon berjalan didepan orang ramai menuju ke lampu trafik Dataran Merdeka. Aku ambil snap gambar trak.

Apabila reda, dan orang ramai bertambah ramai, maka aku pergi ke kedai menjual kain sebelah kanan pintu masuk masjid jame’, kerana kedai itu tinggi dan ada tangga untuk memasuki pintu utama kedai. Makaku ke sana untuk mendapat angle yang tinggi untuk mengambil gambar. Aku pun snap beberapa snap gambar. Setelah snap gambar beberapa pegawai Rela di sebelah kiriku, sesuatu yang biasa terjadi pada era reformasi terjadi. Water canon telah menjalankan tugasnya.

Aku sempat snap gambar air pancutan yang pertama, pada mulanya ku anggap itu hanya air biasa, tetapi tiba-tiba bau yang tidak diingini datang. Tiba-tiba mata ku menjadi pedih yang amat, hidung sesak untuk bernafas kerana baunya yang amat pedih, kerongkongku sakit sesakit yang tidak bolehku bayangkan.

Air Asid!!

Aduh!! Aku gagahkan diri mengambil 2 lagi shot gambar dalam keadaan kesakitan, kemudian aku berundur kembali ke dalam masjid.

Ha! Ha! Ha!, hatiku ketawa, aku tidak marah, aku tidak memaki, namun hatiku gembira kerana perkara yang aku takuti terjadi telah terjadi kepada diriku, aku sudah rasa water canon asid polis. Benda yang tidak diidamkan telah datang. Tiba-tiba aku menjadi berani. Rasa macam nak lagi.

Kain putih yang ku bawa ku basahi dengan air. Ku lap dimuka. Masih lagi sakit pedih. Aku pergi ke tepi masjid bersebelahan dengan sungai gombak. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Aku mendongak mukaku ke atas untuk mendapatkan air hujan. Alhamdulillah! Air hujan rahmat. Lega rasanya mukaku.

Keadaan reda sekita. Aku berlegar-legar di perkerangan masjid dalam keadaan hujan. Ada seorang hamba Allah memberikan payung kepadaku. "Meh masuk dalam payung dengan pakcik." Jawab seorang pakcik tua, ikhlas, aku menjawab, "terima kasih pak cik, tapi mata saya masih pedih lagi ni,…" aku menjawab, juga ikhlas.

Lebih kurang 5 minit, tiba-tiba bunyi kecoh diluar pagar masjid. Aku pergi meluru keluar. Namun aku tidak dapat keluar kerana orang diluar semuanya berpusu-pusu masuk ke dalam dengan keadaan tergesa-gesa, ramai yang panjat tembok dan pagar untuk memasuki ke dalam masjid. Aku tersepit ditepi bangunan. Namun aku keluarkan kamera dan hulurkan tanganku keluar dari tepi tembok bangunan itu, snap satu gambar. Apabila line clear, aku keluar menuju ke tepi pagar, snap lagi 2 gambar.

Tiba-tiba, kesakitan tadi mucul kembali, mata sakit, hidung sakit dan tekak sakit. Baru ku sedar, aku sedang berdiri diatas takungan air asid yang banyak. Baunya seperti mahu membunuh diriku. Aku snap lagi satu gambar pada air asid di lantai. Aku sudah tidak bernyawa, kembali berundur ke belakang bangunan. Ku dongak ke atas muka ku ke langit membiarkan air hujan terkena pada muka ku. Allahuakbar! Alhamdulillah! Hujan rahmat.

"Abang! Ada ayaq tak?" tanya seorang hamba Allah kepadaku dengan muka penuh kesakitan yang amat. "hang dongak ke atas. Mesti lega punya." Ku memberitahunya. Beliau mendongak. Nampak mukanya rasa lega dengan kenikmatan air hujan. Aku buka begku dan memberi air mineralku untuk beliau berkumur-kumur. Beliau berkumur. Lega rasanya melihat beliau terlepas sedikit dari keseksaan. Mana taknya, selepas lega, beliau mengatakan air asid termasuk dalam mulutnya. Ya Allah. Engkau selamatlah dan berikanlah ganjaran yang besar kepadanya. Tiba-tiba orang sebelah meminta air. Mukanya dalam kesakitan yang amat. Aku pun beri. Lega rasanya aku membawa sebotol air mineral.

Keadaan kembali reda. Lebih kurang pukul 2.10 petang, pihak unit amal mengarah semua yang berada di dalam masjid keluar menuju ke dataran Merdeka. Beribu-ribu orang keluar dari masjid serentak. Aku ikut sama. Keluar sahaja, tiba-tiba orang yang didepan ramai yang lari ke belakang. Ku dapat rasakan, water canon akan beroprasi kembali. Aku berundur, tetapi tidak masuk ke masjid, tetapi menuju ke jalan menuju ke arah pudu. Aku betul-betul berada dibawah stesen LRT STAR masjid jame’.

Shiuut! Shiuut! Bunyi tembakan air racun kepada para pendemo. "celaka paklah, celaka kau Khairi sial!" itulah suara hatiku apabila melihat kejadian yang sungguh tidak bertanggungjawab itu. Terus-terang ku katakan, aku ketika itu tidak sedikit pun marah kepada polis dan fru. Tapi marah kepada 2 orang yang sial itu. Aku berjaya snap 3 gambar.

Orang ramai berundur. Tapi aku mara kedepan untuk mengambil gambar para fru. Aku betul-betul berada di tepi OCBC bank. Ku snap 2 gambar.

Setelah gambar di snap, aku menoleh ke belakang untuk kembali berhimpun dengan orang ramai, tidak sampai 5 langkah, aku terdengar bunyi tin jatuh ke jalanraya di sebelah kiri dan kananku. Kting! Kting! Bunyinya. Lagi sekaki tin yang jatuh itu mengena pada kakiku sebelah kanan dan lebih kurang 3 kaki di sebelah kiriku. "Apa ni?" hatiku bertanya. Pufff!!! Asap keluar dari tin.

Allahuakbar! Tak sampai sesaat aku ditengah-tengah asap pemedih mata, dan tak sampai 2 saat, tekakku jadi kering, mataku jadi sakit kepedihan yang amat sangat, hidungku tidak boleh bernafas, mulutku juga tidak boleh bernafas, paru-paru ku terasa pedih yang amat, mukaku panas terbakar walau tiada api!!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Mulutku menjerit tapi keluarnya cukup perlahan seperti membisik. Aku lari-lari anak. Hendak lari laju-laju tidak boleh. Kakiku rasa sudah longlai seperti hendak pengsan. Cuba bayangkan aku berlari sambil tidak boleh bernafas. Sakitnyaaaa……

Aku menuju ke jalan menghadap bangunan bank bumiputra yang lama. Aku tak tahu nama jalan itu, tapi ia ada disebelah kiriku. Aku curahkan air kepada mukaku. Masih lagi sekiiit. Aku lap muka ku dengan kain yang basah. Masih ku sesak nafaaas.

Tiba-tiba seorang insan memberiku garam. "bang! Nah garam." Aku mengambilnya dan memakan garam itu. Legaaaaa,….. Alhamdulillah! Garam selebihnya aku letakkan pada mataku, mulutku dan hidungku. Lagi legaaaaa,…. Alhamdulillah!
Sekarang saya baru tahu, gas pemedih mata lebih sakit daripada air asid. Ini adalah ilmu pelajaran yang baru kepadaku.
5 minit aku tidak berdaya berbuat apa-apa. Berdiri di dalam kekeliruan. "Balik jelah gini!" hatiku marah. Tapi, alhamdulillah, imanku tetap kuat. Aku kuatkan tekadku untuk bersama-sama orang ramai untuk berhimpun jumpa Agong.

Seorang marsyal memanggil orang ramai kembali berkumpul. Kami semua berkumpul kembali agak jauh dari masjid jame’, berdekatan dengan Mc Donald. Aku melihat pada jam ku, "laaa,… baru jam 2.25ptg polis dah buat hal." Aku menoleh kepada marsyal yang suruh berkumpul tadi. "ke mana kita lepas ni?" tanyaku hendakkan maklumat. "mungkin ke CM dan terus ke istana." Jawabnya.

Aku menelefon Setiausaha Kawasan, " haji ada mana?" tanya ku musykil, " kami terperangkap diatas stesen LRT masjid jame’, pintu dah tutup!" jawabnya. Ya Allah, jahatnya mereka memenjarakan kawan-kawanku di dalam stesen LRT. Selang beberapa minit, bunyi lagi kting! Kting!, tin jatuh ke jalanraya. Satu jatuh didepanku, ada di tepiku, ada di belakang ku.
Lagi sekali! Aku berada ditengah-tengah gas pemedih mata.

Undur! Undur! Orang ramai lari bertempiaran. Gas keluar dari tin. Aku tutup nafas sambil berlari anak. Aku ingat tak rasa pedihlah sebab aku tidak bernafas, tapi ku rasa sakit juga paru-paru ku, kulit tanganku, kulit mukaku, mataku, gas masuk melalui ruang romaku! Aduh, pedihnyaaaa! !!! Sakitnya!!!! !
Allah !!!!! Allah !!!!! jeritku, namun seperti tadi yang keluar hanya sekuat bisikan. Tekakku sudah tidak berfungsi dengan betul.

Seorang perempuan Cina pengsan disebelahku. Nasib baik ada orang menyambutnya dari belakang. Terus-terang ku katakan, aku sendiri tidak berdaya menolongnya. Aku jalan dengan sungguh longlai. Orang ramai sudah berkeliaran lari. Aku mahu garam!!!! Air meniralku sudah habis!!!!! Pedihnya!!!! Pedihnya!!!! Sakiiiit!!!! !. Aku menuju ke kedai mamak di tepi lorong sebelah kanan ku. "mamak,… ada air kosong tak? Beri saya sedikit," kataku dalam kesakitan. "boleh, boleh,….." aku berikan botol kosongku. Aku tengok di sekeliling gerai mamak itu. Semua mata merah dan sedang tutup hidung. Kesian, mamak tu pun kena juga.

"kena bayarke air ni mamak?" tanyaku serius. "tak payah, tak payah." Jawab mamak itu sambil melihat diriku dengan muka kesian. Aku keluar dari gerai mamak itu dan aku nampak seorang polis trafik sedang batuk-batuk dan merah matanya.

"eh? Encik pun kena ke?" tanyaku kepada pegawai polis trafik itu, jawabnya "kena juga! Celaka polis depan tu, aku pun nak ditembaknya! " kesianlah pula saya lihat polis tu, ye lah dia menjalankan tugas menjaga trafik.

Aku masih dalam keadaan sakit. Tiba-tiba terserempak dengan seorang, "ke mana kita ni?" Tanya hamba Allah yang memperkenalkan diri datang dari Pulau Pinang. "tak taulah. Jom kita ke sana, kita kena regroup balik ni, bahaya jalan sorang-sorang, nanti senang kena tangkap." Jawabku sambil kaki menuju ke Jalan Tan Siew Seng.
"

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: