Monday, April 7, 2008

Harakah perlu dirawat

"Suara N9" pasn9@yahoo.com


Tidak tahu kenapa kebelakangan ini tidak ada �mood�
untuk melayari Harakahdaily , juga membaca akhbar
Harakah. Apa ke tidaknya, berita di Harakahdaily boleh
dikatakan sedikit basi dan banyak dipetik dari
blog-blog lain. Lebih menarik apabila melayari
pelbagai blog kerana ianya sentiasa dikemaskini.

Pada era digital dan era blog ini, berita yang lebih
satu hari sudah dikira basi pada ketika ini. Dan ini
diakui sendiri oleh Barisan Nasional bahawa salah satu
punca utama kekalahan teruk BN di beberapa negeri
adalah disebabkan oleh pengaruh blog.

Tidak hairanlah pada ketika ini pimpinan BN telah mula
mengadakan laman blog mereka sendiri antaranya Mohd
Khir Toyo dan Mohd Ali Rustam yang tidak meletakkan YB
atau Dato� Seri pada blog mereka untuk merakyatkan
pimpinan BN. Bukan hasrat untuk memuji blog pimpinan
BN, tetapi ini adalah kenyataan, sekiranya pimpinan
Pakatan Rakyat dan media Pakatan Rakyat tidak mesra
rakyat, tidak dikemaskini dari masa ke semasa , tidak
mustahil pelayar internet akan beralih semula kepada
BN.

Justeru itu pimpinan dan pengurusan Harakah haruslah
memikirkan secara serius untuk merawat Harakah agar
ianya sentiasa menjadi pilihan pembaca di era digital
ini.

Antara kelemahan yang ketara ialah berita yang lambat
dikemaskini dan keduanya ialah berita yang tidak
meliputi seluruh negeri di Malaysia ini. Apa
permasalahan rakyat di Johor, berapa banyak projek
perumahan terbengkalai di Melaka, berapa ramai pekerja
dibuang kerja di Pahang dan seterusnya.

Cara yang mudah untuk merawat Harakah ialah setiap
negeri perlu ada wartawan Harakah. Dan setiap wartawan
ini perlu dibekalkan dengan komputer riba yang ada
akses internet 3G juga kamera digital. Dengan ini
mereka bebas bergerak ke mana-mana membuat liputan
berita dan menyiarkan berita tersebut. Inilah
keperluan asas wartawan di zaman blog ini. Mereka
tidak perlukan pejabat. Mereka perlu peralatan yang
sesuai dengan wartawan zaman siber.

Sekarang adalah masa untuk bekerja, bukan masa untuk
meraikan kemenangan.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: