Saturday, April 19, 2008

GMI pergiat kempen untuk bebaskan tahanan ISA

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


GMI pergiat kempen untuk bebaskan tahanan ISA
Anis Nazri
Thu | Apr 17, 08 | 12:18:35 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Memandangkan kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengendahkan tuntutan keluarga mangsa tahanan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melancarkan satu lagi kempen bagi membebaskan semua tahanan ISA yang ditahan selama enam tahun.

ImageKempen bertema 'Cukuplah enam tahun mereka dizalimi' yang dilancarkan baru-baru ini meliputi 'Letter Signing Marathon/ Petition On-Line', kempen poskad, mogok lapar dan 'vigil'.

Menurut Pengarah Program kempen ini, Norlaila Osman, kempen ini telah bermula sejak Februari 2008 dan akan berlanjutan hingga Jun 2008.

"Walaupun pada dasarnya kempen ini diadakan khas untuk mereka yang telah ditahan selama enam tahun, namun GMI sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa semua tahanan ISA hendaklah dibicarakan atau dibebaskan," tegas beliau, yang juga merupakan seorang isteri tahanan ISA, Mohd Sah Satray, yang kini masuk tahun ke enam ditahan.

Menurut Norlaila, kempen 'Letter Signing Marathon' merupakan satu budaya baru bagi negara ini, walaupun kempen sebegini sudah biasa dilakukan di negara-negara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Atas sebab itu, kempen ini perlu digerakkan dengan lebih aktif, khususnya oleh para media bagi meningkatkan kesedaran awam berhubung kempen ini, selain kesedaran untuk memansuhkan akta kejam lagi zalim ini," tegas beliau yang dihubungi Harakahdaily.

Norlaila berkata, kempen 'letter signing' ini unjuran daripada kempen pek Islamic Human Rights Commission (IHRC), yang berpengkalan di London dan ia disusun berdasarkan profail tahanan suaminya.

ImageTambah beliau, jika rakyat menunjukkan keberanian menolak kerajaan BN dengan menafikan dua pertiga dalam parlimen pada pilihan raya umum lalu, maka rakyat perlu bangkit dan tunjukkan keberanian sekali lagi dengan mendesak kerajaan membebaskan tahanan enam tahun serta semua tahanan yang ditahan di bawah ISA yang zalim.

Menurut Norlaila, melalui kempen ini, 'Letter Signing Campaign' ini boleh dicapai melalui laman web Suaram, www.suaram.net (bahagian 'events').

"Pengunjung boleh memuat turun dan mencetak surat yang dikhaskan di situ dan menghantar surat tersebut ke alamat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, GMI mengharapkan kerjasama mereka yang telah menghantar surat tersebut agar memaklumkan kepada pihak Suaram bagi tujuan mengemaskinikan jumlah surat kempen yang berjaya dihantar," kata Norlaila, yang mensasarkan 300,000 surat diposkan rakyat Malaysia sepanjang kempen ini.
Menurut Norlaila lagi, surat-surat tersebut akan dihantar kepada dua pihak iaitu Kementerian Dalam Negeri, Malaysia dan sebuah pertubuhan Hak Asasi di peringkat antarabangsa, berpengkalan di Switzerland.

ImageDalam pada itu, Norlaila turut memaklumkan kempen-kempen lain berhubung ISA ini yang akan diadakan sehingga Jun 2008 ini.

Katanya, selain 'letter signing', GMI turut mengadakan kempen 'petition on-line', kempen poskad yang akan dilancarkan Mei ini, mogok lapar dan 'vigil' (Jun).

Bagi kempen petition on-line, ia boleh dicapai melalui www.petitiononline. .com.

"GMI berharap, semua badan bukan kerajaan dan parti politik di Malaysia bersedia mengambil peranan memastikan kempen ini dapat disampaikan kepada semua lapisan rakyat di negara ini," tegas beliau.

Buat pembaca yang prihatin dengan nasib keluarga mangsa ISA, sila hantar sumbangan anda kepada HarakahDaily Dot Com, nombor akaun Maybank 564070000336 - mns


*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: