Friday, April 11, 2008

FAM CUBA MAIN API...SELANGOR DITARIK 3 MATA!

Zack Rahim zarahim99@yahoo. com:

FAM semalam telah menarik balik 3 mata kepunyaan pasukan dan mendenda FAS sebanyak RM20K, Dollah Salleh RM10K dan setiap pemain yang terlibat sebanyak RM1K seorang hanya semata-mata kerana dipanggil pulang dari latihan bersama Ian Rush untuk persiapan menjelang melawan Perak untuk Piala FA. Dalam perlawanan itu, Selangor menang 2-1 dan layak ke suku akhir yang turut disaksikan oleh YAB Tan Sri Khalid.
Ini satu joke yang cuba dimainkan oleh FAM dan bertujuan untuk hendak mengenakan FAS dibawah pentadbiran T.S Khalid. Latihan bersama Ian Rush itu bukannya latihan skuad kebangsaan dan pemain-pemain dibayar gaji oleh FAS, bukan FAM dan mereka bersiap sedia untuk satu perlawanan penting Piala FA anjuran FAM jugak manakala latihan bersama Ian Rush adalah anjuran Malaysian Super League (MSL) Berhad. Tarikh latihan pula adalah ketika pasukan sedang sibuk dengan Liga Super dan Piala FA.
Adalah tak adil menarik 3 mata hak pasukan Selangor yang mana pemain telah bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkanya dan Selangor membayar beribu-ribu ringgit untuk membolehkan pemain mendapatkan mata tersebut. FAM sesuka hati manarik balik hanya kerana ingkar dengan kejohanan yang di anjurkan oleh Khairy and the gang.
Something fishy is going on here. Sesuatu perlu dilakukan.
Dengar khabar juga, kekalahan pasukan Selangor ditangan Kuala Muda Naza dalam perlawanan Piala FA selasa lalu pun ada fishy juga. Menantu Satim Diman masih lagi bermain dalam pasukan Selangor dan di www.selangorfc. com menyatakan bahawa Selangor mempunyai 20 peluang keemasan, satu pun tak masuk. KM Naza, sekali attack aje terus gol. Kelab sahaja pulak tu! Dollah cukup bengang dengan keadaan yang sedang berlaku.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: