Saturday, April 12, 2008

Eksklusif: Angkatan Muda PKR adakan pertemuan dengan Presiden Turki

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Eksklusif: Angkatan Muda PKR adakan pertemuan dengan Presiden Turki Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 11 April 2008


ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat hari ini akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Turki Erdogan kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohamad Akin kepada KLpos.com.

Menurut Shamsul, selain Perdana Menteri Turki tersebut, rombongan Angkatan Muda juga mengadakan pertemuan dengan Pemuda Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Erdogan yang kini memerintah Turki.

Jelasnya lagi, perbincangan akan menjurus kepada perkembangan politk terkini di Malaysia pasca PRU 12 dan juga perkembangan mengenai kemelut politik yang dihadapi oleh Ak Party yang sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah perlembagaan untuk mengharamkan Parti Keadilan dan Pembangunan.

"Pada pagi Sabtu perbincangan dengan Ketua Pemuda, Hakan Tutuncu akan berlangsung. AMK akan mengkhususkan perbincangan kepada suatu inisiatif untuk mewujudkan beberapa siri latihan mengenai politik dan pemahaman demokrasi di antara sayap pemuda kedua-dua parti supaya hubungan silaturrahim yang terjalin akan lebih bermanfaat," katanya.

Turut serta dalam rombongan ke Turki tersebut adalam Timbalan Ketua AMK Faris Musa dan Pengerusi Biro Antarabangsa AMK Yusmadi Yusuf.

Selain Angkatan Muda PKR terdapat lebih 64 organisasi pemuda seluruh dunia dijemput menghadiri Kongres tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan Black 14 di Kuala Lumpur pada 14 April ini, Shamsul berkata, telah mengarahkan Angkatan Muda memperhebatkan mobilisasi rakyat menyambut Black 14.

"Sebelum saya berangkat ke Ankara, satu mesyuarat telah diadakan khusus untuk tujuan mobilisasi yang dipengerusikan oleh Naib Ketua AMK, Khairul Anuar.

"Sepanjang beberapa hari di sini, saya lihat sambutan masyarakat antarabangsa khususnya generasi muda terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim PKR begitu baik dan mereka memang mengharapkan agar kita berjaya menjadi kerajaan Malaysia.

"Justeru, jumlah kehadiran rakyat yang besar di dalam program Black 14 ini amat besar maknanya.

"Saya menyeru kepada semua anak muda Malaysia agar dapat bersama-sama mengembalikan kegemilangan Gerakan Reformasi yang dipimpin satu dekad yang lalu oleh kita, anak muda Malaysia."katanya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: