Saturday, April 19, 2008

Doa saya dimakbulkan, kata Tun Salleh / Kerajaan perlu minta maaf

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Malaysiakini
Doa saya dimakbulkan, kata Tun Salleh
Apr 18, 08 11:29am
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersyukur kepada Allah kerana selepas menunggu selama 20 tahun, doanya akhirnya dimakbul.

Itu adalah reaksinya selepas kerajaan mengumumkan memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988.

bar council judiciary dinner 170408 salleh abas interviewedSalleh dipecat pada Ogos 1988 selepas menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak hakim-hakim itu, yang menyuarakan kekecewaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, demikian menurut laporan Bernama.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu dikenali sebagai Mahkamah Agung) yang membenarkan beliau (Salleh) dengan perintah interlokutori terhadap tribunal yang diketuai oleh penggantinya, juga digantung tugas pada Julai tahun yang sama, tetapi tiga daripada mereka dikembalikan semula jawatan pada Oktober.

bar council judiciary dinner 170408 azmi kamaruddinKetiga-tiga mereka - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader - bagaimanapun dikembalikan semula jawatan tiga bulan kemudian.

Dua hakim lagi iaitu Datuk Seri George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, dipecat.

Eusoffe dan Wan Suleiman telahpun meninggal dunia.

"Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau kepada pemberita di akhir jamuan malam anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam ucapannya, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim lagi atas sumbangan mereka kepada negara.





Detikdaily
Kerajaan perlu minta maaf kepada Tun Salleh
Posted on Friday, April 18 @ 14:49:07 MYT by reformis
Kenyataan Akhbar
Oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

PAS mengalu-alukan perubahan sikap pihak kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam semasa berucap dalam majlis Makan Malam Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur. Usaha pihak kerajaan untuk mengislah dan mereformasi institusi kehakiman serta memperbetulkan kelemahan dan kesilapan yang lampau sangat disambut baik.

PAS mengharap melalui usaha-usaha mereformasi institusi kehakiman ini kelak akan mengembalikan kewibawaan badan berkenaan serta memastikan badan ini nanti dipimpin dan diketuai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan berkelayakan menjalan dan mempertahankan keadilan yang sebenar.

Dalam pada itu PAS juga berharap agar perubahan juga turut akan berlaku dalam aspek-aspek lain termasuklah sistem pentadbiran kerajaan, sistem demokrasi, media dan lain-lain yang semuanya penting dalam menjamin sebuah negara yang benar-benar merdeka dan demokratik. PAS akan terus memberikan sokongan terhadap apa sahaja usaha dan langkah baik seumpama ini.

Sementara itu PAS juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan rakan-rakannya yang telah dikembalikan kewibawaan mereka sebagai tokoh-tokoh kehakiman negara apabila kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada keenam-enam mereka kerana dipecat secara zalim pada tahun 1988 dahulu.

Jasa dan sumbangan mereka ini sesungguhnya akan terpahat dalam sejarah kehakiman negara dan pasti akan menjadi contoh kepada semua rakyat khasnya para hakim, sebagai bukti betapa kebenaran dan keadilan perlu dipertahankan dalam apa keadaan sekalipun.

PAS merasakan pembayaran ex-gratia ini adalah isyarat betapa pihak kerajaan memikul beban kesalahan atas insiden pemecatan yang merupakan detik hitam dalam sejarah negara itu.

PAS merasakan pihak kerajaan sepatutnya perlu bersedia memohon maaf secara terbuka kepada keenam-enam negarawan ini malahan Islam mengajar umatnya agar bersedia mengaku kesalahan dan memohon maaf apabila melakukan kesalahan. Sesungguhnya Allah swt memberikan ganjaran kepada mereka yang bertaubat dan mengakui kesilapan masing-masing.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: