Friday, April 18, 2008

DAKWAAN PAS TIDAK MENGUNDICALON PKR

"para_jump101 airborne" air_strike101@yahoo.com

Salam,
Saya tertarik untuk memberikan respon ke atas pendapat myusri@mmcogel bertarik 17 Apr 2008 yang menyatakan PKR undi PAS kepada calon PAS yang bertanding tetapi PAS tidak mengundi calon PKR dan PAS mengamuk kerana memberikan bil kerusi EXCO yang sedikt kepada PAS.
Sebenarnya saudara silap dalam memberikan tafsiran yang ahli-ahli PAS tidak mengundi calon PKR.
Saudara kena benar-benar sedar bahawa kemenangan PKR adalah disebabkan kerja kuat yang bersungguh-sungguh oleh ahli-ahli dan pekerja PAS dikebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PKR. PAS telah menggerakan jentera pilihanraya di kawasan masing-masing tidak mengira samada calon PKR, PAS atau DAP. Pekerja-pekerja PAS lah yang memasang banner, poster dan turut berkempen bagi memenangi calon-calon Pakatan Rakyat yang sebelum ini disebut sebagai barisan Alternatif. Ini termasuk memasang banner dan poster calon DAP. Itu pun kami lakukan secara sukarela.tanpa bayaran sesen pun atau mendapat sebotol air mineral pun.
Saya ingin kemukakan soalan kepada myusri berapa ramai ahli-ahli PKR dan bagaimana kekuatan jentera PKR di sesuatu kawasan ?. Jentera pilihanraya PAS telah bergerak lama sebelum pengumuman PRU ke-12 sedangkan PKR hanya kelihatan bergerak apabila pengumuman parlimen dibubarkan. Itu pun jentera PKR tidak sepenuhnya digerakkan di sesuatu kawasan. PAS bukan sahaja membantu jentera pilihanraya PKR malahan menjadikan markas-markas PAS sebagai Bilik Gerakan Pilihanraya tidak kira samada calon dari PKR atau PAS sendiri.
PKR pula begitu tamak apabila meminta jumlah kerusi DUN dan Parlimen untuk ditandingi sedangkan kekutan dan jentera mereka amat sedikit atau kurang bertenaga. Tetapi nafsu mereka cukup besar !!! Seolah-olah mereka mampu beroleh kemenangan disemua kawasan yang ditandingi.Itu pun PAS masih sanggup bertolak ansur dengan meberi laluan kepada PKR asalkan pakatan tetap berjalan mdengan baik.
PKR sebenarnya tidak sekuat mana dari gerakerja mereka juga terbatas kerana kekurangan ahli. Semasa hari mengundi, di sesetengah Kawasan ahli-ahli PAS yang menjadi PACA dari pagi hingga ke masa pengiraan undi. Berapa ramai ahli PKR dan jenteranya yang turut membantu calon-calon PAS. Boleh dikatakan hampir tiada. Itu yang myusri kena terima hakikatnya.
ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang memenangi pilihanraya yang lepas mengakui akan hakikat ini dan berterima kasih di atas sokongan dan gerakerja ahli-ahli dan jentera pilihanraya PAS. Bagaimana myusr menafikan perkara ini ?
Boleh dikatakan kemenangan calon-calon PKR adalah disebabkan gerakerja dari ahli-ahli dan jentera pilihanraya PAS,. jangan saudara nafikan perkara ini. Oleh yang demikian adalah tidak adil jika PKR yang Menteri besarnya dari PKR hanya memberikan 2 kerusi EXCO kepada PAS. PAS hanya meminta 4 kerusi EXCO sahaja..
Calon-calon PAS lebih banyak yang kecundang kerana kurangnya bantuan dari tenagakerja dari PKR. Kami tidak pula menyalahkan PKR malah kami akur akan ketetapan dari Allah swt. yang belum memberikan kami kemenangan sepenuhnya. Kami pasti ada hikmah disebalik kekalahan calon-calon PAS dan kami tidak mengungikt-ungkit atau menuding jari kepada pihak-pihak lain melainkan kami menyalahkan ahli-ahli PAS sendiri.
Jika myusri masih mempertahankan pendapat beliau sedemikia, kita tunggu dan lihat dalam PRU ke-13 kelak apabila PAS tidak akan membantu mana-mana calon PKR. Pada ketika itu kita dapat menjangkakan calon-calon PKR akan kecundang kecuali dibeberapa kawasan yang majoritinya pengundinya dari kaum Cina dan India. Bersabarlah jika mahu buktinya bila tiba PRU ke-13 kelak. Kita buat cara berasingan - calon PKR - PKR yang kerja, dan calon PAS - ahli-ahli PAS buat sendiri. Tidak boleh menumpang-numpang markas PAS lagi. Sanggup kah myusr berjanji sedemikian.?
Sebagai contoh yang lebih jelas, semasa Pilihanraya Kecil N11 Ijok, dimana Tan Sri Khalid dari PKR beratnding melawan calon BN/MIC , Parthiban. Jentera pilihanraya dan ahli-ahli PAS lah yang paling ramai membantu samada berkempen, memasang poster dan banner. Pergi ke rumah-rumah membuat culaan. Markas-markas PAS dijadikan Bilik Gerakan dijadikan tempat berceramah. dan sebagainya. Ahli-ahli PAS bergabung tenaga dengan ahli-ahli PKR berkerja untuk memenangi calon PKR (TS Khalid). Ahli-ahli PAS dari segenap pelusuk yang datang dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor sendiri turut datang membantu, Mereka datang tanpa mendapat sokongan kewangan dari PKR. kebanyakan dari mereka mendapat sedikit bantuan kewangan dari Kawasan dan selebihnya dari wang mereka sendiri. Itu tidak mengapa kerana ahli-ahli PAS sememangnya telah ditarbiyah dengan berjihad atas dasar Fi Sabillilah.
Oleh yang demikian kami bersa kesal dan kecewa akan sikap myusri yang dianggap sebagai kACANG LUPAKAN KULIT..
Semuga myusr jaga mulut jaga PC, terlajak kata mulut binasa, terlajak jari menekan PC, kelak terkubur parti.
SIAPA YANG MULA BERCAKARAN SESAMA SENDIRI ???
Sekian dan Wassalam.
para_jump101.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: