Thursday, April 3, 2008

Cadangan ahli keluarga menteri turut isytihar / sedapnya mulut Rahman Palil

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Cadangan ahli keluarga menteri turut isytihar harta wajar - Salahuddin
Anis Nazri
Wed | Apr 02, 08 | 2:58:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Cadangan Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Tan Sri Ramon Navaratnam agar bukan sahaja menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta, tetapi seluruh ahli keluarga mereka juga dilihat dapat membantu meningkatkan integriti dan menghapuskan rasuah di negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, berkata tindakan itu juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan bebas amalan kronisme dan nepotisme.

Arahan Kabinet pada 19 Mac lalu meminta semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta masing kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Salahuddin, satu persoalan besar dalam kepala rakyat ialah �kecekapan� para menteri dan timbalan menteri membolot kekayaan negara melalui proksi atau kroni mereka.

"Kita dapati jarang menteri yang berniaga dan kaya-raya melalui perniagaannya, tetapi kita akan menemui hamper semua menteri yang mempunyai anak menantu dan kroni yang kaya raya melalui perniagaan belakang tabir.

"Kita pernah mendengar bagaimana menantu bekas Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Rafidah Aziz mendapat saham yang besar di MITI ketika mertuanya mengetuai kementerian itu. Begitu juga dengan beberapa orang yang rapat dengan beliau turut menguasai permit import (AP) kereta mewah ketika beliau masih di kementerian itu," jelas beliau, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, ini belum diambil kira kroni dan kaum keluarga pemimpin BN yang lebih tinggi seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.

Katanya, rakyat tertanya-tanya bagaimana dengan tiba-tiba adik kepada Najib, Dato' Nazir Razak muncul dalam dunia perbankan dan menguasai bank yang asalnya milik kerajaan, BBMB yang kini dikenali sebagai CIMB.

Lebih mengejutkan, katanya lagi apabila Kamaluddin Abdullah dengan tiba-tiba menjadi antara 10 individu terkaya di Malaysia dan dalam masa yang sama Khairy Jamaluddin menguasai saham di ECM-Libra.

"Rakyat negara ini juga dikejutkan oleh kemunculan tokoh korporat baru, Patrick Lim �Badawi� yang merupakan bapa saudara kepada menantu Perdana Menteri itu dengan menguasai projek-projek raksasa di Pulau Pinang dan Terengganu. Ini belum termasuk pengagihan projek-projek kerajaan kepada syarikat Brahim dan Dwwina Food milik Ibrahim Ahmad Badawi," tegas beliau.

Sehubungan itu, Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri dan timbalan menteri supaya mengisytiharkan harta masing-masing, diikuti seluruh kaum keluarga dan kroni terdekatnya.

Menurutnya, bagi Abdullah, beliau hendaklah mengisytiharkan harta yang dipungut oleh anaknya, menantunya, adiknya dan juga Patrick Badawi selepas 31 Oktober 2003 untuk memastikan ketelusan benar-benar wujud di negara ini.

"Harta negara adalah milik rakyat bukannya untuk diagih-agihkan kepada anak menantu dan kroni pemimpin BN," tegas beliau. - mns





Roslan SMS Corner
Amboi sedapnya mulut Rahman Palil

Sejurus selepas Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Selangor saya menerima panggilan telefon dari seorang kenalan yang mewakili para pegawai kanan di Pusat Zakat Selangor. Menurut pegawai tadi, mereka mengucap syukur kerana kerajaan baru yang turut dianggotai PAS terbentuk di negeri ini. Kata beliau terlalu banyak penyelewengan di PZS, dan berharap agar pimpinan PAS khasnya yang bakal dilantik menjadi EXCO Agama (semasa itu belum diumumkan lagi Dato Dr Hasan Ali sebagai EXCO nya) dapat bertemu mereka agar dapat mereka berikan taklimat terperinci.

Baru-baru ini saya difahamkan pihak-pihak tertentu telah mengesan beberapa penyelewengan yang melibatkan wang zakat dan penagihannya di Selangor. Jutaan ringgit dilaporkan tidak dapat dikesan kemana diagihkan manakala ada yang memaklumkan bahawa wang zakat untuk para pelajar di Timur Tengah dimasukkan ke akaun peribadi orang tertentu.

Semasa BN memerintah, EXCO Agama dipertanggungjawabk an kepada ADUN Sementa Rahman Palil. Mungkinkah beliau tahu darihal penyelewengan- penyelewengan ini, atau tidak tahu, atau buat-buat tidak tahu atau turut terlibat?

Dalam akhabr Sinar Harian hari ini bekas EXCO Agama ini dengan angkuh menyebut:

Mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) hanyalah pelawak yang sedang membuat persembahan dan semua rakyat sedang terhibur dengan keletah mereka.

Biarlah jadi pelawak asal tidak penipu, pencuri wang zakat dan perompak! Sebelum ini (April 2006) saya pernah mendedahkan betapa Rahman Pali telah menggunakan kedudukan beliau sebagai ADUN untuk memohon tanah kerajaan dan mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam sekelip mata.

http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task=view&id=1702&Itemid=82

Mana lebih baik antara pelawak dan pemnyamun. Saya harap EXCO Agama Selangor segera menyiasat penyelewengan- penyelwengan di Pusat Zakat Selangor, dan bongkarkan dalam Dewan Negeri agar Rahman memberikan penjelasan, jika cukup bukti seret segera beliau ke mahkamah, biar kita tengok siapa yang sebenarnya pelawak dan penyamun.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: