Tuesday, April 8, 2008

Buku Sulung Saifulislam.Com : Aku Terima Nikahnya

marcelo@

Buku Sulung Saifulislam. Com
AKU TERIMA NIKAHNYA

cover_01.gif
"Segala puji bagi Allah!", saya mengurut dada.
Setelah lebih sedekad menulis dan menulis, akhirnya impian untuk melihat sebuah buku terhasil tercapai jua. Terima kasih kepada Galeri Ilmu dan Majalah ANIS yang telah mengusahakan penerbitan buku pertama saya "AKU TERIMA NIKAHNYA".

Buku pertama saya, adalah sebuah buku tentang rumahtangga, kerana perjuangan dan cita-cita besar saya terhadap ummah, bermula dengan perjuangan serta cita-cita saya di dalam rumahtangga.

Terimalah buku ini sebagai buah tangan saya buat para pembaca budiman di saifulislam. com yang tidak serik-serik memberikan komen untuk saya terus mencari awan dengan kaki yang kekal berpijak di bumi kenyataan. Sebagaimana buku ini merakamkan pengalaman saya mencari bahagia dan damai di dalam rumahtangga, mudah-mudahan dapat juga menyuntik kebahagiaan yang sama kepada pembaca.
cover_02.gif
Insya Allah buku AKU TERIMA NIKAHNYA ini akan mula dijual di booth Galeri Ilmu (Gerai nombor 5) di Pesta Buku Antarabangsa PWTC esok (5hb April 2008). Buku dijual dengan harga RM20.90. Diskaun 15% istimewa untuk pembeli di sepanjang Pesta Buku kali ini.

Bagi pembaca di dalam atau luar negara yang berhajat untuk mendapatkan buku ini secara pos, saya dengan rasa rendah dirinya mencadangkan supaya anda mendapatkan bantuan melalui sahabat masing-masing kerana saya tidak berkapasiti untuk melakukannya sendiri. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sesi bersama penulis pula akan diadakan pada jam 2:30 petang 12hbApril 2008. Temui saya di sana pada tarikh itu, Insya Allah.

Tarikh lain?
Saya akan menjenguk-jenguk ke sana, pada kelapangan masa yang ada, Insya Allah.
ABU SAIF @ www.saifulislam. com
56000 Kuala Lumpur
[1] ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Alami nikmat menjadi pemberi, biar pun hanya secawan kopi. Terima kasih

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: