Sunday, April 20, 2008

Bukan Perpecahan Melayu tapi takutkan Anwar

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Posted on Friday, April 18 @ 20:09:08 MYT by greenboc
Pendapat Oleh tokmatsap

"A
Memang ada tanda-tanda keriuhan Melayu Umno pasca pilihan raya adalah kemaraan Anwar bukannya perpecahan orang Melayu seperti yang digembar-gemburkan.

Membaca blog Dr Khir Toyo yang nampaknya sudah terpaksa berterus terang tanpa rasa malu lagi dengan penyokong Anwar dan pencabar Umno membuktikan hakikat itu.



Dr Khir memang berkata benar jika melihat kepada kelantangan Mahathir yang teramat `lahap` sejak kebelakangan ini.

Terlalu ramai pemimpin Umno yang takutkan kemaraan PR bukan kerana bimbang kepada masalah negara tetapi lebih kepada masalah mereka dengan ketidak-amanahan, salah laku serta pelbagai lagi kerosakan mereka yang pasti terbongkar.

Dr Mahathir dipercayai mempunyai terlalu banyak kesalahan yang pastinya buat beliau tidak boleh tidur lagi sekalipun beliau diberikan tilam empuk ketika berada di penjara sungai Buluh.

Baru sahaja PR memenangi beberapa negeri termasuk negeri Dr Khir sendiri sudah terdedah beberapa kepincangan serta salah urus dan salah guna kuasa yang mereka lakukan demi kepentingan perut mereka serta kroninya.

Sejarah membuktikan sebarang kerajaan baru terbentuk pasti akan mendedahkan segala kepincangan termasuk kezaliman kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun selagi kerajaan persekutuan dalam tangan mereka dipercayai salah laku itu dapat juga diselindungi kerana BPR serta Polis masih dalam gengaman..

*kenape ye?mase UMNO menguasai majoriti 2/3 dulu tak pernah timbul pun isu & usul sebegini?


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: