Monday, April 21, 2008

Briged Amal Hulu Kelang Dillancarkan oleh YB Azmin dan YB Saari Sungib

"hamdy hamdy" hamdy065@gmail.com

Assalamualaikum

Dengan objektif Mesra Berkebajikan, YB DUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib, telah melancarkan Briged Amal, sebuah organisaso yang bersifat kemasyarakatan, sukarelawan dan non-partisan diwujudkan untuk membantu dan menyokong aktiviti dan aspirasi ADUN selaku wakil dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Dalam ucapannya YB mengharapkan agar semua ahli Briged Amal akan mengambil ciri ciri syaidina umar dimana yang mengambil perhatian terhadap kebajikan masyarakat. Briged Amal terbuka kepada semua lapisan masyarakat yg berminat memberi khidmat masyarakat dalam membantu Mesra Berkebajikan YB DUN Hulu Kelang.. Selepas dilancarkan 4 minggu lalu, pendaftaran ahli telah melebihi 500 orang. setiap mereka yang mendaftar, akan diberi sehelai t-shirt dan topi.

Program itu juga dihadiri oleh ahli parlimen gombak YB Azmin yg juga memberi ucapan dan juga ahli parlimen kuala krai YB Dr Hatta Ramli.

Lawati web kami di www.saari-sungib. com

Briged Amal adalah nama cantuman dari unit amal pas dan briged muda PKR.

hamdy 013 3696712 www.rancanghidup. blogspot. com
Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: