Saturday, April 12, 2008

Black 14 tak perlu permit: Kelab Sultan Sulaiman kawasan persendirian, MB S'

Black 14 tak perlu permit: Kelab Sultan Sulaiman kawasan persendirian, MB S'
Posted on Friday, April 11 @ 21:07:11 MYT by greenboc
Artikel Oleh Bernama

aProgram sambutan "Black 14" anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Isnin ini adalah sempena pembebasan penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik, kata Naib Presiden PKR Azmin Mohd Ali.

Beliau berkata Anwar akan menyampaikan ucapan pada malam itu dan dijangka tidak kurang daripada 5,000 anggota dan beberapa pemimpin tertinggi parti akan hadir.

"Pada 15 April (Selasa) ini secara rasminya Datuk Seri (Anwar) akan dapat bergiat semula secara aktif dalam arena politik selepas tidak dibenarkan aktif dalam politik, selepas dibebaskan dari penjara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.


Beliau berkata program itu bertujuan membolehkan masyarakat memahami bahawa perjuangan PKR adalah semata-mata untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat.


Mengenai permit bagi program itu, Azmin berkata ia tidak perlu kerana Kelab Sultan Sulaiman adalah kelab persendirian dan bukannya tempat awam.


"Lagipun presiden kelab ini adalah Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Setiausaha Agung PKR) sendiri dan PKR telah minta izin daripadanya, " katanya




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: