Friday, April 18, 2008

Black 14: Polis siasat pembabitan Anwar

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

"Berucap di tempat awam tanpa permit polis adalah menyalahi undang-undang,"
kenyataan bodoh dari seorang "Pegawai Polis"...
kalau orang ni ada depan aku,nak je aku tanya balik : "lokasi tempat DSAI berucap tu tempat awam ke tempat persendirian?"...mesti dia jawab balik..."errr...brrr. ..trrr... krrr...hm. ..kes ditutup"
hampeh...malang sungguh rakyat negara Malaysia dapat "Pegawai Polis" yang pendek akal macam ni...


Apr 17, 08 7:58pm
Polis sedang menyiasat pembabitan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penganjuran majlis makan malam 'Black 14' anjuran parti itu di Kelab Sultan Suleiman di Kampung Baru di ibunegara Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata polis sedang menyiasat pembabitan mantan timbalan perdana menteri itu dalam penganjuran majlis tersebut, yang menurut beliau, kemudiannya bertukar menjadi perhimpunan haram.

"Kami perlu merekod kenyataan beliau bagi memudahkan siasatan. Bagaimanapun, kami belum memanggil beliau dan kami akan berbuat demikian apabila perlu.

"Berucap di tempat awam tanpa permit polis adalah menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Polis
Diraja Malaysia-Public Bank di sini hari ini.

Menurut Bernama, Muhammad Sabtu berkata hanya tiga pemimpin utama PKR sepatutnya berucap di majlis berkenaan iaitu timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali; menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan pengerusi Kelab Sultan Suleiman, Datuk Mokhtar Ahmad.

"Nama Anwar tidak ada dalam senarai yang kami terima pada 8 April. Malah, apabila kami panggil mereka untuk berbincang tentang majlis makan malam itu Jumaat lalu, penganjurnya tidak hadir," kata beliau.

Perhimpunan itu didakan sempena berakhirnya tempoh larangan memegang jawatan awam selama lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar berikutan pensabitan beliau terhadap tuduhan rasuah.

Beliau disabitkan kesalahan itu dan dihukum penjara enam tahun selepas dipecat dari kerajaan dan Umno pada September 1998.

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamed Azmin dan Abdul Khalid memberi kenyataan kepada polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor berhubung perhimpunan tersebut.

Probable Source: Malaysiakini

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: