Sunday, April 20, 2008

BEREMBANG

"haslanhassin" haslanhassin@yahoo.com

ASSALAMUALAIKU. ..TEMAN SAHABAT
LAMA TIDAK BERBICARA... .....
AKU SIBUK....

TANGGAL 19 APRIL SEBUAH KEMENANGAN TERJAWAB DI TANGAN PENGHUNI
BEREMBANG.
SAAT TERPANCAR GIRANG DIWAJAH MASING2.
TERKENANG AKU BERSAMA PEJUANG AKTIVIS 2,3 TAHUN DAHULU. MENITIS AIR
MATAKU TANPA DISEDARI.
TIAN CHUA,ARU,RAZAK, HAMSAH,KOMALA, DR NASIR,DR HATTA DAN BERIBU NAMA
YANG TELAHKU LUPA.
HARI INI HADIR MEREKA TERSENYUM KEPUASAN SAMBIL MENJAMAH KARIPAP.
DI BEREMBANGLAH TEMPAT BERMULANYA AKU "MENGGADAI" NYAWA DLM
PERJUANGAN INI. SETELAH AKU MELIHAT PENINDASAN YANG BERLELUASA.
AKU ORANG BARU DALAM PERJUANGAN INI BARANG KALI KATA ORANG.
TIDAK MENGAPALAH.. .
IANYA MEMBERI PENGAJARAN TERHADAP SEBUAH PERJUANGAN YANG PANJANG.
TERUS KEHADAPAN BERSAMA SEBUAH HARAPAN.
KEKAL ABADI ASAL SEBUAH PERJUANGAN TERUS MENGHANTUI SEPANJANG
HAYATKU.

AKU MOHON SERIBU KEMAAFAN SEKIRANYA "ARTICLE" AKU SEBELUM INI
BANYAK MENGHURIS HATI MANA2 PIHAK.
BIAR ALLAH MENYELESAIKAN SATU PERSATU DIATAS APA YANG BERLAKU.
ALLHUAKBAR.. .......

DARI
HASLAN HASSIN

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: