Friday, April 18, 2008

Berat sebelah / fitnah / Halal Islam (Topik Jumaat)

"Vijaya Kumar A/L Patmanathan" vijayakumar.p@my.panasonic.com

TV3 Jadi Medium Publisiti Murahan dan Saluran Berat Sebelah
Posted on Friday, April 18 @ 07:58:30 MYT by
SongkokPutih


ArtikelOleh antitv3

"

 Hakikat tv3 sebagai media pengampu kerajaan Barisan Nasional(BN) adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana rakyat Malaysia . Samada dari penyokong Pakatan Rakyat(PR), golongan atas pagar mahupun penyokong BN sendiri semua tahu bahawa cara pemberitaan dan penyiaran TV3 amat berat sebelah dan tidak langsung menunjukkan sikap profesional mereka sebagai sebuah stesen tv swasta.

Setiap hari apabila menonton berita, ada sahaja 'keburukan' parti lawan BN yang mahu mereka dedahkan. Sampaikan perkara kecil yang kita tidak pernah fikirkan sebagai suatu masalah pun mereka akan besar-besarkan untuk memberi imej negatif kepada parti lawan Barisan Nasional. Dan pada masa yang sama, stesen tv pengampu terkenal ini akan cuba sedaya upaya mereka untuk menutup kelemahan dan keburukan yang berlaku di dalam parti BN yang mereka bodek itu. Walaupun bau busuk itu sudah terlalu kuat, namun mereka akan sedaya upaya mereka mencuba untuk menipu rakyat. Itulah rendahnya kualiti pemberitaan yang dimiliki oleh stesen TV3.

Malang sekali kepada rakyat, tidak banyak pilihan lain sebagai sumber berita mereka kerana corak pemberitaan stesen tv lain pun tak jauh bezanya. Terutama stesen tv RTM. Ada yang mengaku sebagai penyalur maklumat yang tepat walhal semua penonton dah naik muak dan nak muntah menonton setiap propaganda murahan yang mereka tayangkan samada ketika berita ataupun diselang selikan antara rancangan yang ditayangkan.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila menjelang musim pilihanraya. Semua parti lawan BN akan dihentam dari pelbagai sudut dan penjuru oleh stesen TV3 pengampu ini tanpa diberikan peluang untuk menjawab setiap tohmahan yang dilontarkan. Setiap kali satu-satu isu diulas, BN sahajalah yang baik dan parti lawan dikatakan kononnya penuh dengan kelemahan dan teruk. Tapi yang peliknya, tak pulak kita dapat melihat Tuan Guru Nik Aziz diberikan peluang untuk bersuara menjawab. Jauh sekali untuk mendengar ulasan dan hujah daripada Dato Seri Anwar Ibrahim bagi fitnah yang mereka canangkan. Yang kita lihat hanyalah beberapa kerat muka Prof. pro mereka dan pak menteri yang dah naik muak kita lihat wajah mereka setiap malam di kaca tv.
Lebih menarik lagi apabila seorang menantu tu amat berkuasa dan mendapat publisiti yang banyak dari stesen TV3 pengampu BN ni. Walhal menantu orang tadi tidak ada pangkat sebagai menteri. Yang ada hanyalah sijil nikah dan beberapa pangkat hasil kemenangan tanpa bertanding yang suatu ketika dulunya pernah menerima sorakan 'Boo' dari para pengikut mereka sendiri.

Begitulah 'istimewa'nya demokrasi di Malaysia ini. Suara parti-parti yang mewakili rakyat(BR) seolah-olah dikunci dan tangan mereka terikat.
Namun diajak juga untuk bertarung. Kononnya bertarung sebagai anak jantan. Sekali cabaran mereka disahut, rupanya mereka yang tewas dan tersembam di bumi.

TV3, propaganda murahan anda kepada Barisan Nasional setiap malam sebenarnya tidak lagi meninggalkan kesan seperti suatu ketika dulu. Kalau dulu, orang makin kagum dengan Barisan Nasional setiap kali stesen TV3 pengampu anda melancarkan perang saraf tetapi kini jauh berbeza kesannya. Kini, orang jadi muak dan nak muntah. Tidak kurang yang memberikan undi protes pada pilihanraya lepas sebab simpati kepada parti lawan dan disebabkan fenomena bosan kepada pemberitaan stesen-stesen tv pengampu seperti anda.

Yang jelas, rakyat bukan lagi sebodoh dahulu.

http://antitv3. blogspot. com/2008/ 03/tv3-jadi- medium-publisiti -murahan- dan.html

Fitnah Terus Ditabur VS Fitnah Harus dikubur
Posted on Thursday, April 17 @ 22:27:08 MYT by
SongkokPutih


ArtikelOleh VideoReformasi

" Telah 10 tahun berlalu. Namun peristiwa penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim dari dalam kerajaan dan dari jawatan nombor 2 negara iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia.

Selama 10 tahun itu jugalah tuduhan demi tuduhan terus dilemparkan kepada Dato Seri Anwar. Bukan sedikit fitnah yang ditabur dan begitu jugalah bukan sedikit dosa yang penyebar-penyebar fitnah kumpul. Tuduhan-tuduhan seperti liwat, agen amerika, agen CIA, agen yahudi, kaki perempuan,zina dan pelbagai lagi yang kotor-kotor bagaikan tidak pernah berhenti terus dilemparkan oleh kaki fitnah. Yang dengar dan percaya pun sama dapat sahamnya……



Bagaikan tidak ada ertinya kepada mereka Sumpah Keramat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 10 tahun yang lepas dengan lafaz nama Allah menafikan semua tuduhan yang dibuat terhadapnya. Ramai rakyat yang simpati kepada Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi ada juga golongan yang buta mata hatinya dan masih mahu membenarkan tuduhan dan cemuhan mamak bendahara. Mungkin bagi mereka, kata-kata 'Mamak Bendahara' alias Dr Mahathir lebih besar maknanya dan lebih layak dipercayai berbanding sumpah dengan nama Allah. Sungguh tragis. Padahal mereka mengaku beragama Islam.

Mungkin juga mereka termakan kata-kata Tun Mahathir ini yang pernah berkata bahawa orang yang peribadinya seperti Anwar Ibrahim yang kononnya kaki perempuan dan liwat untuk sekian tahun lamanya itu memang sanggup dan berani bersumpah di dalam masjid. Jadi katanya, sumpah oleh orang ini memang tidak boleh diambil berat. Tetapi yang sebenarnya, Tun Mahathir pernah beberapa kali memperlekehkan Sunnah Nabi seperti mempermainkan janggut, tudung dan mengatakan bahawa orang melayu tidak makan babi bukan sebab benda lain tapi sebab memang dididik begitu dari kecil lagi. Kalau sunnah nabi pun berani dia perlekehkan, apa sangatlah nak tuduh, fitnah, aibkan dan pukul orang tu bagi tokoh ni. Jadi, di antara dua tokoh ini yang mana satukah lebih layak dipercayai?

Adakah seorang yang mampu memimpin keluarganya menutup aurat, mempunyai asas agama yang baik dari kecil lagi tetapi tiba-tiba dilempar dengan pelbagai tuduhan yang tidak pernah dibuktikan itu ataupun seorang lagi yang memang terang-terang mempermainkan sunnah nabi dan tidak pernah meminta maaf dan menyatakan insaf? Yang mana satukah lebih layak dipercayai?

Sekarang mamak itu terus lagi melempar tuduhan. Dia memang tidak pernah menyesal. Tidak mahu insaf. Adakah kerana sumbangan dia terhadap pembangunan negara untuk 2 dekad itu menghalalkan dia untuk memfitnah orang dan seterusnya untuk kekal ego walaupun umur dah nak masuk pukul 6?

Para pembaca boleh menonton sendiri rakaman sumpah Dato seri Anwar Ibrahim dgn nama Allah, bagaimana konspirasi dirancang dan pengakuan sukma adik angkat Anwar Ibrahim. Mari sebarkan kebenaran.


http://videoreforma si.blogspot. com/




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: