Tuesday, April 29, 2008

Benarkah Johor 2010 akan bebas kemiskinan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Setelah 50 tahun negara mengecap nikmat kemerdekaan negara ini dan Johor khusunya yang digelar kubu kuat Umno paling kuat dalam dunia masih gagal dalam agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan.
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Abd. Latiff Yusof berkata sebanyak 9,450 keluarga di negeri ini dikenal pasti masih berada dalam kategori miskin dan miskin tegar yang merangkumi 1.3 peratus daripada bilangan penduduk Johor yang berjumlah kira-kira 3.2 juta orang menjelang tahun 2010.
Sewajarnya kerajaan negeri Johor mengambil langkah yang lebih serius dan merancang perlaksanaan yang lebih teratur dalam usaha membasmi kemiskinan yang kononnya telah menjadi agenda utama Johor.
Kita semua sedar hal kemiskinan adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana dunia ini pastinya akan ada pasang dan surut dalam ekonomi dan pelbagai macam ujian sebagai manusia di muka bumi ini.
Adalah menjadi suatu kewajipan untuk kerajaan membantu rakyatnya yang miskin dan susah, perkara ini tidak mustahil dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat asalkan agenda ini tidak dipolitikkan.
"Pegawai-pegawai daerah, wakil rakyat, ketua jabatan, penghulu dan ketua kampung semuanya mempunyai peranan serta tanggungjawab bagi merealisasikan sasaran itu.
"Begitu juga mereka perlu memastikan tiada golongan miskin dan miskin tegar yang tercicir atau terlepas pandang dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)," katanya.
Mengikut statistik tahun 2004 bilangan jumlah isi rumah yang miskin ialah 311,300 dengan komposisi melayu yang tertinggi sebanyak 286,100, cina 9,800 kaum india 13,300 dan lain-lain sebanyak 2,100 dan pastinya jumlah ini akan terus meningkat sekiranya pihak kerajaan terus gagal dalam usaha membasmi kemiskinan.

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: