Sunday, April 20, 2008

Awasi pihak yang menggunakan yayasan dan anak yatim untuk mengutip derma

"YPN" yayasannurhikmah@yahoo.com.my

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikma h.org.my


KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah mengeluarkan surat kuasa atau melantik mana-mana individu, agen, jabatan, syarikat, pertubuhan atau NGO untuk mengutip atau merayu sebarang derma atau sumbangan bagi pihaknya. Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah juga tidak pernah mengadakan sebarang majlis atau pertunjukan ataupun konsert bagi memungut derma.

Ini adalah berikutan dari banyak laporan yang kami terima akhir-akhir ini yang membabitkan kumpulan serta individu yang menjual kupon , produk, tiket serta rayuan derma yang menggunakan kepala surat dan logo Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Kumpulan ini dikesan melakukan kegiatan mereka disekitar Hentian Puduraya, KL Sentral, Mid Valley, KLCC serta KLIA. Beberapa laporan kegiatan yang sama juga telah dikesan di Johor Bahru, Kuantan dan Alor Setar. Mereka juga dilaporkan menggunakan kad nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Sekiranya perkara tersebut anda temui sila buat laporan segera di balai-balai polis berdekatan atau terus menelefon En. Ahmad Fadzil Ahmad (Vice President - Finance YPN) ditalian 012-296 8649 (24 jam) atau Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di 03-8733 2411 (waktu pejabat).

Untuk makluman anda semua sumbangan untuk Yayasan Pembangunan Nur Hikmah hanya boleh dilakukan mengikut saluran dan butiran dibawah ini :


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
KANAK-KANAK dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan insan sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka menjadi insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.

Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing, anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.

Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata.

Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak berdosa.

Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.

Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.

Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.

Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.

Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.
Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.
Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan atau rumah perlindungan.
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.
Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

MELALUI MAYBANK
Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.
MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit
------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
AMARAN :
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah. org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: