Monday, April 28, 2008

Antara glamor dan maruah bangsa / Soal akhlak perlu dalam pendidikan

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

kuda ranggi

Antara glamor dan maruah bangsa

Saya termenung sejenak memikirkan yang mana lebih penting - maruah bangsa atau perkahwinan dua orang yang bergelar artis (penyanyi)?

Dua peristiwa itu berlaku semalam (Sabtu). Majlis persandingan dua orang artis itu turut dipancarkan secara langsung oleh sebuah stesen tv swasta (Astro) sempena konsert sebuah rancangan maya tv (Akademi Fantasia). Kita menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada Khai dan Rosma yang melangsungkan pernikahan mereka.

Mingguan Malaysia, akhbar yang dikaitkan dengan penguasaan UMNO mendapati berita pernikahan itu jauh lebih penting daripada isu maruah bangsa Melayu dan meletakkan berita itu di muka depan.

Saya tercari-cari di mana berita berkaitan kenyataan timbalan PM Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa keris hanyalah satu simbol atau lambang bagi orang Melayu dan tiada kaitan soal maruah bangsa Melayu.

Orang Melayu akan bermaruah jika mereka berjaya dalam segala bidang tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan. Maruah orang Melayu bukan terletak pada sebilah keris.

Mingguan Malaysia meletakkan berita ini di muka dua kerana pengarangnya mungkin mendapati ia tidak sepenting atau sehebat berita perkahwinan dua orang artis keluaran Akademi Fantasia. Mungkin berita seumpama ini dapat merangsangkan semangat juang di kalangan anak muda Melayu. Hanya pengarang Mingguan Malaysia yang tahu jawapannya.

Sebaliknya, Berita Minggu meletakkan berita berkaitan keris itu di muka depan dan berita pernikahan dua orang artis Akademi Fantasia di muka lapan. Tahniah kepada pengarang Berita Minggu kerana dapat membezakan antara berita yang layak diletakkan di muka depan dan yang sebaliknya.

Orang Melayu sebenarnya telalu diasyikkan atau dibuaikan dengan berita dan cerita yang cenderong kepada dunia hiburan. Kita bimbang akan masa depan orang Melayu jika mereka terlalu asyik dan lalai dengan soal-soal hiburan. Benar, kita memerlukan hiburan dalam melayari kehidupan tetapi kita juga perlu tahu had dan batas sempadannya.

Industri hiburan di Malaysia adalah kecil tetapi Malaysia kaya dengan pelbagai anugerah untuk industri hiburannya itu, mengalahkan Hollywood dan Bollywood.

Sebuah syarikat barang kemas terkemuka milik orang Islam sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyokong industri hiburan (sebagai hadiah dan untuk tajaan) sedangkan tiada sumbangan atau tajaan yang serupa diberikan untuk kejayaan anak Malaysia dalam bidang-bidang sains dan tekologi, pertanian mahukan penyelidikan dan juga untuk kemajuan agama Islam.

Nampaknya, dunia glamor begitu penting di Malaysia.




Soal akhlak perlu diberi penekanan dalam pendidikan
Basiron Abdul Wahab
Sun | Apr 27, 08 | 10:53:20 am MYT
KUALA LIPIS, 27 April (Hrkh) - Ahli Dewan Negara, Senator Muntaz Md Nawi mahu penekanan terhadap pendidikan kepada generasi muda diberi keutamaan bagi melahirkan pejuang Islam, muslimin dan muslimat yang mempunyai kekuatan akhlak sejajar dengan ajaran Islam.

Katanya, kecemerlangan di dalam pendidikan tanpa akhlak hanya akan memburukkan keadaan seperti yang berlaku kepada remaja pintar yang dibantu kerajaan Malaysia bernama Sufiah Yusof yang kini memilih jalan hidup sebagai pekerja seks di Britain.

Menurutnya, kejayaan di dalam pendidikan formal belum tentu akan melahirkan generasi yang berjaya dalam hidup.

Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan 20 peratus individu yang menempa kejayaan luar biasa di dalam hidup bukan terdiri daripada mereka yang cemerlang di dalam pendidikan formal, katanya.

Katanya lagi, terdapat juga kajian menunjukkan individu yang berjaya adalah individu yang mempunyai akhlak mulia.

Katanya, 80 peratus daripada kejayaan bergantung kepada akhlak. Justeru di antara perkara utama yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w ialah menyempurnakan akhlak yang mulia.

"Di tangan kita, para ibu bapa, terutama muslimat terletaknya tanggung jawab untuk melahir dan mendidik generasi muda yang berakhlak mulia dan beriman," ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis kali ke-20, di Markaz PAS Tempoyang, dekat sini.

Muntaz berkata, muslimat memainkan peranan peranan penting dalam pendidikan dan politik negara malah undi wanita ada di antara punca yang menyebabkan kekalahan PAS/BA di beberapa negeri termasuk Pahang.

"Di kebanyak negeri, undi wanita adalah punca kekalahan PAS/BA, hanya di Kelantan undi wanita memihak kepada PAS/BA," ujarnya.

Katanya, model kejayaan PAS yang mendapat sokongan wanita hasil usaha gigih menganjur ratusan program khusus untuk muslimat serta kewujudan puluhan NGO wanita, mungkin boleh dijadikan panduan bagi PAS di negeri-negeri lain.

Peranan wanita remaja seperti Nisa' dalam menggerakkan perjuangan muslimat amat diperlukan, katanya.

"Perkara ini harus diberi perhatian, iaitu mewujudkan Nisa' yang akan bergandingan dengan Dewan Muslimat," katanya.

Muslimat juga, kata beliau harus bersedia untuk memikul tanggung jawab sekiranya PAS/BA berjaya memerintah negeri dan negara.

Ini kerana apabila berjaya sudah tentu akan diberi tanggung jawab yang besar seperti terlibat dengan pentadbiran dan sebagainya, katanya. - mns



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: