Tuesday, April 8, 2008

AL-QURAN DIHINA JIHAD JAWABNYA

"Caring Mommy" caring.mommy@gmail.com

Assalamualaikum,
Semakin hari, kebencian puak Kuffar kepada umat Islam semakin mencanak-canak. Keujudan pemimpin-pemimpin umat Islam yang hanya menzahirkan kecintaan pada Nabi Muhammad sekadar meraikan Maulidur Rasul dan menganugerahkan pelbagai anugerah, dan bukannya berusaha membela Islam dan melakukan sesuatu untuk mengajar puak-puak laknat tersebut menyebabkan tragedi di Denmark berulang kembali dan mencatat satu titik hitam dalam sejarah umat Islam.. read on

AL-QURAN DIHINA JIHAD JAWABNYA

Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan sebuah penghinaan. Pada hari Sabtu lepas seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah menerbitkan sebuah filem pendeknya yang menghina Islam dengan tajuk Fitna. Filem itu, yang mula ditayangkan secara online pada 27 Mac lepas memaparkan penghinaan kepada Rasulullah dan juga Al-Quran yang didakwa oleh sikafir Wilders ini sebagai penganjur keganasan. Perbuatan biadab Wilders ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Beberapa demonstrasi di luar negara diadakan di hadapan kedutaan Belanda atas sikap kurang ajar Geert Wilders itu. Di Malaysia, Dewan Pemuda PAS telah menghantar memorandum kepada kedutaan Belanda yang mengecam tindakan tersebut. Pemuda UMNO yang selama ini memperjuangkan agenda Melayu, juga turut menghantar memorandum bantahan kepada Duta Belanda, Lody Embrechts di kediaman rasmi duta tersebut di Jalan Langgak Golf.

Kebiadaban Geert Wilders ini sebenarnya bukanlah kali pertama. Pada November 2007, semasa menyatakan hasrat jahatnya untuk membuat sebuah filem pendek, beliau menyatakan "I will make the film and see what reaction it creates" (saya akan membuat satu filem dan melihat apakah reaksi yang bakal muncul) [http://www.iht. com/articles/ ap/2007/11/ 28/europe/ EU-GEN-Netherlan ds-Anti-Quran- Film.php]. Antara kata-kata keji beliau yang lain adalah, "Ban this wretched book (Qur'an) just like Mein Kampf is banned" (Sekat buku bedebah ini (Qur'an) seperti mana Mein Kampf disekat � `Mein Kampf" adalah sebuah buku karangan Hitler yang memicu kekejaman dan kezaliman). "Muslims living in the Netherlands should tear out half of the Koran" (Muslim yang tinggal di Belanda harus mengoyak separuh dari Quran). "If Mohammad lived here today, I would propose chasing him out of the country with peck and fetters." (Jika Muhammad hidup/tinggal di sini hari ini, saya akan mencadangkan dia dihalau dari negara ini)

Belanda Hirsi Ali dan Geert Wilders

Belanda adalah sebuah negara Kapitalis Imperialis pada zaman penjajahan di mana Indonesia adalah antara sebuah negara umat Islam yang menjadi jajahannya. Di zaman neokolonialisme ini Belanda menjadi antara negara paling liberal di Eropah yang memegang erat konsep persamaan (equality), tolak-ansur (tolerance) dan keadilan (justice). Namun, apabila berhadapan dengan kaum Muslimin, semua nilai-nilai ini akan sirna, sebaliknya penghinaan, seksaan, penculikan pembunuhan dan tahanan tanpa perbicaraan adalah sesuatu yang mereka boleh terima. Tindakan seorang Muslim atau gerakan Islam yang mempertahankan diri mereka dari serangan dan penjajahan kejam AS telah dianggap sebagai `perlawanan haram'. Tidak ada lagi equality, tolerance mahupun justice dan `Konvensyen Geneva' yang mereka agung-agungkan juga terus dipersetankan, kerana apabila menghadapi umat Islam, "rules of the game changes" (peraturan permainan bertukar).

Sebenarnya sebelum Geert Wilders telah ada pendahulunya dalam melakukan serangan terhadap Islam, iaitu seorang perempuan, Ayaan Hirsi Ali, yang telah murtad dan mendapat suaka politik di Belanda atas penentangan terbukanya kepada Islam. Dia kemudian muncul menjadi ahli politik penting atas tiket `bekas Muslim'nya dan dijulang oleh Belanda serta tidak putus-putus dijemput ke seminar dan kuliah untuk menghentam Islam, khususnya berkenaan kedudukan `perempuan dalam Islam'. Dia juga diberi peluang untuk menulis buku dan skrip filem `Submission' yang menggambarkan bahawa Al-Quran menggalakkan keganasan dan pencabulan perempuan dalam keluarga!

Hirsi Ali kemudian telah dihalau keluar dari Belanda apabila dia dikritik secara terbuka kerana telah melakukan penipuan dalam borang permohonan suaka politiknya. Semasa tiba di Belanda pada tahun 1992, dia mendakwa berjaya melarikan diri dari dikahwini secara paksa oleh keluarganya di Somalia, yang sedang bergolak ketika itu. Hal inilah yang menyebabkan Belanda membenarkan suaka politik kepadanya, kerana dia `berjaya' membuktikan yang Islam menindas wanita, sebagaimana yang dialaminya sendiri. Bagaimanapun, sebuah rancangan televisyen Belanda telah mendedahkan penipuan Hirsi apabila ahli keluarganya menyatakan mereka langsung tidak tahu menahu tentang `perkahwinan paksa' tersebut, bahkan dia selama ini tinggal dan hidup mewah di Kenya selama 12 tahun. Meskipun pembohongannya terdedah secara besar-besaran, namun si murtad ini tetap saja diusung sebagai juara oleh Barat, bahkan diberi autoriti untuk menerangkan Islam dalam banyak siri kuliah. Selepas dihalau keluar dari Belanda, si sampah ini kemudian dikitar semula oleh regim AS dengan memberikan kerusi penyelidik di AEI (American Enterprise Isntitute). Ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara `kelayakan' untuk memasuki dunia intelektual Barat dan boleh dijadikan autoriti untuk bercakap tentang Islam adalah `kebencian' terhadap Islam, bukannya kredibiliti atau kebolehpercayaan, seperti mana kes Geert Wilders yang celaka ini.

Geert Wilders adalah anggota parlimen Belanda semenjak 1998. Sebagaimana Hirsi Ali, Geert mencapai kejayaan apabila menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap Islam. Dalam bulan September 2004 beliau telah meninggalkan People's Party for Freedom and Democracy dan menubuhkan partinya sendiri iaitu Party for Freedom. Ketika itu dialah satu-satunya wakil parti baru ini di parlimen. Dalam undian yang dikeluarkan setelah pembunuhan Theo Van Gogh (pengarah filem anti-Islam `Submission'), parti ini dijangka memenangi 29 (daripada 150 kerusi), namun apabila isu pembunuhan Van Gogh telah reda, pada Oktober 2005, jumlah undi (jangkaan kerusi yang akan dimenangi) tersebut turun hanya kepada satu undi sahaja. Bagaimanapun, setelah akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan kartun menghina Rasulullah dalam bulan Februari 2006, populariti parti ini meningkat semula kepada 3 kerusi, dan akhirnya sekarang Party for Freedom ini memenangi 9 kerusi, menjadikannya parti pembangkang ketiga terkuat di Belanda. Modalnya untuk mencapai populariti mudah sahaja iaitu sikap anti-Islam. Sikap anti-Islam ini bukannya hanya terhad kepada orang-orang macam Geert Wilders sahaja, bahkan kerajaan Belanda sendiri pernah mengemukakan satu rang undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah (niqab) di tempat awam yang menjadikannya negara pertama di Eropah yang menguatkuasakannya, namun menemui kegagalan. Wilders pula tidak puas-puas menaikkan balik isu pengharaman niqab ini, di samping banyak lagi perkara lain yang beliau tuntut agar diharamkan seperti Al-Quran dan juga kewarganegaraan Belanda untuk Muslim.

Sinopsis Filem Fitna & Tafsiran Songsang Geert

Pada permulaan filem pendek Fitna keluaran Geert ini, ia memaparkan lukisan kartun Rasulullah yang dikeluarkan Denmark pada 30 September 2005, yang sedang memakai serban bom jangka, di mana detik pengiraan masa bermula pada kiraan 15:00. Kemudian dipaparkan bacaan al-Quran, Surah 8:60 yang bermaksud, "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" [TMQ Al-Anfaal (8):60]. Sebagai seorang kafir yang jahat dan jahil tentang ayat-ayat Allah, Geert menjelaskan bahawa kedudukan ayat ini adalah untuk membenarkan aktiviti `keganasan' terhadap orang awam. Geert mengambarkan bahawa umat Islam diajar untuk menjadi pengganas kerana Al-Quran sendiri menyeru untuk menggerunkan musuh Allah. Geert memasukkan latar belakang peristiwa 9/11 dan beberapa deretan mayat serta khutbah yang berapi-rapi dalam bahasa Arab yang menuntut supaya semua orang kafir dibunuh, dan pembunuhan mereka dikira sebagai kebaikan oleh Allah.

Walhal di dalam ayat yang mulia ini, Allah memerintahkan untuk mempersiapkan kelengkapan perang yang mampu menakutkan musuh, bukannya perintah dari Allah untuk membunuh orang awam, sebagaimana tafsiran menyeleweng Geert. Tuntutan dalam ayat ini adalah untuk `pemerintah' kaum Muslimin agar menyediakan kekuatan semampu-mampunya untuk menggerunkan musuh Allah, yang merupakan pendekatan pro-aktif yang diperintah Allah dalam menghadapi kekuatan musuh. Ayat ini langsung tidak ada kaitan dengan aktiviti pengeboman dalam peristiwa 9/11 atau apa-apa pembunuhan ke atas orang awam (yang tidak pernah terbukti pun dilakukan oleh orang Islam). Ini antara perkara penting yang langsung tidak disentuh oleh Geert mala'un ini. Bahkan kajian menunjukkan bahawa hanya 50% dari penduduk New York itu sendiri yang mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam, itu pun kerana mereka tidak ada maklumat sekunder selain dari hanya membaca media massa kerajaan. Ternyata setelah video bertajuk `Re-open 9/11' dikeluarkan, yang membuktikan dengan jelas bahawa peristiwa 9/11 adalah perancangan licik pentadbiran Bush, para intelektual dan profesional AS sendiri telah meragui tentang kesahihan tuduhan Bush ke atas umat Islam, malah ramai yang meyakini ia dilakukan oleh pentadbiran White House sendiri. Hal ini langsung tidak disebut oleh Geert.

Sesungguhnya kerana pemimpin umat Islam hari ini melalaikan tuntutan ayat inilah yang menyebabkan kegerunan dalam dada musuh-musuh Islam tercabut, dan Fitna adalah manifestasinya.

Dalam slot seterusnya, Geert memaparkan Surah 4:56, "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [TMQ Al-Nisa' (4):56]. Berlatar-belakangka n satu khutbah dalam bahasa Arab yang menunjukkan seorang khatib membacakan hadis bahawa pada akhir zaman kelak kaum Yahudi akan dibunuh kerana sikap permusuhan mereka terhadap Islam. Meskipun mereka bersembunyi di balik batu, batu itu akan memberitahu kaum Muslimin bahawa ada Yahudi di belakangnya. Dengan penuh bersemangat, khatib tersebut mencabut pedangnya menunjukkan aksi untuk membunuh Yahudi. Dalam slot ini, Geert cuba mengaitkan Islam dengan sikap seperti Hitler yang kejam dan anti-Yahudi. Walaupun kita tidak menafikan kisah pembunuhan/peperang an ke atas Yahudi yang telah disebut oleh hadis Rasulullah, namun ayat yang dipaparkan oleh Geert yang jahil ini langsung tidak ada kena-mengena dengan mesej yang cuba dibawanya. Ayat ini adalah berbentuk ikhbar (pemberitahuan) yang mana Allah menceritakan sifat/bentuk seksaan yang bakal menimpa orang-orang kafir dalam neraka kelak. Ia tidak mengandungi apa-apa thalab (tuntutan) untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti membunuh Yahudi atau lain-lain. Ayat ini tidak memerintahkan apa-apa perbuatan yang perlu kita lakukan ke atas orang kafir, tetapi ayat ini adalah sebahagian dari persoalan aqidah yang wajib diyakini oleh kaum Muslimin bahawa orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah akan diseksa dengan pedih di neraka (semoga Geert adalah salah seorang darinya).

Menurut satu sumber [sila lihat http://youtube. com/watch? v=qadPcR4fyzg&feature=related] kejahatan Geert terserlah apabila dia hanya memetik satu khutbah yang sebenarnya bukan merupakan `cara biasa' khutbah disampaikan oleh seseorang khatib (yang diketahui umum oleh umat Islam) dan sumber tersebut menjelaskan bahawa khutbah tersebut disampaikan di Baghdad sejurus setelah tentera Amerika memasuki Baghdad dan melakukan pembunuhan ke atas umat Islam.

Dalam slot berikutnya, ayat jihad dalam Surah 47:4 ditafsir membabi buta oleh Geert sebagai memberi lesen kepada Muslim untuk membunuh orang kafir secara sembarangan. Isu Van Gogh (yang menerbitkan filem Submission) di manipulasi sedemikian rupa oleh Geert di mana Van Gogh telah dijadikan hero kerana dikatakan menjadi mangsa kepada kekejaman orang Islam. Gambar Mohamad B (pembunuh Van Gogh) dan kata-katanya telah dijadikan modal oleh Geert untuk menunjukkan sikap ganas umat Islam. Walhal sikap biadab Van Gogh menghina Islam dibiarkan atas nama `freedom'. Ayat dalam surah ini berbunyi, "Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka, sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka" [TMQ Muhammad (47):4].

Ayat ini bukanlah memberi `lesen membunuh' kepada Muslim sesuka hati, tetapi ia menerangkan dengan jelas apa yang perlu dilakukan oleh Muslim apabila berhadapan dengan orang kafir di medan perang. Ayat ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan perbuatan Mohammad B yang membunuh Van Gogh. Ia (ayat ini) adalah berupa perintah Allah kepada kaum Muslimin untuk membunuh orang kafir semasa di medan perang. Kita semua jelas bahawa dalam keadaan biasa (tiada peperangan), Islam melarang membunuh orang-orang kafir tanpa hak. Islam bahkan dengan jelas mengharamkan pembunuhan kafir zimmi, kafir musta'man mahupun kafir mu'ahid. Inilah yang tidak difahami atau dikaji oleh Geert.

Terdapat beberapa lagi ayat lain yang diselewengkan oleh si kafir Geert ini yang tak dapat kami perjelaskan kerana keterbatasan ruang. Si hina ini, tanpa memahami makna Al-Quran dan tanpa merujuk kepada asbabun nuzul ayat, melakukan tafsiran ayat-ayat Allah yang sebenarnya dibaluti dengan sifat keji dan bencinya terhadap Islam. Menghampiri penghujung video pendeknya, Geert cuba menggambarkan apa yang akan terjadi kepada Belanda jika Islam memerintah di mana golongan murtad akan dibunuh, suami/isteri yang berzina akan dibunuh, begitu juga dengan golongan homoseksual (gay). Ditunjukkan kepala seorang wanita bertudung yang terpotong (dari badan) dan juga gambar beberapa orang gay yang ditutup mata, diikat tangannya dan digantung. Keratan akhbar yang menunjukkan tuntutan agar Salman Rushdie dan Hirsi Ali dihukum bunuh turut dipaparkan. Inilah antara usaha Geert untuk menyusupkan rasa takut dan benci orang-orang kafir terhadap Islam, dengan menggambarkan Al-Quran sebagai sebuah kitab yang memerintah kepada pembunuhan dan keganasan serta menyekat segala bentuk kebebasan (freedom) yang diagung-agungkan dan diamalkan oleh mereka selama ini. Geert jahil bahawa urusan Salman Rushdie, Ayaan Hirsi Ali dan lain-lain orang yang murtad serta melakukan kemaksiatan kepada Allah adalah urusan dalaman umat Islam yang mana hukumannya telah ditentukan oleh Allah, Zat Yang Maha Mengetahui tentang makhluk ciptaanNya. Namun, atas nama kebebasan dalam sistem demokrasi, Geert berpeluang menzahirkan permusuhannya kepada kaum Muslimin dengan mengamalkan konsep `the enemy of my enemy is my friend' (musuh kepada musuhku adalah sahabatku).

Akhir sekali di dalam filem ini, kita melihat bagaimana Al-Quran dikoyak, dengan diikuti gambar Nabi Muhammad yang memakai bom di kepala kemudian meletup. Inilah secara ringkas tentang filem rekaan Geert Wilders ini (semoga Allah melaknatnya) .

Sikap Penguasa Sekarang vs Khalifah

Dengan penghinaan yang berkali-kali yang dilakukan golongan kuffar ke atas Rasulullah, Al-Quran dan juga Islam, anehnya, sebahagian besar penguasa dan ulama di dunia Islam saat ini hanya diam terpaku dan masih nyenyak beradu. Jika ada pun tindakan yang diambil, hanya sekadar melahirkan rasa kesal, mengecam, mengutuk, menghantar memorandum bantahan, gesaan agar memboikot barangan keluaran negara berkenaan dan gesaan agar penghina berkenaan memohon maaf. Inilah tindakan `paling berani' yang diambil oleh pemerintah dan ulama yang ada, termasuklah di Malaysia. Jika baru-baru ini pemerintah menganjurkan perarakan maulid ar-rasul secara besar-besaran, kononnya atas rasa cinta kepada Rasulullah, namun ternyata, apabila Rasulullah dan Al-Quran dihina secara terang-terangan, `rasa cinta' hanyalah terbukti di mulut, di televisyen, di radio dan di akhbar-akhbar sahaja. Jika pada zaman para sahabat, rasa cinta mereka benar-benar dimanifestasikan dengan tergadainya nyawa mereka demi mempertahankan Rasulullah, kini, `rasa cinta' pemerintah sekarang (yang menyambut hari kelahiran Nabi Sallallahu `alaihi wa Sallam besar-besaran) dimanifestasikan hanya dengan mulut dan juga sekeping `kertas bantahan'. Alangkah `cintanya' mereka kepada Rasulullah!

Bandingkanlah, jika mereka sendiri (pemerintah sekarang, baik Perdana Menteri atau mana-mana Menteri) dihina dengan dilukiskan gambar mereka dengan berserbankan bom dan dilabel sebagai pengganas, atau dilukiskan gambar mereka dan dicampakkan ke lubang tandas, apakah reaksi mereka agaknya? Namun apabila Rasulullah yang merupakan semulia-mulia makhluk Allah, dihina, mereka hanya justeru berpeluk tubuh dan hanya mengeluarkan kata-kata lembut yang tidak bermakna kepada penghina Rasul. Wajarkah tindakan mereka ini? Jika Al-Quran yang suci lagi mulia dimasukkan ke lubang tandas mereka boleh berdiam diri, dan jika Rasulullah kekasih Allah, dihina, mereka juga tetap berdiam diri, di manakah letaknya kecintaan mereka kepada Al-Quran dan kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam? Bukankah Rasulullah wajib lebih kita cintai daripada diri kita sendiri, keluarga kita dan harta kita seperti yang ditegaskan dalam banyak hadis? Seperti inikah sikap seorang penguasa Muslim yang Allah kehendaki atau yang kita semua kehendaki? Alangkah jauhnya mereka dari ajaran Islam dan jauhnya mereka berbanding sikap para Khalifah kaum Muslimin yang mempertahankan Rasulullah dengan darah dan nyawa mereka.

Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan "Muhammad atau Kefanatikan". Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut. Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, "Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!". Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari `cakap besar'nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa`ie, No. 31, 2003].

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. Adapun jika pelakunya seorang Muslim, ia wajib dihukum tanpa diterima taubatnya. Imam asy-Syaukani mengatakan bahawa pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafii dan juga Imam Hanbali [sila rujuk SN056 � Karikatur Menghina Rasulullah Adalah Bukti Kebencian Kaum Kuffar Terhadap Islam untuk penjelasan lanjut].

Khatimah

Wahai umat Muhammad! Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "...telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi..." [TMQ Ali-Imran (3):118]. Inilah peringatan Allah kepada kita tentang kedudukan orang kafir yang akan membenci kita hingga hari Kiamat. Justeru, penghinaan mereka terhadap Islam ini akan terus berlaku dan berulang. Kebiadaban mereka terhadap Islam bukannya lantaran mereka itu kuat, tetapi yang sebenarnya umat Islamlah yang lemah. Pemerintah yang ada pula hanya sibuk mengejar dunia, bacul, pengkhianat, tunduk patuh kepada golongan kuffar dan mereka langsung tidak berani bersuara, walaupun sekadar untuk `mengancam' penghina Islam. Pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah ini hanya berani `memenjarakan' semua tentera yang mereka miliki. Apabila diseru untuk berkhidmat kepada badan kufur PBB, maka tentera-tentera ini `dilepaskan', namun apabila menyaksikan Rasulullah dan Al-Quran dihina oleh golongan kuffar, maka tentera ini dipastikan tidak keluar dari kandang masing-masing, walaupun seorang. Seandainya pada hari ini Khalifahlah yang memerintah kita yang menerapkan hukum dari langit, nescaya kebiadaban kaum kuffar ini dijawab dengan kobaran jihad oleh sang Khalifah. Dengan Khalifah, nescaya Allah akan memperkuat, meneguh dan memuliakan kedudukan kita Insya Allah, sebagaimana Dia telah meneguh dan memuliakan generasi sebelum kita. Kerana itulah, Hizbut Tahrir di seluruh dunia sekali-kali tidak akan berhenti berjuang dan tidak akan berhenti menyeru agar kalian semua wahai kaum Muslimin, bersama-sama berusaha untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan melancarkan dakwah dan jihad ke atas golongan kuffar agar kitab suci kita dan Junjungan Besar kita, tidak lagi berani `disentuh' oleh musuh-musuh Allah ini, walaupun sedikit. ALLAHU AKBAR!

--
Wanna think & feel beyond the ordinary ??? Visit www.mykhilafah. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: