Friday, April 11, 2008

Air penawar Tuan Guru Nik Aziz untuk Tuan Guru Abdul Hadi

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Harakahdaily
Fri | Apr 11, 08 | 10:12:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz begitu mengambil berat tentang adindanya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila mengetahui Presiden PAS itu dimasukkan ke hospital akibat serangan minor strok.


ImageTuan Guru Nik Aziz lantas mengarahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron menziarahi Tuan Guru Haji Hadi dengan mengirimkan sebotol air yang telah didoakan.


Annual yang memaklumkan perkara ini berkata, beliau berasa gembira apabila setibanya di Hospital Kuala Terengganu, Ustaz Hadi bangun dari katilnya untuk menyambut beliau.


"Masa saya tiba jam 2.20 petang,Dato' Seri bercakap normal seperti biasa.Beliau bahkan bangun dari katil menerima sebotol air yang didoa dan dikirim khas oleh Tuan Guru Nik Aziz.


"Tanpa lengah, Tuan Guru Haji Hadi terus minum sesudah membaca bismillah," ujarnya.


Menurut Annual, Tuan Guru Haji Hadi memberitahunya, beliau terasa mengalami kebas-kebas dan berasa sedikit berdebar-debar ketika bangun hendak bersahur.


ImageMenurutnya, Tuan Guru Haji Hadi kemudiannya menyerahkan tugas kepada anaknya Ustaz Muhammad Khalil untuk mengimamkan solat subuh di Masjid Rusila, Marang.


Presiden PAS kemudiannya dibawa anggota keluarga ke HKT dan diminta para doktor supaya berehat memandangkan jadual kerja yang begitu padat.


"Bahkan Tuan Guru Haji Hadi boleh berjalan dalam wad seperti biasa. "BP (tekanan darah) beliau pun sekitar 140/70, sangat normal," katanya.


Menurut Annual, Tuan Guru Nik Aziz mengajak semua rakyat mendoakan kesihatan Presiden PAS bertambah baik, supaya beliau dapat meneruskan tugas-tugasnya seperti biasa.


Apa pun katanya, Tuan Guru Haji Hadi perlukan masa rehat secukupnya agar dikembalikan kekuatan seperti biasa. - mr



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: