Wednesday, April 16, 2008

ADUAN PILIHAN-Kuala Lumpur Convention Centre Tiada Pengiktirafan “Halal”

"misai_lentik" misai_lentik@yahoo.com.my

Sunday 13 April 2008 - 22:15:23
kl_con_c.jpg

Tuan,

KLCC Tiada Pengiktirafan "Halal"

Saya telah diarah majikan saya untuk mengurus majlis keramaian di
dewan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan antara jemputannya
adalah tetamu dari Timur Tengah dan Eropah. Maka saya disyorkan supaya
mengatur hidangan antarabangsa halal.

Dalam urusan saya dengan pihak KLCC, saya dimaklumkan oleh pihak KLCC
bahawa hanya makanan keluaran dari "Malay Kitchen" yang ada sijil
halal dari Jakim, manakala lima (5) dapur lain (barat, cina,
fusion,cold dan pastry) tidak mempunyai pengiktirafan "halal". Pada
pandangan saya, lebih penting dapur selain "Malay Kitchen" lebih
memerlukan pengiktirafan "halal".

Saya berhubung Pengurus KLCC, En Rizal Razali mengenainya dan beliau
menegaskan bahawa KLCC tidak perlu pengiktirafan "halal" kerana KLCC
adalah hakmilik Petronas yang sudah diberi kredit ISO. Itu pun adalah
kenyataan yang KLCC tidak perlu memohon pensijilan "Halal". Untuk
memperkuatkan tidak perlunya pengiktirafan itu, En Rizal menegaskan
juga bahawa KLCC telah banyak kali mengadakan majlis untuk beberapa
organisasi Islam tanpa sebarang pertanyaan. Beliau yakin bahawa
pembekal-pembekal KLCC semuanya mempunyai sijil Halal.

Dengan maklumat yang saya terima dari pihak KLCC, saya sedar betapa
mudahnya Islam diambil kira oleh masyarakat kita. Kalau bangsa kita
"cincai" apatah lagi bangsa lain.

Setelah banyak saya dengar melalui radio dan di akhbar akan perjuangan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengembalikan hak dan maruah
orang orang Islam, saya majukan kepada pihak tuan untuk tindakan wajar.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: