Thursday, April 17, 2008

ADAKAH ISLAM YANG BERSALAH ATAU MAHATHIR SENDIRI YANG PERPESONG?

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Subject: [PerisikRakyat] ADAKAH ISLAM YANG BERSALAH ATAU MAHATHIR SENDIRI YANG PERPESONG?

BILA Dr. Mahathir berkata, kerajaan telah mengenal pasti kelemahan
dalam sistem pendidikan negara yang menyebabkan matlamat pendidikan
negara tidak tercapai objektif perpaduan, kerana wujudnya elemen
seperti kata beliau:
[["….kita dapati di sekolah-sekolah, penekanan dibuat tentang soal-
soal agama yang menyebabkan orang-orang bukan Islam tidak berminat
untuk pergi ke sekolah kebangsaan. Sedangkan kita mencipta sekolah
kebangsaan ini dengan niat supaya orang bukan Melayu dan bukan Islam
akan pergi ke sekolah kebangsaan,' ']]
Kita tidak sangka beliau akan memberi alasan bernada sedikit bebal
begitu. Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat kajian ilmiah
terperinci yang memberi beliau pendapat sedangkal itu.
Paling pelik, beliau bercakap begitu sebaik saja mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC.
Pelik Tetapi Benar
Kita hairan! Tidak satu orang pun dari anggota UMNO atau MKT sendiri
yang menguit lidah mempertikaikan maupun yang bersetuju. Seolah-olah,
mereka adalah terdiri dari orang-orang bebal lagi dungu. Macam
belatuk.. mereka lebih cenderung main angguk-angguk. .!! Macam
belodok… makan pakai sodok saja!!
Lebih mencurigakan lagi, semakin nampak Dr. Mahathir telah mendapat
sokongan sebulat suara dari mereka yang menerajui regim ini dari
kelompok UMNO.
Seolah-olah mereka selingkuh bersetuju. Kita katakan begitu kerana
lazimnya, dalam ragam UMNO bermesyuarat, keputusan begitu diambil
secara bersama. Bermakna, seluruh anggota MKT ditafsirkan sebagai
bersetuju – kalau dungu sama-sama dungu..!!
Kecenderungan Menyalahkan Islam
Mengambil itu sebagai andaian paling hampir kepada tepat, kita dapat
membaca bahawa Dr.. Mahathir semakin terang-terang menyalahkan agama
(dalam konteks ini agama Islam) yang menyebabkan sistem pendidikan di
negara ini gagal menyatupadukan rakyat (sebagai objektif pendidikan
nasional).
Seolah-olah beliau memberi persepsi bahawa oleh kerana wujud elemen
Islam di sekolah-sekolah kebangsaan; maka kaum bukan Islam tidak
berminat pergi ke sekolah kebangsaan. Tidakkah itu persepsi
bertaraf "jahannam"?
Sebagai menguatkan hujjah pula, beliau dilaporkan sebagai berkata,
apa yang berlaku ialah sekolah kebangsaan dilihat sebagai dikuasai
oleh golongan yang cuba menjadikan sekolah itu sebagai sekolah agama
Islam.
Kita harus tanya kepada beliau, "Siapa bilang? Bapak hang ka..?"
Kita merasa makin pelik beliau boleh membuat andaian dan memberi
persepsi segampang itu. Tetapi kenyataan beliau itu benar dan sah
disebutnya.. Dan, dalam proses "pelik tetapi benar" itu, beliau
mungkin pura-pura lupa, atau sengaja tidak mau ingat bahawa rakyat
berbilang kaum di negara ini tidak ada petanda langsung membayangkan
bahawa sekolah-sekolah kebangsaan "dikuasai oleh golongan yang cuba
menjadikan sekolah itu sebagai sekolah agama Islam" (seperti
kenyataan beliau).
Dan, rakyat semua kaum setakat ini tidak pernah menganggap kewujudan
mata pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah dan institiusi
pengajian tinggi berfungsi untuk memecah-belah dan menjejaskan
perpaduan kaum. Itu adalah persepsi yang timbul cuma di kepala hotak
Dr. Mahathir sendiri saja (mungkin..!) . Sewelkah dia?
Islam dan Perpaduan
Kebelakangani ini, ramai dikalangan kaum bukan Melayu dan bukan Islam
melihat Islam sebagai agama perpaduan dan penyatuan kaum.
Contohnya: Sebelum PAS memerentah Kelantan dan Terengganu, pemimpin UMNO (khusunya Dr. Mahathir) adalah "the champion of all hooligans" yang memburuk-busukkan Islam dengan mewarwarkan pelbagai persepsi yang bukan-bukan. Ini menyebabkan semua kaum hidup dalam ketakutan berteduh dibawah naungan payung Islam.
Dr. Mahathir adalah jagoan terhebat yang mengutuk dan menyemarakkan
rasa benci terhadap PAS dengan mempolitik dan memberi persepsi yang
cukup salah terhadap Islam. Mahathir menggunakanelemen Islam PAS
sebagai memujukkan kaum bukan Melayu menyokong Barisan Nasional. Itu
memang jelas dan jangan beliau mau berdebat pula. (elok bermuzakarah
dulu).
Beliau boleh rujuk semua ucapan beliau di Perhimpunan UMNO – di
hadapan dhef-dhef jemputan, bukan setakat Presiden komponen BN malah
kepada puluhan jemputan dari luar negara (negara asing bukan Islam).
Tidakkah itu bermakna bahawa Dr. Mahathir inilah sebenar "agen"
paling busuk dan buruk laku yang menyebabkan minda dan persepsi
rakyat dan dunia mejelir lidah terhadap Islam? Dengan itu, sistem
pendidikan sekolah kebangsaan di negara ini yang cuma satu subjek
menyorot pengajian agama Islam, sewenang-wenangnya dituduh sebagai
pengancam kepada perpaduan rakyat? Tepatkah andaian dan persepsi
beliau itu?
Jika beliau bermaksud menyindir sengit bahawa Datuk Seri Anwar (musuh
peribadi beliau sekarang) adalah Menteri Pendidikan yang menganjurkan
pakaian seragam bagi pelajar dan guru wanita beragama Islam supaya
bertudung kepala sebagai menguatkan hujah beliau; bukan setakat orang
Melayu Islam saja yang merasa pelik; pasti bukan Islam juga merasa
begitu. Mungkin ramai yang akan mengcop Dr. Mahathir sebagai Presiden
paling dungu dalam sejarah UMNO!
Hematnya, agama Islam di sekolah dan pakaian seragam pelajar Islam
dan guru-guru tidak langsung terkait hingga faktor objektif perpaduan
nasional itu tercemar. Hujjah dan persepsi Dr. Mahathir itu tidak
langsung releven; malah sebaliknya membukti beliau 100% SEWEL..!
Baiknya, beliau wajar diasuh semula dan di"rehabilitat" di sebuah
Kelas Dewasa untuk orang-orang "nyanyok"..! !
Elemen Kebenceian Politik Bertambah
Apa yang ketara sekarang ialah, kebencian Dr. Mahathir kepada
Pembangkang adalah punca beliau bercakap dan berhujah seperti orang
gila. Semakin berganda gila beliau hingga menyebabkan beliau semakin
tenat dan sesak nafas. Tiga (3) faktor besar dapat dilihat dengan
jelas, iaitu:
1) Orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada UMNO. Bukan Melayu dan
bukan Islam sudah tidak mengerti lagi hala tuju politik Dr. Mahathir
yang menggunakan elemen perkauman dan adu-domba yang meresahkan
mereka;
2) Kewibawaan dan pengaruh politik Pembangkang vis a vis PAS dan
sokongan terhadap parti itu dan ayun sokongan kepada Datuk Seri Anwar
yang berkarisma, semakin menebal; hingga memberi petanda yang cukup
ketara bahawa UMNO/BN akan lumpuh dan ketandusan sokongan rakyat.
Dengan itu Dr. Mahathir dan UMNO/BN sudah hilang wadah dan kelamkabut
cacamarba mencari strategi untuk mengembalikan kewibawaan dan imej
kepimpinan dan parti mereka yang ketandisan dan pincang;
3) Ketidakmampuan UMNO sebagai parti tunjang Melayu (satu masa dulu)
mengembalikan keterampilan pollitik parti yang telah sungguh-sungguh
luntur punah ranah; kerana Islam yang ditegakkan UMNO cuma setakat
sinitron bioskop "layar putih berbidang lebar di pawagam". UMNO cuma
mampu menayangkan ikan-iklan Islam sebagai perisai politik saja.
Tiga faktor di atas amat jelas kesannya. Rakyat bukan Islam di negara
ini melihat Islam hayatan UMNO bercelaru haru biru. Pemimpin UMNO
adalah belukang-darat beldok-brengseknya.
Buktinya: Kita dengar di Dewan Rakyat pemimpin UMNO sendiri terkedu
lidah bila disoal oleh wakil DAP yang kehaianan bila pemimpin UMNO
sendiri menyatakan "Judi itu halal jika diberi lesen" oleh kerajaan
UMNO/BN. Ini bertentangan dengan fakta benar dalam Islam bahawa semua
bentuk judi itu adalah haram!! Siapa menyalahkan persepsi Islam itu
sekarang? Tidakkah UMNO?
Bila Haniff Omar (orang Melayu beragama Islam) mengatakan di mahkamah
bahawa "Penglibatan beliau dengan perusahaan judi di Genting
Highlands itu halal kerana ia tidak sebut dalam Al-Quran"; sekaligus
peguan bukan Islam Karpal Singh terpinga-pinga lalu
menyebut `quotation' dari Al-Guran. Apakah Islam tafsiran UMNO itu
memberi model perpaduan?
Begitu juga, Ummi Hafilda (saksi Kerajaan) diperakukan oleh seorang
saksi telah berzina di London (dengan saksi terbabit), tetapi tidak
diambil tindakan. Tidakkah ini membuatkan persepsi kaum bukan Islam
bercelaru teradap Islam?
Atas segala-galanya, kes fitnah liwat yang dituduhkan secara palsu
dan diada-adakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya dibicara
dan dihakimkan di mahkamah syariah; tetapi sebaliknya regim Mahathir
menetapkan ia dibicarakan di mahkamah sibil. Walhal, kes Azizan Bakar
yang ditangkap basah tidak pula begitu.
Apakah peristiwa-peristiwa ini berlaku kerana Islam diajar di sekolah
yang menyebabkan kelemahan sistem pendidikan itu; atau olah-ragam
pemimpin pollitik UMNO sendiri yang mencacamarbakannya? Apakh sistem
pendidikan di sekolah kebangsaan penyebabnya, atau ada pemimpin UMNO
sendiri yang menggubal fatwa mereka sendirian dan mentafsirkannya?
Jangan Beri Alasan Tidak Rasional
Jelas sekarang, ini semua adalah gejala yang memberi petanda ampuh
bahawa Islam ala Mahathir @ UMNO yang dikendalikan adalah "tidak
masak". Mungkin ia sengaja dikukus setakat berdetus setengah masak.
Bukan saja pemimpin UMNO sendiri tidak mampu memberi tenaga untuk
menyatupadukankan semua kaum, malah mereka semakin bermain strategi
politik yang bahaya hingga memndorong kepada perpecahbelahan kaum.
Inilah fakta sebenar yang merosakkan fabrik silaturrahim orang Islam
sendiri, vis a vis orang Melayu sendiri – termasuk faktor hubungan
kaum..
Jadi, tidak salah jika orang Melayu dan semua kaum di negara ni
mencari kepastian mana satu parti politik yang wajar disokong dan
ditakrif sebagai berkemampuan bagi menyatupadukan rakyat. Yang jelas
sekarang, semakin pengajian mengenai Islam ditingkatkan di dalam
sistem pendidikan, makin ramai bukan Melayu yang memasuki IPT dengan
kecendungan mengambil mata pelarajan Islam.
Tak taulah, samada ada orang yang berminat untuk mempelajari "Fikiran
Dr. Mahathir" (menggantikan pengajian Islam) seperti yang dicadangkan
oleh seorang ulamak berstatus "Penjilat" merangkap Setiausaha Politik
Dr. Mahathir itu sendiri akan termampu meningkatkan perpaduan kaum!
Yang kita nampak sekarang, kegilaan Dr. Mahathir dan UMNO/BN
menghalalkan "Nepotisme, Korupsi dan Kronisme" dan hasarat
beliau "Kerja Sampai Mati (KSM)" adalah elemen yang menyebabkan
negara ini kucar kacir!!
Fikir-fikirlah sendiri..!! (hihihihh…..)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: