Monday, April 21, 2008

Ada apa pada gambar......... / Media MSM Juga Perlu Bertanggungjawab

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

husammusa.com
Ada apa pada gambar...... ......... ..
Berita ini disiarkan beberapa hari lepas oleh akhbar arus perdana. Tiada yang salah dengan berita ini, kerana ia adalah untuk kebaikan negara di masa hadapan.

Cuma yang tidak beberapa kena ialah gambar yang disiarkan. SAMA TAPI TAK SERUPA - Ayuh cari benda yang tersembunyi. ....

Suruhanjaya ditubuh - Bagi kenal pasti, cadang nama calon hakim – PM

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan NOR ZAINAH NORDIN

KUALA LUMPUR 17 April
- Kerajaan mengumumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon-calon hakim kepada Perdana Menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu berkata, suruhanjaya tersebut akan membantu menilai dan menapis calon-calon secara sistematik dan berwibawa berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas.

Bagaimanapun katanya, hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong terus kekal.


Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.

//utusan.com. my

Suruhanjaya lantik hakim
Oleh Azman Zakaria, Anwar Hussin, Abdul Halim Yusoff dan Khairul Azran Hussin

Kerajaan umum bayar ex-gratia kepada enam yang dipecat pada 1988

KUALA LUMPUR:
Badan kehakiman negara memasuki era baru apabila kerajaan malam tadi mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa.

Malah, bagi memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman yang tercemar sejak 20 tahun lalu, kerajaan turut mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988.


BERTEMU: Abdullah bersalam dengan Salleh sambil diperhatikan Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad (tengah) ketika hadir pada jamuan Majlis Peguam Malaysia, di ibu kota, malam tadi.

//bharian.com. my




Media MSM Juga Perlu Bertanggungjawab

Seronok juga bila mana membaca petikan berita dari media aliran perdana (MSM) seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Seronok kerana kita boleh lihat arah mana teknik pemberitaan media ini dijuruskan. Biasanya teknik pemberitaan media aliran perdana lebih menjurus kepada bodek dan ampu dalam setiap berita yang disiarkan. Semua bodek dan ampu ini hanyalah kepada Kerajaan Barisan Nasional (terutamanya parti UMNO) dan yang berkaitan dengannya.

Media aliran perdana kini nampaknya tergugat dengan kemunculan terlalu banyak media alternatif. Malah langganan, jualan serta rating media aliran perdana agak tergugat disebabkan oleh media alternatif. Umum mengetahui bahawa media alternatif tidak dibatasi dengan kekangan politik mahupun sosial, namun hampir kesemua media alternatif bertanggungjawab atas setiap berita yang diwarwarkan.

Menteri Penerangan yang baru (Ahmad Shabery Cheek) menegaskan bahawa media alternatif seperti blog dan portal perlu lebih bertanggungjawab dan mereka tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Beliau berkata sungguhpun orang ramai ada hak untuk menulis apa sahaja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah.

Persoalan yang bermain di minda kita semua sekarang ini ialah adakah media aliran perdana (MSM) sedia ada kini bertanggungjawab atas setiap pemberitaan yang mereka bawa? Seperti yang kita semua maklum, dewasa ini beberapa media aliran perdana kerap mengeluarkan berita berunsur fitnah terhadap pihak-pihak yang tidak selari aliran politiknya dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Malah terlalu banyak pula berita-berita penting digelapkan ataupun dihilangkan pemberitaannya oleh media aliran perdana (MSM) ini sehinggakan hanya yang berita dari Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang kerap diwarwarkan.

Kalau ada pun berita penting dari pihak yang berlawanan dengan Kerajaan Barisan Nasional, berita tersebut pastinya akan di”ubahsuai” semata-mata untuk menonjolkan masalah dalam berita tersebut. Sebagai contoh kita semua boleh lihat bagaimana pihak TV3 memanipulasikan berita berkenaan Pakatan Rakyat dan juga Perhimpunan Awam Bersih pada tahun lepas.

Disini saya ingin mengingatkan kepada Ahmad Shabery Cheek supaya berhati-hati mengeluarkan kata-kata agar ianya tidak menyerlahkan kebodohan beliau. Seperti peribahasa Melayu dahulu kala iaitu “Seperti menepuk air didalam dulang, akan terpercik ke muka sendiri”. Sebelum beliau menasihatkan media alternatif, sila nasihatkan dahulu media aliran perdana.

Kata-kata beliau seperti “Pada hakikatnya ialah reputasi dan kredibiliti. Jika anda ada itu dan anda melaporkan berdasarkan kebenaran, hakikatnya orang ramai akan terus membaca artikel anda. Ini adalah cabaran baru untuk surat khabar dan bagi sebarang bentuk media yang ada,” jelas menunjukkan bahawa kenapa orang ramai kini tidak lagi mahu membaca atau mempercayai maklumat dari media aliran perdana. Ini kerana media aliran perdana kerap kali tidak melaporkan berdasarkan kebenaran malah selalu mengubahsuai berita mengikut kehendak dan nafsu mereka.

Jadi kepada media aliran perdana, “terus-teruslah melaporkan secara pembohongan”. Lagi lama anda meneruskan pembohongan dan tidak bertanggungjawab atas berita anda, lagi cepat anda akan “bungkus”.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: