Monday, April 7, 2008

6 sekeluarga di Ampangan Seremban tagih simpati

"Rozmal bin Malakan" rozmal@yahoo.com

Minggu lepas saya menerima satu panggilan talipon
mengatakan satu keluarga di Ampangan , Seremban amat
memerlukan bantuan dimana ketua keluarga tersebut
telah lebih 10 tahun tidak dapat bekerja kerana
masalah tulang belakang selepas kemalangan jalanraya
pada 1997.

Hanya petang tadi barulah saya berkesempatan berjumpa
dengan keluarga tersebut. Sebelum Asar hujan turun
dengan begitu lebat sekali di Seremban. Alhamdulillah
selepas Asar dalam perjalanan ke Ampangan hujan telah
mula reda.

Saya pun mencarilah rumah keluarga tersebut di No 99,
Kg Sekolah , Ampangan. Kawasan perumahan seperti
kawasan rumah setinggan atau rumah kongsi agak daif.
Kedudukannya betul-betul belakang stesen minyak
Petronas di Ampangan berhampiran Sekolah Kebangsaan
Ampangan.

Encik Sahreny Abdul Aziz 41 tahun tinggal bersama
isterinya Puan Norma binti Mat Lazin 38 tahun dan
empat orang anaknya Norhidayah 10 tahun, Noriman Idayu
6 tahun, Saniza Adila 4 tahun dan Mohd Shanor 1 tahun
dirumah yang agak daif, sempit dan serba kekurangan.

Encik Sahreny mengalami Bengkok Tulang Belakang
(Scoliosis) pada tahun 1997 akibat kemalangan jalan
raya. Sejak dari itu beliau tidak dapat bekerja dimana
sebelum itu beliau hanya bekerja sebagai pengawal
keselamatan. Beliau tidak dapat berdiri, berjalan lama
dan buat kerja-kerja berat, ada kalanya beliau akan
hilang kawalan untuk berjalan.

Pada tahun 2005 beliau pernah memohon untuk
mendapatkan bantuan dari Tabung Perubatan Nasional
untuk Kos Implan dan Rawatan Susulan yang memerlukan
belanja sekitar RM 20,000 dimana hingga ke saat ini
belum ada jawapan walaupun pada tahun 2007 beliau ada
memohon sekali lagi dengan sokongan dari Hospital
Seremban dan wakil rakyat setempat.

Puan Norma sebelum ini menampung perbelanjaan dapur
dengan menjual keropok, namun sekarang tidak lagi
kerana menjaga suami dan anak-anak disamping
persaingan dalam perniagaan kecil pada ketika ini.

Mereka setakat ini telah mendapat bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk 4 orang anak mereka. Mujur
anak-anak mereka Norhidayah Tahun 4 dan Noriman Pra
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Ampangan mendapat buku
teks percuma dan tidak perlu membayar yuran sekolah
untuk tahun ini.

Sekali-sekala ada juga mendapat sedikit bantuan dari
Baitul Mal tetapi tidak pada kadar yang tetap.

Rumah yang agak daif tadi mereka sewa pada kadar RM
150 sebulan. Dengan keadaan suami yang sentiasa
memerlukan rawatan dan tiada pendapatan lain hanya
semata-mata mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sekitar RM 300 sebulan memanglah amat
memeritkan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah
berjumpa terus Encik Sahreny Abdul Aziz dan Puan Norma
binti Mat Lazin di No 99, Kg Sekolah, Ampangan, 70400
Seremban atau tel 017-3974701

Gambar keluarga Encik Sahreny di link berikut
http://waghih. blogspot. com/2008/ 04/6-sekeluarga- di-ampangan- seremban- tagih.html

Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: