Monday, March 31, 2008

Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura?

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Monday, March 31 @ 08:22:36 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh orangjohorlama

"
a
Kawasan WPI

Diwar-warkan oleh kerajaan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan menguntungkan rakyat khususnya rakyat Johor. Sebagai penduduk di kawasan WPI saya tidak nampak apa kelebihan yang bakal diperolehi dari WPI khususnya kepada orang Melayu. Pembanagunan pesat Johor Bahru dan juga harga barang keperluan yang lebih tinggi dari Kuala Lumpur semakin menekan dalam menghadapi kehidupan seharian. Tambahan pula dengan kemasukan rakyat Singapura yang membeli belah di JB menyebabkan barang yang mahal masih boleh laku sebab permintaan masih ada.



Terdapat beberapa kemusykilan yang perlu dileraikan sebelum rakyat mampu menerima WPI:



1. Kenapa tiada penerangan menyeluruh sehingga ke akar umbi terhadap kesan WPI. Penduduk hanya dimomokkan dengan pembangunan- pembangunan mewah, kediaman pesisir pantai, hotel 5 bintang dan sebagainya. Persoalan yang hendak diketahui oleh kami rakyat Johor ialah untuk siapakah pembangunan mewah tersebut? apakah kesan kepada penduduk sedia ada? Dimana kami akan tinggal jika tanah kami diambil?



2. Kenapa sumber maklumat yang diberikan amat terhad? Hanya boleh dilihat di dalam website yang memberi maklumat sepeintas lalu sahaja. Website-websote tersebut hanya ada dalam bahasa Inggeris sahaja? Bagaimana orang kampung yang tidak tahu mendapatkan maklumat dari internet?


3. Kenapa pembangunan yang disediakan adalah jenis pembangunan mewah? Jika ada pembangunan yg tidak mewah pun hanya beberapa yang mampu dibeli oleh orang Malaysia.


4. Dimaklumkan bahawa syarat pemilikan asing akan dilonggarkan bagi memudahkan pemilikan harta tanah? Apakah kesannya nanti? Adakah lebih mudah untuk orang Singapura membeli harta tanah di WPI?


5. Kenapa tidak dibangunkan kawasan yang belum maju di Johor seperti di Mersing, Kota Tinggi atau lain-lain tempat?


6. Tahukah bahawa harga sebuah rumah flat di singapura dalam lingkungan SGD 200,000 (RM 460,000) hingga SGD700,000 (RM1.6 juta) yang jika nak beli harta tanah di WPI tu pada mereka amat murah. Boleh beli 3 atau 4 biji rumah di WPI pada harga yang sama dengan sebuah rumah flat di Singapura.


Diharapkan pihak yang ingin buat WPI ni sedar bahawa pembangunan bukan boleh dibuat atas kertas di dalam pejabat sahaja. Selamilah hati budi kepayahan penduduk di kawasan JB ni demi kejayaan di masa hadapan. Jangan sebab pembangunan tanah air kita tergadai buat selamanya.


bagi memberi input tambahan silalah lawati blog saya ni:


http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress. com


Saya sedia menerima pandangan bagi menyalurkan isu-isu berkaitan WPI ini demi untuk kebaikan bersama.
"

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: