Wednesday, March 12, 2008

Warkah Terbuka Untuk Pengamal Media Massa

"badrul hisham" bardridz@gmail.com

Asmkm dan Salam sejahtera
Kini, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Pers Kuala Lumpur
telah diketahui umum telah berjaya ditadbir oleh kepemimpinan baru.
Diharap pihak TV3 / RTM, ASTRO/ Akhbar Utama, tidak lagi hanya menceritakan perkara yg buruk
sahaja kepada kepemimpinan pentadbiran kerajaan negeri negeri tersebut.
Kesemua negeri2 tersebut di bawah kepemimpinan baru pastinya ingin memberikan
pentadbiran terbaik ... Mana mana kelemahan wajar ditegur.
Bukannya dicaci / dihina / dikeji atau diselar yg seperti menghasut.
Rakyat Malaysia terutama golongan muda kini telah terpelajar dan sudah muak dengan
perkabaran dari media yg terus memburuk burukkan pembangkang.
Begitu juga golongan 40 thn ke atas. Rata rata seperti memberi 1 mesej baru.
Jika Media terus dengan gaya penceritaan seperti tersebut ... ia bukannya membina
Malaysia... tetapi akan terus menghancurkan Malaysia tercinta.
Penonton akan menuduh media menjadi agen kerajaan ... dan seterusnya kerajaan
akan menjadi mangsa dikecam semula oleh masyarakat
Sekian
Harapan Baru Utk Malaysia

Badrul

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: