Tuesday, March 4, 2008

Video: Apa kata anda? / Lagi penyelewengan SPR

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



webtv8
Video: Apa kata anda?
atau http://www.youtube. com/watch? v=CtwQRogMEh8&feature=related




BuletinOnline
Lagi penyelewengan SPR - senarai pengundi pos bertindih/berulang

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Jerteh, 3 Mac � Dua laporan polis telah dibuat pada 29 Februari lalu berikutan terdapat penyelewengan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya bagi Pusat Mengundi Undi Pos di Daerah Mengundi Kg Baru dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut, dekat sini.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Abdullah bin Mamat dan Ibrahim bin Mohamed, kedua-duanya adalah penama yang dinamakan oleh Wakil Calon DUN Kuala Besut, Wan Ahmad Shukri Wan Isa.

Kedua-duanya Abdullah bin Mamat dan Ibrahim bin Mohamaed telah dilantik untuk mewakili Wakil Calon untuk hadir bagi menyaksikan proses pengeluaran kertas undi Pos, bagi PRU 12 yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Besut, pada jam 9.00 pagi, 28 Februari lalu.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kampung Raja, Besut Terengganu, sebaik sahaja proses pengeluaran kertas undi pos selesai.

Didalam laporan mereka, Abdullah dan Ibrahim telah membuat aduan kerana mereka mendapati berlaku penyelewengan terhadap daftar pemilih kerana terdapat pengulangan/ pertindanan nama pengundi yang sama sebanyak 46 dari jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 828.

Penyelewengan daftar pemilih tersebut adalah dikesan dari Daftar Pemilih Pilihanraya yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) yang dikeluarkan bagi Parlimen P.33 Besut, bagi Daerah Mengundi 033/01/07 Kampung Baru.

Wakil Calon bagi Calon Parlimen P.33 Besut, Tuan Haji Abdul Halim Tausah ketika ditemui Buletin Online hari ini menyatakan kekesalannya terhadap penyelewengan yang berlaku dalam daftar pemilih berkenaan.

�Ini adalah penyelewengan kali kedua SPR, selepas kes arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghendaki calon mengemukakan borang penamaan calon berserta Akuan Berkanun yang dimatikan dan dibayar duti setem,

�Apabila tiba hari penamaan calon, ramai calon-calon UMNO/BN tidak melaksanakan arahan SPR dengan mengemukakan boring penamaan calon tanpa Akuan Berkanun dan duti stem� jelas Abdul Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Din.

SPR sepatutnya membatalkan pencalonan calon-calon UMNO/BN serta merta, namun tiba-tiba dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus, bahawa ada surat arahan baru dari SPR yang bertarikh 23 Februari.

Penyelewengan SPR Terengganu jelas terbukti apabila keesokkannya, Setiausaha SPR membuat kenyataan tidak ada surat arahan kedua yang dihantar. (Lihat Foto dibawah: Nama Azhar Bin Muhammad KP 1717164 muncul duakali didalam daftar pemilih dalam bilangan 142 dan 161)

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut6.gif” cannot be displayed, because it  contains errors.


The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/reportbesut1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: