Friday, March 21, 2008

Umno Semakin Sukar Dipulihkan

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com
Benarlah seperti laporan akhbar alternatif Harakah, nasib Pak Lah sekarang umpama telur dihujung tanduk. Apabila Pak Lah 'bertelur(berbicara )' sahaja riuh sekampung, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah pastinya beliau akan ditentang hebat oleh Barisan Rakyat dan paling malang gelombang dari dalam sendiri.
Perkara ini sepertinya sudah tidak dapat disembunyikan lagi memandangkan media-media milik kerajaan mahu tidak mahu terpaksa juga melaporkan juga pergolakan dalaman parti itu dengan tindakan beberapa pimpinan Umno tidak mahu lagi memegang jawatan yang dicadangkan oleh Pak Lah.
Pak Lah jelas seperti tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau dan diyakini melalui kabinet yang beliau namakan sendiri yang masih belum bersih dari pengaruh menantunya Khary Jamaludin yang dikira akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.
Tun Mahathir sendiri yang masih sayang kepada Umno, tidak teragak-agak untuk terus mengasak dan menyalahkan Pak Lah selepas rakyat melihat sendiri sokongan gelombang protes kepada UmnoBN dengan memberikan undi terbanyak kepada pembangkang sehingga buat pertama kalinya pembangkang menawan 5 negeri yang dikira menjadi nadi ekonomi dan sumber kewangan kepada kerajaan pusat.
Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang melihat kabinet yang diumumkan Abdullah lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, bukannya ke arah membina Malaysia yang baru.
Sangat malang Perdana Menteri Malaysia, beliau sekarang ini dilihat terus sendirian dalam membuat keputusan. Laporan yang diterima juga semakin menggusarkan Pak Lah dan Umno apabila adanya rasa tidak puas hati di kalangan anggota parlimen BN membuatkan segelintir daripada mereka bersedia berpaling tadah untuk menyertai pembangkang, yang kini menguasai 82 daripada 222 kerusi parlimen. Pakatan BA hanya memerlukan 30 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Kami berpandangan kemelut dalaman dan rasa hilang upaya UmnoBN kali ini benar-benar sukar untuk dipulihkan selagi orang yang bernama Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan dari kerajaan sekaligus selaku jawatan Presiden UmnoBN.
Tan Sri Koh Tsu Koon sudah bersedia meletakkan jawatan tetapi masih ramai lagi penyokong Parti Gerakan mahukan beliau kekal, Dato Radzi Sheikh Ahmad pula kecewa kerana katanya beliau sudah tidak lagi diperlukan oleh Pak Lah setelah digugurkan dari senarai kabinet.
Dato Seri Khir Toyo juga tidak ketinggalan untuk tumpang semangkok meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Umno dan BN Selangor. Datuk Seri Rafidah Aziz juga hampir-hampir meletakkan jawatan setelah beliau kecewa dan kesal digugurkan dari jawatannya.
Desakan dari Tun Mahathir, Mukhriz, Pro Waris dan ramai lagi dibelakang tabir yang mahukan Pak Lah berundur untuk menyelamatkan Umno tidak akan bermakna kerana Pak Lah ini memang jenis orang tidak tahu malu...
Selepas ini siapa lagi agaknya...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: