Tuesday, March 4, 2008

Umno guna mat rempit koyak poster

"Vijaya Kumar A/L Patmanathan" vijayakumar.p@my.panasonic.com

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, pihak Umno, terutama pergerakan Pemudanya, menggunakan anak-anak nakal bagi mengoyak poster dan membuang bendera calon PKR bagi kerusi parlimen Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Ismail.

"Anak-anak nakal ini kebanyakannya terdiri daripada mat rempit," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali..

"Ketua dan naib ketua Pemuda Umno selalu melaungkan slogan yang mereka pilih, iaitu "Gempur". Nyata sekali secara tidak langsung mereka menggalakkan ahli-ahli mereka supaya menggempur parti-parti lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nampaknya, tambah Syed Husin, mengoyakkan poster dan membuang bendera parti-parti lawan adalah satu cara gempur yang mereka galakkan.

"Adakah ini jenis pelajaran yang hendak diberikan oleh Datuk Hishamuddin Hussein dan Khairi Jamaluddin kepada anak-anak nakal dari golongan mat rempit itu?

"Apakah jenis generasi akan datang yang hendak mereka bentuk?" soalnya

Laporan polis

Dr Syed Husin berkata, pihaknya mendapat bahawa perbuatan mengoyak poster dan menurunkan bendera parti-parti lawan ini turut berlaku di kawasan lain di mana calon PKR.

"Bahkan ada anggota Keadilan yang dipukul dan dicederakan apabila cuba mempertahan poster dan bendera calon kami," katanya.

Menurut Dr Syed Husin lagi, dalam beberapa kes, mereka membuat laporan polis, tetapi beliau mendakwa kadang-kadang pihak polis tidak mengambil tindakan, bahkan adakalanya tidak mahu menerima laporan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan polis supaya menjalankan tugas mereka secara profesional, dengan tegas serta berkesan untuk memastikan bendera dan poster semua calon tidak dirosakkan oleh mana-mana pihak.

"Oleh kerana perbuatan nakal ini berlaku dengan agak meluas di Permatang Pauh, kami menyeru supaya perhatian khusus hendaklah mereka tumpukan ke kawasan itu," tambahnya.


Malaysiakini menghidangkan berita percuma Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil

Kepada Semua Penyokong Hindraf yang ingin mendapatkan dan memiliki berita dan maklumat terkini, Sila sertai kumuniti yahoo! groups My_Indian.

Kongsilah berita, maklumat, gambar dan video agar kebenaran tidak lagi terkubur. Menyokong dan menuntut hak dan keadilan tidak menyalahi undang-undang di dalam negara yang mengamalkan sistem 'bebas bersuara' demokrasi.

My_Indian mengaluh-aluhkan info, maklumat, mail, cadangan, pandangan mahupun luahan dalam bahasa Malaysia demi kefahaman semua ahli. Kewujudan Hindraf telah memberi kesedaran dan peluang kepada ramai individu untuk berjinak dengan komputer dan internet. Sememangnya kita banga dan menghargai kehadiran mereka yang ingin mendapatkan info semasa dan terkini. Sila klik di Post untuk mula menulis dan kongsi info atau menghantar mail anda ke


Probable Source: MalasiaKini
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: