Tuesday, March 25, 2008

UMNO Biadap! / Hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Agong

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

amdang81
UMNO Biadap!

Bismillahirrahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ni aku letakkan gambar dari TV3 malam td menerusi Buletin Utama dan dari ntv7. Aku juga sertakan link ke poster UMNO BIADAB yang disediakan menerusi kroni-kroni TKO. Klik UMNO BIADAB untuk muat turun poster.


Anda nilailah bagaimana puak-puak ini bukan sahaja biadap, malah aku suka katakan mereka ini memang celaka dan menderhaka kepada Tuanku Sultan! Sudahlah Deris, usahlah cuba berlagak tidak kisah dan sebagainya. Jika benar Deris tidak menyuruh puak-puak yang biadab dan celaka itu berhimpun, arahkan dan keluarkan statement yang dia LARANG puak-puak itu dari bertindak begitu pula.

Apapun, bukan pelik jika ini sikap Deris. Siapa tak kenal Deris tu...





Salmah Ahmad wrote:

Krisis MB Terengganu - Hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Sultan/Raja/ Yang di-Pertuan Agong
Masihkan anda ingat hukuman mati ke atas Al Maunah
kerana menentang Yang Di Pertuan Agong ? Sultan
Mizan Terengganu adalah Yang Di Pertuan Agong Malaysia
sekarang.

Hukuman bagi sesiapa yang menentang
Sultan/Raja/ YDP-Agong adalah gantung sampai mati
seperti Al Maunah. Idris Jusoh dan 22 ADUN yang
menentang perlantikan MB Terengganu wajar di gantung
sampai mati sebagaimana Al Maunah.

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu dari
Barisan Nasional memulaukan Majlis Angkat Sumpah
Menteri Besar merupakan satu tindakan yang sangat
biadap.

Kesemua ADUN Terengganu perlu diingatkan bahawa kuasa
melantik Menteri Besar adalah di tangan Sultan (Di
Terengganu sekarang Pemangku Raja). Sultan juga
berkuasa membubarkan DUN jika perlu.

http://mstar. com.my/cms/ content.jsp? id=com.tms. cms.article. Article_d8c52d0d -c0a85062- 9df61d00- 74d7ae59

Amin Al-Ma'unah mati digantung

KUALA LUMPUR: Mohamed Amin Mohamed Razali, Ketua
Pertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma'unah
(Al-Ma'unah) , yang terlibat dalam insiden Sauk enam
tahun lalu, menjalani hukuman gantung hari ini di
Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Dia digantung sampai mati kira-kira pukul 6 pagi dan
mayatnya dituntut keluarganya pada pukul 10 pagi tadi.

Menurut sumber daripada Penjara Sungai Buloh, sebelum
Mohamed Amin menjalani hukuman itu, dia meminta untuk
berjumpa dengan anggota keluarganya.

Mohamed Amin diiringi keluar mahkamah selepas
prosiding pada November 2000 (foto fail The Star)

"Dia (Mohamed Amin) meminta maaf kepada anggota
keluarganya atas kesalahannya dan turut menangis.
Semasa hukuman dijalankan Mohamed Amin kelihatan
tenang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan mayat Mohamed Amin dibawa balik ke kampung
asalnya, Kampung Ngor, Sauk, Perak untuk dikebumikan
selepas solat Asar hari ini.

Dalam kejadian pada 2 Julai 2000, sekumpulan 15 lelaki
daripada kumpulan Al-Ma'unah melarikan pelbagai jenis
senjata dari dua kem tentera di Grik, Perak, sebelum
menyertai 13 orang lagi anggota kumpulan itu
bersembunyi di Bukit Jenalek, Sauk.

Mohamed Amin dikawal ketat oleh polis ketika dibawa
melawat kawasan persembunyian kumpulan tersebut di
Bukit Jenalek, Sauk pada November 2000 (foto fail The
Star)

Mohamed Amin telah menembak mati R. Sagadevan dan
Mathew anak Medan, dua anggota pasukan keselamatan
daripada empat tebusan kumpulan itu.

Pada 21 Okt 2002, Mohamed Amin yang dijatuhkan hukuman
mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang
di-Pertuan Agong merayu supaya hukuman itu dikurangkan
kepada penjara seumur hidup.

Zahit Muslim dan Jamaluddin Darus, dua lagi pemimpin
Al-Ma'unah yang juga dihukum mati kerana peranan
mereka dalam insiden Sauk itu.

Seramai 16 lagi anggota kumpulan itu yang dijatuhkan
hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan sama.

Seorang tentera menunjukkan sebuah Pajero yang sarat
dengan 97 pucuk senapang M-16 dan dua Steyr di
Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur pada Ogos 2000
dalam satu demonstrasi kembali insiden rampasan
senjata Sauk. Lima belas anggota tentera memerlukan
masa hanya empat minit untuk memindahkan lebih 100
jenis senjata ke dalam tiga trak. (foto fail The Star)

Mereka dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 121 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman mati ataupun penjara
sepanjang hayat.

Pada 7 Dis 2000, enam anggota Al-Ma'unah masing-masing
dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur setelah mereka mengaku bersalah terhadap
tuduhan alternatif membuat persediaan dengan niat
untuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan
Agong.

Mereka adalah antara 14 daripada 29 anggota Al-Ma'unah
yang ditawarkan pertuduhan alternatif oleh pihak
pendakwa raya.

Tujuh mengaku bersalah tetapi kemudian menarik balik
pengakuan bersalah masing-masing. BERNAMA


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: