Monday, March 24, 2008

Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong

"devali" adlideva@gmail.com

Written by admin on Mar 23rd, 2008 | Filed under: Nasional

Oleh Abdul Halim Mohd Rashid

Haji Mahfuz Omar9.45am | 23 Mac
KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong
kepada rakyat konon calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu
telah ditapis.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika
mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di
Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah
Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad
Said.

"Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh
diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela
Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.

"Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan
menderhakai Sultan.


Tunjuk perasaan

"Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!" katanya merujuk
kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah
tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya
akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.

Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain
tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia
sebenarnya "diajar oleh Umno sendiri".

"Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada
Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan
raya diadakan semula".

Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu
enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai
Menteri Besar Terangganu.

"Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi
Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu
telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga
tidak mahu memperkenankan Idris?" tanya beliau.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana
Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang
dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.


Laporan BPR

Mengenai laporan bahawa Adun Umno Terengganu telah mengemukakan aduan
kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat salah laku Ahmad
dalam dua projek di Kijal, Mahfuz berkata, Umno ternyata tidak
mengemukakan calon yang benar-benar bersih di dalam pilihan raya umum
baru-baru ini.

"Umno bukan sahaja mengemukakan calon yang tidak bersih sepenuhnya
malah berbohong pula kepada rakyat kononnya mereka telah mengemukakan
calon-calon yang ditapis.

"Mengapa Idris sebagai Ketua Perhubungan Umno Terengganu mengemukakan
calon yang kini pihaknya sendiri membuat aduan kepada BPR tentang
salah lakunya? Sebelum ini mengapa tidak lapor?

"Benarkah Idris menerima ugutan dari Ahmad supaya Adun Kijal itu
dicalonkan dalam pilihan raya umum baru-baru ini? Jika benar Ahmad
mengugut Idris, mengapakah Idris diugut? Apakah kesalahan Idris
sehingga beliau boleh diugut?" Mahfuz mempertikaikan.


Tidak layak

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai bukti bahawa Perdana
Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak
layak lagi menerajui pentadbiran negara ini.

"Sebelum ini, Raja Perlis memberikan 'undi tidak percaya' kepada
Abdullah apabila menolak cadangan Abdullah supaya melantik (Datuk
Seri) Shahidan (Kassim) sebagai Menteri Besar negeri itu.

"Sekarang, Sultan Terengganu pula menolak Idris yang dicadangkan oleh Abdullah.

"Abdullah mesti ingat, tamparan hebat ke atas kepimpinannya tidak
datang dari istana Perlis dan Terengganu sahaja.

"Sebelum itu, rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah
menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah
sehingga pentadbiran BN di negeri-negeri tersebut telah diambil alih
oleh kerajaan-kerajaan rakyat manakala Kelantan tetap kekal di tangan
PAS.

"Itu tidak termasuk Kuala Lumpur di mana BN hanya memenangi satu
kerusi sahaja," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan tindakan double standard pihak polis.

"Mereka yang dipergunakan oleh Umno untuk berdemonstrasi di Pulau
Pinang, Perak dan Selangor diberikan layanan terbaik dan paling
istimewa oleh polis, sedangkan di Terengganu polis begitu bengis
menangkap rakyat yang hanya memasang sepanduk menyokong Sultan
mereka," kata beliau yang begitu marah dengan sikap polis itu. -
Harakahdaily
http://kelantankini .com/blog/ nasional/ umno-ajar- rakyat-derhakai- raja-berbohong. html

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: