Monday, March 10, 2008

Ulasan sombong oleh ahli dan penyokong BN.

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Ulasan sombong oleh ahli dan penyokong BN.
Posted on Sunday, March 09 @ 22:12:54 MYT by greenboc
Komentar Oleh ibnukhir

"a
Telah diketahui umum tentang kekalahan kerajaan BN di empat buah negeri selain daripada gagal menawan semula Kelantan dari PAS. Juga bukan menjadi rahsia dimana kerjasama yang amat ikhlas ditunjukkan oleh kepimpinan DAP, walaupun memenangi jumlah kerusi yang lebih besar dari rakan BA, tetapi masih melepaskan jawatan Menteri Besar kepada kaum melayu. Itu dengan sendirinya mematikan tuduhan pihak BN yang mengatakan DAP adalah parti chauvinist cina.

Baiklah, apa yang telah terjadi telahpun terjadi, seperti pepatah inggris, "que sera sera, what ever will be, will be" tetapi telah menjadi adat melayu yang mana sebenarnya bukan dimiliki oleh orang sahaja malah dikongsi juga oleh kaum lain., iaitulah perumpamaan "rumah siap pahat berbunyi". Masing masing ingin memberi komen dan ulasan tetapi malangnya hanya ulasan yang menyebelahi BN saja yang ditonjolkan.

Berita jam lapan TV3, bekas PM Tun Mahathir menyatakan bahawa pihak pembangkang sekarang ini kenalah tunaikan manifestonya. Diantara manifestonya ialah menurunkan harga minyak. Saya ingin mengajak pembaca berfikir sejenak, apakah maksud TDM ini. Dan ketahuilah bukan TDM sahaja yang berkata demikian, malah berpuluh puluh pengulas terutama yang disebelah sana. Adakah kita rakyat yang mereka perintah ini tidak boleh berfikir seperti mana mereka berfikir atau sememangnya mereka yang dungu.

Dalam kontek menurunkan harga petrol, siapakah yang benar benar boleh bertanggung jawab keatas harga petrol? Kerajaan negeri kah atau kerajaan persekutuan? Sedangkan kerajaan persekutuan masih dikuasai oleh BN walaupun majoriti mudah, tetapi apa yang BA boleh lakukan selain dari mengemukan cadangan. Lainlah kalau tiba tiba sahaja BN dapat mimpi untuk kurangkan harga minyak, sudah pasti anggota parlimen BA akan menyokong seratus peratus, kerana itulah yang tertulis di manifesto mereka.

Jadi, dimana keikhlasan pengulas, penyokong BN bila berkata pakatan BA hanya pandai membuat janji sebab mereka tidak menjangkakan yang mereka akan menang, bila mereka sudah menang, mereka juga tidak mampu menurunkan harga minyak. Cerita ini samalah juga yang menyentuh hukum hudud diKelantan dan Terengganu, walaupun undang undang syariah masih terletak pada kerajaan negeri, tiba tiba sahaja TDM waktu itu sebagai Perdana Menteri memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan ambil tindakkan sekiranya hukum hudud dilaksanakan. Sehingga ada seorang wakil rakyat dari Kelantan sendiri sanggup membawa negerinya ke mahkamah. Pembaca nampakkan, apa yang cuba saya ketengahkan. Saya percaya tak perlu sebenarnya saya huraikan panjang lebar tetapi tulisan saya ini saya tujukan khas kepada sesiapa yang menyebelahi BN, jangan sangka kami sebebal macam kamu, perkara mudahpun tidak mampu nak congak.


--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ). __._,_.___

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: