Thursday, March 6, 2008

tutup lampu ketika solat di pejabat / Video / Mufti Perlis: berpolitik bukan untuk cari kekayaan



Nik Aziz akui tutup lampu ketika solat di pejabat
Intan Abdullah
Tue | Mar 04, 08 | 3:58:13 pm MYT
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu berjaya melahirkan kakitangan yang mengamalkan sikap amanah.

Selain itu mereka juga memahami prinsip Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.

"Pegawai-pegawai kita terdidik dengan sifat itu. Mereka datang ke pejabat menunaikan solat tanpa membuka lampu memandangkan hari telah cerah untuk mengelakkan menggunakan wang kerajaan," ujarnya pada satu ceramah di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, malam kelmarin.

Menurutnya beliau sendiri menunaikan solat dalam keadaan gelap kerana takut menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

"Kita kena contohi Saidina Abu Bakar, tetapi sekarang ini orang sudah tidak hairan dengan rasuah dan makan duit kerajaan, bahkan ada juga yang dibuat harta sendiri," katanya.

Tambah beliau juga kakitangan awam tidak pernah dihalang mengumpul harta tetapi dengan syarat menggunakan gaji yang diperolehi, bukan dengan mengaut daripada wang kerajaan.

Tahun lepas beliau pernah didatangi pegawai Badan Pencegah Rasuah kerana tidak melaporkan mengenai ada pihak yang cuba menyogoknya ketika awal mengetuai kerajaan negeri.

"Saya tidak pernah terliur dengan harta yang ditawarkan dengan cara tersebut, bukan sahaja tidak halal bahkan tidak berkat kepada seluruh kehidupan dan keturunan," katanya.

Beliau juga berkata, dasar kerajaan PAS menekankan aspek berbelanja secara berhikmah berdasar sifat orang mukmin apabila berbelanja tidak boros dan apabila berjimat tidak pula sampai kikir. - mj



Kickdefella
Video: Pak Lah oh Pak Lah



Mufti Perlis beri amaran, berpolitik bukan untuk cari kekayaan
Bashir Ishak
Wed | Mar 05, 08 | 4:41:26 pm MYT
KANGAR, 5 Mac (Hrkh) - Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi peringatan bahawa berpolitik bukanlah landasan untuk mencari kekayaan atau membalas dendam melainkan semata-semata untuk menunaikan amanah Allah s.w.t. dan mencari keredaanNya demi memaslahatan masyarakat, bukannya untuk kepentingan peribadi.

Dalam satu hadis riwayat Imam Al-Bukahri beliau mengungkapkan, "Kamu begitu inginkan kepada jawatan kepimpinan dan ianya merupakan penyesalan pada hari kiamat, ianya senikmat-nikmat permulaan dan merupakan seburuk-buruk kesudahan yakni nikmat di dunia dan buruk kesudahannya pada hari kiamat" melainkan mereka yang mendapat jawatan itu bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah," ujarnya.

Katanya, jika perkara ini tidak dijadikan asas, maka dalam masyarakat akan berterusan poiltik permusuhan di antara satu sama lain yang tidak berkesudahan. Beliau menegur setiap individu yang melibatkan diri dalam politik yang sering.

"Bukan setiap orang sanggup fikir apa yang dia akan jawab di depan Allah s.w.t. pada hari kiamat. Setiap di kalangan mereka yang terbabit dalam politik, hendaklah bertanya kepada dirinya sebelum ditanya Allah apakah tujuan dia berpolitik?

"Apakah sebagai seorang penggemar politik itu sebagimana seorang kaki pancing yang menjadikan kegemaran memancing sebagai kegemaran di masa lapang, ataupun sebenarnya dia menjadikan politik saluran membina kekayaan atau kemewahan serta mencari harta atau sebenaranya dia ingin memenuhi perasaan tamak dan ingin membalas dendam di dalam politik, atau sebenarnya dia ingin tunduk kepada Allah dan menjadikan jawatan sebagai kesempatan unutk membawa ketaqwaan dan kesolehan di dalam masyarakat.

"Orang-orang yang kami beri kedudukan di atas bumi, mereka itu mendirkan solat, mengelurkan zakat, mereka itu menyuruh kepada kemakrufan dan mencegah kemunkaran dan bagi Allah s.w.t itu kesudahan segala urusan," katanya.

Dengan mengungkap sebuah kisah, Mohd Asri menyebut sebuah kisah ketika khalifah Harun al-Rasyid yang sedang bersa'i ditegur seorang ulama dan berkata kepadanya, "Wahai Harun dari atas bukit safa ini kau lihat orang sedang bertawaf di Kaabah, mereka itu akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak tentang dosa yang mereka lakukan, adapun engkau pula akan ditanya tentang dosa engkau, dosa mereka semua dan dosa semua umat yang berada di bawah pemerintahanmu.

Beliau menyeru semua agar takutkan Allah akan jawatan kepimpinan agar tidak dijadikan ianya satu sandiwara dan tempat untuk bersuka-suka.

"Jadikalah ini satu amaran yang amat menggerunkan dan menakutkan bukan tempat untuk mengumpul kekayaan atau sumber untuk memuaskan nafsu politik," serunya dalam khutbah Jumaat yang disampaikan di Masjid Alwi, Kangar Jumaat lalu.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: