Saturday, March 29, 2008

Topeng Perak@

Kes Jenayah: MB Pahang Bakal Jatuh 3 Bulan Lagi !!
Posted on Tuesday, March 25 @ 17:09:29 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Iza

 22 Mac 2008 Berita panas ini diterima dari pada salah seorang kroni cucu yang merupakan orang terapat dengan MB Pahang Dato' Nan Yaakob. Biarpun berita ini tidak dapat disahkan lagi, tetapi menurut sumber maklumat yang diterima, angin sudah bertiup dan dahan sudah pun mula bergoncang. Kabarnya, satu kes "Jenayah" yang melibatkan Dato' Nan akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Segala fail-fail dan bukti-bukti kukuh mengenai penglibatan MB Pahang itu telah ada dan menunggu masa untuk didedahkan.

Seandainya maklumat ini benar, mungkin ia juga ada kaitan dengan tindakan MB Pahang itu yang menggugurkan beberapa orang exco kerajaan negeri Pahang iaitu Dato' Shukri (ADUN Pulau Tawar) dan Dato' Shahiruddin (ADUN Dong) dari senarai terbarunya untuk penggal ini. Alasan yang diberikan ialah untuk memilih hanya mereka yang bersih sahaja menjadi exco pada kali ini.

Dato' Shukri yang merupakan bekas exco kesihatan, belia dan sukan negeri sebelum ini dipercayai banyak terlibat dengan penyalahan guna kuasa. Beliau banyak terbabit dengan isu rompakan balak terutamanya di daerah Jerantut Pahang. Cucu mendapat maklumat, beliau menggunakan kuota JKKK untuk memohon kawasan balak yang kesemuanya dikatakan seluar lebih dari 100 ekar. Kabarnya lebih 30 buah JKKK telah mendapat habuan balak bahkan ada JKKK yang mendapat tiga kali pusingan. Namun rahsia terbongkar bila seorang JKKK di sebuah kampung mendedahkan penipuan Dato' Shukri. Bayaran yang diterima oleh JKKK sepatutnya mencecah ratusan ribu ringgit. Namun oleh kerana kebijaksanaan beliau untuk menipu orang-orang kampung, setiap kelulusan kawasan balak beliau hanya memberi tidak kurang dari RM50,000 sahaja kepada JKKK, selebihnya habuan beliau. Bayangkan kalau satu kawasan mendapat keuntungan bayaran mencecah RM300,000 ! Bayangkan juga beliau mengambil keuntungan daripada lebih 30 JKKK. Berapa banyak wang yang disapu oleh bekas exco ini?. Itu belum termasuk penipuan rumah PPRT di Kg. Pulau Tawar sendiri yang pernah cucu dedahkan dalam akhbar Berita harian satu ketika dulu. Projek yang hanya menelan belanja sekitar RM1.2 Juta, tetapi Dato' Shukri memohon peruntukkan sehingga RM1.8 Juta, ini bermakna beliau mengaut lagi keuntungan atas angin sebanyak RM600,000 disitu. Inilah sikap sebenar Dato' Shukri, exco yang digugurkan MB Pahang itu.

Begitu juga dengan kes Dato' Shahiruddin, beliau dipercayai menjadi orang kanan dalam isu rasuah yang melibatkan Datuk Isa Samad bekas MB Negeri Sembilan dulu. Akibatnya beliau telah dikenakan tindakan displin oleh UMNO. Namun nasibnya baik, beliau agak rapat dengan istana maka akhirnya beliau selamat dan terlepas daripada hukuman selanjutnya. Namun kini beliau juga digugurkan dari barisan exco Pahang yang baru.

Persoalannya disini, apakah Dato' Nan benar-benar menamakan exco yang bebas rasuah?. Nama-nama seperti Maznah Mazlan (DUN Muadzam Shah) yang dikatakan menggelapkan duit sumbangan RM1 Juta wanita UMNO semasa pilihanraya kecil Batu Talam. Ketua Wanita UMNO Pahang itu dikatakan memasukkan wang tersebut ke akaun peribadinya sendiri. Akibatnya Dato' Nan begitu murka, justeru itulah beliau hanya memberikan satu kerusi sahaja untuk wanita UMNO Pahang dalam pilihanraya umum lalu. Apapun Maznah dikekalkan sebagai exco.

Begitu juga dengan Dato' Tan (DUN Chenor), yang dikatakan banyak terlibat dengan kes balak serta lain-lain urusan tanah di negeri Pahang. Dato' Nan juga amat popular dalam memperkayakan suku sakatnya. Beliau gemar membolot kekayaan dan gemar memberi rasuah setiap kali pemilihan UMNO bahagian Maran. Selain daripada isu rasuah, Dato' Tan amat popular dengan "skandal" wanita simpanan. Sudah beberapa kali rumah tangganya bergoncang dan kesnya hampir2 dibawa ke mahkamah syariah. Beliau juga telah mempunyai fail kes keluarga di pejabat agama Islam Daerah Kuantan. Dalam pilihanraya 2004 lalu, Dato' Nan dikatakan pernah cuba menumbuk Dato' Nan akibat namanya tidak dicalonkan untuk pilihanraya umum ke-11 ketika itu.

Sebenarnya banyak lagi exco Dato' Nan yang mempunyai kes-kes rasuah dan moral yang memalukan. Namun mengapakah mereka ini dikekalkan? Ada pendapat mengatakan ia bertujuan untuk menutup salah laku MB itu, yang sebenarnya lebih banyak terlibat dengan jenayah dan rasuah di negeri Pahang. Maka itulah, ramai pihak dalam UMNO Pahang sendiri kecewa dengan sikap Dato' Nan. Maka mereka memberanikan diri untuk mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Pahang serta MB Pahang itu sendiri. Apakah kerja-kerja ini dilakukan oleh orang dalam?. Sama-sama kita tunggu Pahang pula bergoncang!. Apapun, menurut sumber berkenaan beliau memberi tempoh tiga bulan untuk melihat MB Pahang itu jatuh. Semua fail-fail dan dokumen berkenaan kes Dato' Nan sudah ada dan menunggu masa untuk didedahkan. Sama-sama kita nantikan episod menarik ini.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: