Monday, March 31, 2008

Tok Guru Nik Aziz masih dirawat di hospital

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Sunday, March 30 @ 09:13:16 MYT by greenboc
Berita Oleh kelantankini

"a
KOTA BHARU: Hospital Pakar Perdana mengesahkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ditahan di hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut akibat serangan virus demam.


Ketua Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Pemasarannya, Faizul Hasri Zulkapli bagaimanapun berkata keadaan Mursyidul Am PAS itu dalam keadaan stabil dan kini di bawah pengawasan doktor pakar.

“Beliau mungkin akan dibenarkan pulang, esok (hari ini), tetapi bergantung kepada doktor pakar yang merawat beliau," katanya di sini, semalam.

Tuan Guru Nik Aziz dimasukkan ke hospital pakar itu sejak petang kelmarin (Jumaat). Pada sebelah paginya beliau sempat menyampaikan kuliah mingguannya di Perkarangan Bangunan Perhubungan PAS negeri di Jalan Dato' Pati, di sini.

Sebelum ini beliau pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung dan darah tinggi. Tahun lalu beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Sebelum bertanding pada pilihan raya umum lalu, Nik Abdul Aziz mengakui kebelakangan ini kesihatannya kerap terganggu.

Katanya, masalah kesihatannya hanya membabitkan jantung, tetapi beliau masih mampu mengawal keadaan dan membuat pertimbangan.

"Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan," katanya.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: