Sunday, March 16, 2008

Tok Guru NIK AZIZ Berkhutbah Di Masjid Negeri Selangor Jumaat Depan?

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Tok Guru NIK AZIZ Berkhutbah Di Masjid Negeri Selangor Jumaat Depan?
Posted on Saturday, March 15 @ 18:59:31 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh TARMIZI MOHD JAM



 SEORANG rakan di Terengganu, antara aktivis tegar PAS menghantar emel kepada saya. Agak menarik...



Mengajukan satu cadangan yang agak menerujakan. Mengundang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam Jumaat depan.



Sebagai pembuka tirai perjuangan selanjutnya di Selangor, katanya.Dulu, ketika Khir Toyo menjadi penguasa, telah dibuat satu keputusan "mengharamkan" Tok Guru Nik Aziz mengajar mahupun berceramah di mana-mana masjid seluruh Selangor.



Antara tokoh PAS yang diharamkan termasuklah Datuk Dr. Harun Din, Ustaz Haji Ahmad Awang, Ustaz Taib Azamuddin dan Datuk Ismail Kamus.



Mereka dilarang berceramah di masjid-masjid seluruh Selangor bagi menyekat kemaraan pengaruh parti itu sejak reformasi membadai Lembah Klang pada tahun 1999.



Saya membalas emel rakan saya itu dengan menyatakan Insyaaalah, PAS Selangor akan mengundang Tok Guru berhutbah di masjid negeri.



Dan saya berjanji akan menyiarkan syor itu dalam blog Sanggahtoksago. Com agar lebih ramai yang memperkatakannya.



Dan barangkali, bukan Tok Guru hanya berhutbah di Selangor sahaja tetapi mungkin di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Negeri-negeri kuasaan Barisan Alternatif.



Kemudian barangkali boleh disusuli khutbah berikutnya oleh Menteri Besar atau wakil PAS negeri berkenaan seperti Ir. Nizar di Masjid Negeri Perak, Ustaz Azizan di Masjid Negeri Kedah, Haji Hamdan Abdul Rahman di Masjid Negeri Pulau Pinang dan Datuk Dr. Hassan Ali di Masjid Negeri Selangor.



Hikmahnya kemenangan ini, lebih banyak ruang untuk PAS menyampaikan dakwahnya pada sasaran yang lebih efisyen.



Selain masjid, surau, program lain juga boleh diatur untuk kakitangan kerajaan termasuk menganjurkan sambutan hari-hari kebesaran Islam di Stadium Melawati, Stadium Indera Mulia, Stadium Alor Star dan Dewan Millennium Pulau Pinang.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: