Monday, March 24, 2008

TKM Pulau Pinang akui hadapi masalah dengan YDP Maipp

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

TKM Pulau Pinang akui hadapi masalah dengan YDP Maipp
Mohd Sabri Said
Sun | Mar 23, 08 | 9:47:24 am MYT
BAYAN BARU, 23 Mac (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin mengakui, perancangan dakwah di negeri ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana keenganan Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya melepaskan jawatan yang disandangnya.

Tetapi, beliau optimis semua perancangan telah disusun dengan teliti untuk beliau (Ust Shabudin) lepaskan jawatan dengan cara berhemah.

"Setakat sekarang ini beliau masih YDP Maipp. Timbul masalah tentang perancangan untuk menyusun program terhadap intitusi masjid atau rancangan dakwah atau mengendalikan urusan zakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas memberikan ucapan dalam majlis Himpunan Rakyat di Masjid Jamek Omar Al-Khattab, Bayan Baru baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berharap rakyat Islam teruskan munajat dan berdoa agar masalah yang membelenggu Kerajaan Negeri dapat diatasi.

Tujuan utama berbuat demikian ialah untuk melincinkan pentadbiran agar dapat dimanfaat oleh semua pihak.

"Kita tidak akan bertindak kasar untuk memastikan YDP Maipp berundur sebaliknya sebagai seorang yang profesional beliau patut lepaskan jawatan kerana kerajaan kini sudah berubah tangan.

Memandangkan jawatan tersebut berkaitan dengan Yang DiPertuan Agong maka rancangan mendesaknya terpaksa dikurangkan bimbang dikatakan menderhaka pula," ujarnya.

Berhubung perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Pulau Pinang beliau mengatakan, ia dalam proses pelantikan dan tidak semua lantikan baru dibuat sebaliknya berdasarkan khidmat JKKK sebelum ini.

"Jika ada JKKK yang baik, telus dan adil pada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang politik kita akan kekalkan tetapi jika JKKK mengkhianati amanah yang diberikan awal-awal lagi kita gantikan yang baru," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti./wann


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: