Tuesday, March 18, 2008

Tiada program MB Kelantan di Shah Alam Mac ini, henti sebar SMS palsu!

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Tiada program MB Kelantan di Shah Alam Mac ini, henti sebar SMS palsu!
Harakahdaily
Mon | Mar 17, 08 | 11:53:53 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Annual Bakhri Haron menafikan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mempunyai aturcara di Shah Alam 27 dan 28 Mac ini.

Menurutnya, setakat ini pihak beliau ada menerima permohonan untuk Tuan Guru mengisi program di Selangor bulan April hadapan, bagaimanapun ianya masih dalam pertimbangan.

Annual menegaskan penafian terpaksa dibuat kerana banyak disebarkan SMS bahawa Mursyidul Am akan menyampaikan ucapan di Stadium Negeri pada 27 Mac dan berkhutbah di Masjid Negeri Selangor pada 28 Mac depan.

"Sebelum ini masa Khir Toyo (bekas MB) memerintah, Tuan Guru memang dilarang memasuki Selangor, walaupun parti gabungan menguasai Selangor, kita tidak mahu membuat sesuatu tanpa protokol dan tergesa-gesa.

"Awasilah dakyah Umno, apabila mereka tidak menerima kekalahan, maka mereka mula menyebar fitnah,' ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan melalui SMS tersebut tidak benar.

"Tiada keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor berkenaan majlis yang dikatakan pada hujung bulan Mac ini.

"Tidak ada juga perancangan seperti itu dibuat di peringkat kerjasama PAS, KeADILan dan DAP. Oleh itu saya menyeru supaya maklumat yang tidak benar itu tidak lagi disebarkan," tegasnya. - mr


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: